Pengikut

Ahad, 15 November 2009

DaTuL 8

“ok En.Shah kira kita dah setuju dengan rancangan tersebut. Saya ucap ribuan terima kasih pada En.Shah dengan kerjasama kita pada projek ini”kataku, setelah perbincangan kami selesai.

“apalah sangat.Daripada persetujuan itu dua-dua pihak mendapat manfaat. Sekarang ini waktu lunch, jom kita pergi lunch sama-sama”ajaknya. Aku lihat jam ditanganku menunjukkan pukul 1.00 petang. Ok juga tu. Aku pon tengah lapar.

“boleh juga tu”kataku



“Cik Datul selalu ke datang ke restoren nie?”tanya Shah sebaik sahaja pesanan kami tiba

“En. Shah tak usahlah panggil saya Cik. Panggil je Datul”

“kalau macam itu, Datul juga panggil saya Shah sahaja lah”

“ok. Saya selalu datang kesini, sebab restoren ini milik kawan saya. Lagipun restoren ini juga buatkan saya aman damai je”terangku

“owh… “itu sahaja yang terkeluar dari mulus Shah. Aku tak tahu nak berbual apa dengannya lagi, tak ada topik nak berbual.

“kalau shah?? Selalu pergi makan dimana? Di hotel-hotel mewah ke?”tanyaku aku lihat dia. dia nie kacak. Gatal lah kau nie Datul. huhuhu

“taklah. Saya lebih suka makan di kedai-kedai biasa je. membazir duit sahaja kalau makan di hotel. Kalau sedap sanggat takpe lah juga”aku tergelak. Shah memandangku hairan “kenapa?”tanyanya

“tak sangka awak juga suka makan di kedai. Saya suka juga. Tambah-tambah kalau hujung minggu, saya selalu ajak kawan-kawan saya pergi makan kat mana dan melepak di sana”

“kalau macam itu, kita bolehlah lepak sama-sama”ajaknya, dia senyum memadang kearah aku. Aku membalas senyuman itu

“boleh juga”aku senyum. Kami berbual macam-macam pekara, hingga tak sedar yang waktu lunch nak habis dah.


“happy semacam Datul hari ini, kenapa?”tanya Ilham waktu kami menunggu lif untuk pulang

“biasa je. kenapa? Salah ke?”soalku.

“takde salah. Cuma hairan”terang Ilham. Aku masuk kedalam lif sebaik sahaja pintu lif buka.

“takde pape pon nak dihairankan” kataku nak tak nak sahaja

“malam ini kita keluar nak tak?”ajaknya

“sorry la, datul malas nak keluar”pintu lif buka. Aku segera pergi ke kereta kesayanganku. Aku terus memandu tanpa menuggu Ilham.


p/s:sorry sbb lambat antar DaTuL 8 ini... sbb xde idea. thanks untuk sesiapa yang membaca karya saya ini. sy harap anda semua boleh komen ttg crita ini. sy amat hargai.

1 ulasan:

~Siti Fatimah~ berkata...

hye...terima kasih kerana sudi jOin blog mgg..em..nanti selalu la in ye tuk tahu citer selanjutnya seharum cinta sejati ciptaan mgg tu.. :) n jgn luper komen tau hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...