Pengikut

Ahad, 28 November 2010

Dia ??? 2


“jom Iqram, Keluar makan ngan kitorang”kata Zamzuri. Aku lihat Iqram angguk

“kau nak keluar rehat atau kau nak suruh cik abang kau tolong belikan?”tanyaku pada Syamimi yang sedang berdiri dihadapan aku. Almaklumlah, syamimi nie duduk didepan aku dan sebelah si cik abang dia, iaitu Zamzuri.

“a’ha, aku keluar makan. Jom Dania”katanya padaku. Dania, Dania Suraya. Itulahlah nama aku….

“sekejaplah, tunggu Shuhada. Cepat sikit Shuhada. Nanti kelaparan aku pulak tak dapat makan”

“macam mana kau nak mati. Tadikan kau dah makan kuih yang diberi oleh Iqram tadi”Syamimi memandang aku tanpa kelip.

“itu tadi, bukan sekarang” aku terus tinggalkan diorang berdua. Syamimi sibuk soal siasat dekat Shuhada. Kecoh sunguhlah diorang nie. Tiba- tiba jalan aku dihalang oleh sorang minah gedik nie, iaitu Shahirah.

“kau nie apasal?? Halang jalan aku nie”kataku tak puas hati. Sudah lah aku tengah lapar. Hampeh sungguh lah minah nie

“mana kuih tu?”kuih?? kuih apa.

“kuih apa?? Kalau kau nak sangat pergi cari kat kantin. Aku bukan pejual kuih pun. Tepilah, aku nak gi makan nie”dia masih tak beri aku lalu. Syamimi dan shuhada sudah ada dibelakang aku. Sabar Dania, sabar. Nanti kau tak makan nasi berlauk ayam, kau makan nasi berlauk daging manusia pula. Sabar Dania, sabar… sabar itu separuh dari iman.

“kuih yang Iqram bagi kat kau”owh.. kuih tu ker..dah selamat dah la…

“kuih tersebut sudah selamat dalam perut aku dah. Kalau kau nak sangat esok lusa aku kasi kat kau, siap jem warna kuning coklat lagi” shuhada dan Syamimi sudah tergelak bila dengar ayat tersebut. Manakala Shahirah muka dia dah bertukar, macam nak makan aku je… aku tinggalkan Shahirah. Nasi sudah panggil dengan penuh manja suruh aku makan. Bye bye Shahirah.



“kau nie memang selamba katak bagi ayat free macam tu kat minah gedik tu”kata Syamimi kat aku. Aku buat dek jer. Dah la tengah lapar nie. Tak sampai 5 minit, nasi dalam pingan aku dah dah licin. Alhamdulillah… kenyangnya.

“nak macam mana, dah ayat tu terkeluar dengan sengaja dari mulut aku. Dah la waktu tu aku tengah lapar. Hampeh sungguh minah tu. Kalau dia nak sangat kuih tu, apasal tak minta kat Si Iqram, yang minta dekat aku apahal…”aku lihat shuhada tengah makan kuih donat. Aduh… terliur aku melihat. Tak kira aku nak beli gak. Aku terus beli. Bila aku balik semula meja makan, aku tengok Zamzuri dan Tarmizi duduk dihadapan Syamimi dengan Shuhada. Aduh..Ganggu sunguh la mereka nie.

“hoi!!”kata ku. Tarmizi terkejut hampir-hampir nak melatah. Aku tersegih melihat dia. Tiga orang lagi ikut sengih gak. “sorry la wei, aku tersengaja la pula”huhuhu

“kau nie memanglah. Kalau aku ada sakit jantung., dah lama Shuhada menagis” Tarmizi memandang Shuhada yang tengah makan donatnya yang tak habis tadi. Shuhada yang tengah makan tersebut, hampir-hampir terjekit. Shuhada memandang Tarmizi, macam nak makan jer.

“apasal pula aku nak menagis sebab kau, paling kurang pun, aku sedih jer”shuhada terus makan donat yang bahagian yang akhir. Dia minum air kepunyaanku yang dihadapan Tarmizi, tanpa kata apa-apa.

“wei.. air ak..”belum sempat aku bagitahu, Shuhada dah habiskan minuman aku. Ala…

“nah, awak ambillah minuman saya”kata satu suara dari tepi telinga aku. Aku terus memandang belakang. Hanya beberapa inci sahaja, dahi aku akan tercium dagu manusia tersebut. Aku jarakkan diri. Cis… Iqram rupanya. Dia memandang aku sambil menghulur segelas air laici. Aku segera ambil, lalu letakkan diatas meja.

“lain kali, bagi salam dahulu”perliku padanya.

“kau pun tak bagi salam tadi”kata Tarmizi.

“ala… aku kan dah ok ngan kau. Tapi ngan mamat nie… ko lagi la” aku tarik kerusi di sebelah kiri syamimi, lalu duduk. Si Iqram pula tarik kerusi di sebelah kanan Zamzuri. Ini memakna, Iqram duduk betul-betul dihadapan aku. Aku nak makan pun tak senang. Bila aku fikir.. baik aku makan jer donat nie nanti-nanti. Bila lapar kat dalam kelas, huhuhu. Bijak sungguh la kau nie Dania. Aku tersenyum sorang-sorang

“kau nie apasal? Senyum sorang-sorang, kena sawan ker?”tanya Zamzuri.

“kau nie kalut la, suka hati aku la, nak senyum ker, nak nagis ker, nak apa-apa la. Macamlah aku ganggu kau”

“ye la, aku nie siapa, nak kalut tentang kau”aduh… sedih semacam jer dengar…huhuhu

“kau nie boleh kata penting gak la. Sebab kau adalah yang akan memberi impak kat sahabat karib aku. Tak lain tak bukan… Syamimi!”aku, Tarmizi, Shuhada dan sorang lagi Iqram tepuk tangan. Konon-konan macam Syamimi nie dapat anugerah la.. gitu-gitu lah. Huhuhu. Aku tengok muka Syamimi dah bertukar warna merah tu. Konon-konon malulah tu. Aku tahu.. dalam malu ada suka. Yang Si Zamzuri, tersengih. Aku sure yang mamat nie memang suka, bukan memang la, amat suka….

“saya pula???”hanya dua perkatan tersebut, kitorang terus mengalih kearah suara tersebut, Iqram. Aku hairan akan kata-kata dia jugalah. Tapi… entah la, aku pun tak tahu nak kata macam mana.

Tringggg

“jom lah masuk kelas”kataku tanpa menjawab soalan Iqram. Kitorang pon masuk kelas tanpa aku menjawab soalan Iqram.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...