Pengikut

Rabu, 24 Disember 2008

Dia dihatiku 4



DANIEL
Sebaik sahaja kaki kananku melangkah masuk dalam rumah, aku dengar satu suara yang amat aku kenali. Tetapi mustahir orang itu berada di rumah aku.
“kamu baru balik Daniel. Tunang kamu dah lama tunggu kamu” sebaik sahaja aku terpandang wajah tunang aku,petapanya gembira, terkejut dan perlbagai perasaan bercampur aduk di dalam hati aku. El, rupa-rupanya kau tunang aku, EL.
“El..” sungguh ayu kau malam nie El (o_o)
“Daniel”
“kamu berdua dah kenal ker?”kata mamaku
“kami dah lama kenal ma. Kami satu U dulu”kataku
“kalau macam itu senanglah kerja kita ye Milah”kata mamaku lagi.
“kamu berdua pergilah berbual bersama di taman tu”kata papaku pula

El
“aku tak sangka yang kau tunang aku, EL”kata Daniel sebaik sahaja sampai di taman mini
“aku juga”aku tak tahu nak berbual apa dengan kau lah Daniel. Tapi aku juga gembira yang kau tunang dengan aku. Tapi aku tak tahu sama ada kau gembira macam aku.
“kau suka dengan pertunangan kita nie El?”
“entah lah. Kau?”
“aku juga. Tapi aku gembira juga lah yang tunang aku nie bukan orang yang aku tak kenal”
“dua bulan lagi kita akan nikah. Apa perancangan kau?”
“kita mula siapkan daripada sekarang. Nanti taklah kecoh sangat bila dah nak dekat dengan tarikh pernikahan kita”
“erm..”aku hanya senyum jer (*_*)

DANIEL
Apasal aku tengok tadi El macam tak suka jer dengan pertunangan nie.. entah-entah dia tak sukakat aku kot. Tu pasal lah dia banyak cerita. Munkin juga dia suka kat seseorang. Tapi siapa ya?. Baik aku tidur dulu. Esok dah la kerja. (z_z)

El
“aku dengar kau bertunang dengan Daniel, El”kata Diana
“erm..mana kau tahu?”
“aku tahulah, Razif yang bagitahu. Daniel ada datang petang tadi. Dia cerita la tentang pertunangan kau ngan dia”
“dia cerita apa lagi?”
“ada la juga. Dia kata kau macam tak suka jer pertunangan tu. Dia rasa sedih juga la. Dia kata lagi, Dia sayang dan cinta kat kau. Dia juga kata, dia tengok kau pada malam dia jumpa kau di rumah dia, macam tak ada perasaan langsung terhadap dia ajer. Dan dia juga ada kata yang kau macam suka kat seseorang. Tapi dia tak tahu la. Kau betul-betul tak suka ker kat Daniel tu?”
“aku juga ada perasaan kat dia. Tapi aku macam tak yakin pula sama ada dia juga ada perasaan yang sama. Tapi sekarang nie aku yakin la”
“bagus la cam tu”
“tapi aku rasa pertunangan tu terpaksa di putuskan jer”
“kenapa pulak?”hairan Diana
“sebab… ada lah”
“apasal kau nak putus pula. Kan korang berdua ada perasaan yang sama”
“aku tak nak menyusahkan Daniel kemudian hari. Aku perlu pergi dari sini dengan segera. Supaya dia tidak akan rasa sedih”
“baik kau cerita sebenar dekat aku sekarang juga, kenapa kau nak putuskan pertunangan kau”
“kalau aku cerita kat kau, kau janji yang kau takkan bagitahu dekat sesiapa terutamanya Daniel”
“baik la. Aku janji”
“beberapa hari yang dulu, aku pengsanPagi tadi aku jumpa doctor. Doctor kata, aku sakit kanser otak. Kau tahu tak betapa hancurnya hati waktu tu. Aku baru jer nak rasa gembira. Tapi…dalam gembira ada derita la pulak. Aku sakit Diana. Sakit aku nie parah, Diana. Aku tak tahu aku nak buat apa sekarang nie. Dari pagi tadi sampai sekarang aku tak balik rumah, aku tak dapat nak berdepan dengan keluarga aku. Aku takut diorang risau”
“kau tipu akukan El. Kau gurau ajerkan EL”Diana seoleh-oleh tak dapat terima kata-kataku tadi
“aku tak tipu kau dan bergurau dengan kau Diana. kau tengok baik-baik mata aku nie. Ada Nampak macam nak tipu dan bergurau dengan kau ker. Aku tak tipu kau. Kalau boleh aku juga nak bergurau dengan kau yang kononnya aku sakit. Tapi ini memang benar, Diana”aku betul-betul sedih waktu itu. Aku dan Diana menangis dan perpelukan
“kau ada masa berapa lama lagi yang kau boleh hidup?”
“Doktor kata, aku munkin boleh hidup setahun jer lagi”
“sekarang nie apa rancangan kau?”
“yang aku pasti, aku perlu putuskan pertunangan nie. Dan juga aku perlu bagitahu kat mak dan ayah aku, supaya diorang tak marah dengan aku dan faham kenapa aku nak putuskan pertunangan ini”
“erm..aku akan sokong apa sahaja yang kau buat El. Kau betul tak nak bagitahu kat Daniel, Aiza, Razif dan Akmal?”
“aku rasa tak perlu la. Nanti mereka risau pula. Aku harap sangat kau tak bagitahu kat orang lain”
“baiklah”

DANIEL
“kenapa ma suruh Daniel balik dengan segera nie?”
“kamu tahu tak Daniel, kenapa El nak putuskan pertunangan kamu dengan EL?”
“apa! El nak putuskan?”
“kamu tak tahu ke Daniel? Tengah hari tadi keluarga EL datang untuk putuskan. Mama ada Tanya juga apa sebabnya. Tapi mereka hanya minta maaf ajer tanpa bagitahu sebabnya. Kamu tahu tak sebabnya Daniel?”
“tak tahu pon”kenapa El nak putuskan pertunangan kami yer?? Kenapa? Kenapa? dan kenapa?. Adakah dia tak ada perasaan dekat aku??. Aku pantas keluar rumah dan segera memandu menuju rumah El. Sebaik sahaja aku sampai di rumah El, aku call El.
“hello El, aku ada di depan rumah kau sekarang. Kau keluar sekarang juga. ”
“maaf Daniel, aku tak ada di rumah sekarang”
“kau jangan tipu aku El. Kereta kau ada, takkan kau tak ada”
“kau harus fikir Daniel, tanpa kereta aku, aku juga boleh pergi kemana sahaja dengan kenderaan lain. Kau lupa?”
“kau jangan bagi alasan kat aku. Aku akan tunggu kau sampai kau datang jumpa aku. Aku tak akan pergi kemana selagi kau tak datang jumpa aku”
“aku tak minta kau menunggu aku Daniel. Tapi kau harus sedar bahawa aku takkan jumpa Daniel. Selamat tinggal dan jaga diri kau Daniel”
“hello El !! Hello !! Hello El !!” EL kenapa kau buat aku macam nie EL. Kenapa? Kenapa? dan kenapa?. Aku takkan pergi selagi kau tak jumpa aku EL. Aku nekat

EL
Kenapa kau tak pergi ajer Daniel, kenapa kau nak seksakan dirikau Daniel. Kenapa?, Kenapa? dan kenapa? Daniel???. Kau pulanglah ke rumah kau Daniel. Aku tak sanggup melihat kau berada dalam kereta seperti semalam. Kau tak rasa lapar dan dahagakah Daniel. Pulanglah kerumah kau, aku merayu padamu Daniel. Aku segera call Diana.
“Diana apa perlu aku buat sekarang nie Diana”aku menangis (Q _Q)
“kenapa nie?”soal Diana dengan nada yang risau
“Daniel ada di depan rumah aku sekarang nie. Aku tak tahu nak buat apa sekarang nie. Aku merayu pada kau Diana. Pujuk dia supaya pulang ke rumah dia. Daniel berada depan rumah aku dari petang semalam sampai sekarang nie Diana. Aku takut antie Salmah risau nanti. Aku merayu pada kau Diana”
“biar betul”
“betul Diana. Kau datang dengan Razif pujuk dia pulang. Dan jangan kau kata aku yang bagi tahu”
“baiklah”

DANIEL
Sampai hati kau EL, kau tak datang jumpa aku. Walapun aku lapar, aku tetap juga tunggu kau. Aku nekat…. (v_v)
Tok tok tok
“kenapa kau datang Razif?”
“aku dapat tahu dari Diana yang kau bermalam di sini kerana kau tunggu El. Jom kita pergi makan dulu ya Daniel”pujuk Razif
“aku tak nak. Kau pergi jer la. Aku tak lapar. Aku nak tunggu EL. Kau balik ajer la, Razif”
“jom la Daniel, sampai hati kau suruh aku balik, penat-penat aku datang jumpa kau siap datang sini nak teksi lagi, kononnya aku yakin gila la lepas nie kita pergi makan dan kau hantar aku balik”
“kau balikkah dengan teksi yang kau datang tadi”
“teksi tu dah blah dah la,Daniel”
“aku tetap tak nak pergi mana pon”
“Kau kesianlah kat aku nie Daniel. Dari pagi tadi aku tak makan. Aku lapar nie. Kita pergi makan ye. Kalau kau tak nak makan, kau teman aku makan pon tak apa la, Daniel”
“aku kata, aku tak nak, aku tak nak la!”
“kalau kau tak nak pergi dengan aku, aku takkan pergi mana-mana selagi kau tak nak temankan aku. Kalau apa-apa jadi kat aku. Kau perlu bertanggungjawab” nie yang susah nie, Si Razif dah la ada gastric. Adus… “Daniel.. sakitnya perut aku nie Daniel. Adus sakitnya…”
“ok la, jom kita pergi makan”

El
Syukurlah Daniel nak pergi. Aku perlu segera keluar rumah. Nanti lambat pulak sampai Pulau Langkawi. Selamat tinggal Daniel.(Q_Q)

DANIEL
“dah kenyang dah ker Razif”perliku padanya
“dah. Kau?”
“erm.. aku nak tanya kau nie. Macam mana kau tahu yang aku ada di depan rumah El?”
“Diana yang bagitahu aku. Diana kata, kau ada di depan rumah EL dari petang semalam. Diana juga suruh aku ajak kau pergi makan walaupun apa alasan kau. Dan aku terpaksa guna alasan untuk ajak kau pergi makan dengan aku. Kalau aku tak berjaya, Diana akan merajuk dan pergi rumah mak dia. Kau tahulah tanpa Diana aku macam mana”
“aku tahu. Macam mana pula yang Diana tahu aku ada di depan rumah El?”
“yang itu aku tak tahu. Kenapa kau berada di rumah El dari semalam Daniel?”
“kau tahukan aku dengan El bertunang?”
“erm..so?”
“El minta putus. Itu pasal lah aku nak tahu apa sebabnya dia nak minta putus”
“kau rasa apa sebabnya?”
“munkin dia cinta dekat seseorang. Jadi, munkin pertunangan ini menghalangkan dia bersama orang yang dia cinta kot”
“aku rasa bukan. Sebab kalau dia tak suka pertunangan korang nie., dah lama dia dia tak setuju”
“munkin sebab mak dan ayah dia suruh”
“kau jangan lupa yang El seorang yang tegas. Munkin pada mulanya dia tak suka, tapi bila dia dapat tahu yang kau nie tunang dia, munkin dia suka. Dan kau jangan lupa juga, dulu Diana pernah bagitahu kita yang dia syak El suka kau sejak dari U lagi”
“dan kau perlu tahu juga Razif, selama kita tak jumpa dia, macam-macam kejadian yang boleh menyebabkan kita berubah hati”
“memang betul kau kata. Tapi yang aku pasti dia ada sebab yang amat munasabah untuk putuskan pertunangan korang. Dan aku juga pasti dari dulu sampai saat ini dia masih cintakan kau”

2 ulasan:

zaidharis berkata...

http://puisikuseniku.blogspot.com/2008/12/28-disember-1987.html

Kaseh Esmiralda berkata...

Hai nura...
sy baru je bace cite awk ni...
erm... mmg style awak tulis cite byk dialog cmni ke?

sy rase mcm bce skrip drama pula...adakalnya sy sedikit keliru dengan beberapa situasi...hehehe...

maaf ya klu sy komen mcm ni... sy ulas berdasarkan pemahaman sy sbg penulis mcm awk juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...