Pengikut

Selasa, 12 Mei 2009

Dia Dihatiku END

Setahun kemudian
El
Sudah setahun aku tinggalkan Daniel… yang aku pasti, Daniel dalam keadaan sihat. Walaupun aku tidak berjumpa Daniel selama setahun, aku tahu yang serba sedikit tentangnya daripada mak ayah aku, dan Diana. mak dan ayah aku selalu beritahu aku yang Daniel tidak jemu datang kerumah. Daniel sering tanyakan aku pada mak ayah aku.

Selepas sebulan aku jejak kaki di Pulau Langkawi, aku mendapat berita yang aku tidak sangka. Rupa-rupanya aku tidak sakit Kanser otak. Fail aku telah bertukar dengan fail orang lain. Aku bersyukur sangat. Walaupun sudah lama aku tahu yang aku tidak sakit, aku tetap tidak tinggalkan Pulau Langkawi. Kerana aku sudah jatuh cinta akan keindahan pulau ini.

Selepas sebulan aku dapati yang aku tidak sakit kanser otak, aku telah membuka sebuah kafe yang tidak jauh dari pantai. Suasana di Pulau ini memang membuatkan aku alpa. Tetapi aku tidaklah terlupa kan Daniel. Aku tahu dia masih menuggu jawapan daripada aku. Kenapa aku tinggalkan dia… yang aku pasti, suatu hari nanti aku akan memberitahu padanya, kenapa aku tinggalkan dia. Buat masa ini aku tiada kekuatan untuk berjumpanya. Pernah suatu hari aku pulang kerumah mak ayah aku. Dan dia juga datang kerumah aku. Aku hanya sebunyi didalam bilik, kerana aku tiada kekuatan untuk berjumpanya. Aku takut untuk berjumpa dirinya. Oh… Daniel maafkan diriku ini….

DANIEL
Sudah setahun kau tingglkan aku bersendirian. Jika kau tidak tinggalkan aku setahun yang lalu, mungkin kita sekarang dialam keindah dalam perkahwinan. Aku masih tertunggu-tunggu dengan pelbagai soalan. Antaranya kenapa kau tinggalkan aku?

Entah kenapa aku masih tungu kau, El. mungkin aku yakin yang kau itu adalah jodoh aku. Aku betul-betul rindukan kau, El. Sememangnya aku tidak jemu untuk berjumpa ibu bapa kau. Kerana aku yakin ibu bapa kau pasti tahu kemana kau pergi. Aku juga yakin yang kau akan berjumpa aku satu hari nanti. Hanya masa yang akan tentukan bila kita akan berjumpa. Aku akan tunggu masa itu dengan pelbagai soalan yang perlu ada jawapan daripada kau.

DANIEL
“ma, esok Daniel perlu pergi Langkawi. Sebab ada urusan kerja disana dalam dua hingga tiga hari lah. Dan Daniel fikir nak bercuti disana, mama nak ikut Daniel?” Tanyaku apabila sebaik sahaja aku tiba di meja makan untuk sarapan pagi.

“kamu pergilah. Mama malaslah nak ikut. Lagipun kesian pada ayah kamu nanti, berseorang” aku tergelak apabila mendengar ayat yang terakhir itu. Mama juga ikut gelak.
“nanti mama tolong kemaskan baju Daniel. Boleh tak ma?” tanyaku mengharap.

“boleh ajer. Nanti bila sampai sana call mama tau. Nanti taklah mama risau. Kamu nak pergi berapa hari?”

“mungkin 5 hari”

EL
Sebaik sahaja aku tiba pantai yang tidak jauh daripada kafe aku, aku memandang kearah lautan. Hanya di sini yang boleh membuat aku tenang. Entah kenapa aku gelisah semacam sahaja hari nie. Mungin sesuatu yang akan berlaku. Yang aku harap ianya adalah yang pekara yangbaik.

DANIEL
Sebaik sahaja aku sampai di pantai, aku terpadang seorang perempuan yang sedang termenung jauh, mungkin tengah fikirkan sesuatu. Aku tidak dapat melihat mukanya kerana aku hanya melihat dari belakang nya. Entah kenapa aku betul rindukan El. Aku pergi perhampiran si dia itu. Sebaik sahaja aku berada di tepi dia aku amat terkejut. Kerana si dia itu adalah El

“El!” kataku. El amat terkejut.

“Da… Daniel?”aku terus memegang tangan EL

“kau pergi mana selama ini? Kenapa kau tingglkan aku El?? Kau sihat?” aku melihat El tersenyum

“satu-satu Daneil”dia tergelak bila melihat aku

“kau pergi kemana selama ini?”

“aku tak pergi kemana. Aku masih di Malaysia”El memandang kearah laut. Mungkin dia tak sanggup melihat aku

“habis itu apasal kau tak berhubung dengan aku? Kenapa kaujauhkan diri kau daripada aku?”

“aku ada sebab yang perlu jauhkan diri aku daripada kau. Tapi… biarlah aku rahsiakan dahulu kenapa aku tinggalkan kan kau” entah kenapa El semakin jauh daripada aku… dan dia menghilang. Aku terus lari kearah yang dia menghilang tadi. Tapi aku masih tidak berjumpa tapi aku tidak putus asa, aku terus mencari dan terus mencari…. Tiba-tiba aku terjatuh….

“El!!!” aku melihat kanan kiri aku. Rupa-rupanya mimpi sahaja. Sudah banyak kali aku mendapat mimpi yang sama sejak aku tiba di Langkawi, tiga hari yang laliu. Adakah ada maksud daripada mimpi aku tadi?? Aku lantas pergi tandas untuk mandi. Entah kenapa aku ingin pergi ke pantai yang tidak jauh daripada hotel ini. Sebaik sahaja aku sarapan pagi di restoren, aku terus pergi kearah pantai. Aku duduk di bawah sepohon pokok. Triba-tiba aku terpandang seorang perempuan seperti dalam mimpi aku. Adakah si dia itu EL? Aku segera pergi berhampiran dia. Sememangnya si dia itu adalah EL. Entah kenapa aku tidak terkejut

“apa khabar El?”aku duduk sebelah kanan EL lalu aku memandang kearah lautan

“Da… Daniel?”

“iya, aku Daneil” aku masih memandan kearah yang sama, aku tiada kekuatan untuk melihat EL. Mungkin aku takut iyanya hanyalah mimpi.

“kau apa khabar?”

“seperti apa yag kau lihat. Aku ok ajer”

“bagus lah” kami terus diam seketika. Hampir 30 minit kami berdiam. Akhirnya aku dapat kekuatan untuk bertanya lagi. Aku memandang El.

“kenapa kau putuskan pertunangan kita?”
“aku ada s…” aku terus memotong cakapnya. Kerana aku bimbang jikalau dia jawab yang sama seperti dalam mimpi itu.

“aku nak kau bagi terus sebabnya. Aku tidak mahu ada rahsia”

EL
Macam tahu-tahu sahaja aku tak nak bagi tahu sebabnya.tapi bagus juga bagi tahu sebabnya terus. Kalau bukan sekarang, pasti ada juga hari seperti hari nie. Aku memandang kearah lautan

“pada setahun yang lalu doktor bagi tahu aku, yang aku sakit kanser otak. Sebab itu aku mengambil keputusan nak putuskan pertunangan kita. Selepas kau pergi tinggalkan rumah aku setahun yang lalu … aku terus datang ke Pulau Langkawi ini. Selepas sebulan aku tinggalkan kau, aku dapat tahu yang aku ini bukan sakit kanser otak. Tapi aku masih tinggal di Langkawi, kerana aku sudah jatuh cinta akan Pulau Langkawi. Ada juga aku pulang kerumah inu bapa aku dan waktu itu juga kau datang rumah aku. Tapi aku masih tiada ada kekuatan nak jumpa kau. Maafkan aku Daniel. Aku harap kau maafkan aku, Daniel”

“kenapa aku perlu maafkan kau?”

“sebab aku tinggalkan kau tanpa sebab yang munasabah. Maafkan aku sekali lagi Daniel”

“jikalau aku maafkan kau. Adakah kita akan terus bersama?”
“terpulang dengan keputusan kau, Daniel. Kerana aku mencintai kau” aku terus bangun untuk tinggalkan Daniel. Entah kenapa aku tidak sanggup mendengar jawapan daripada Daniel

“sanggup kau tinggalkan aku sekali lagi, EL” aku berhenti melangkah. Aku melihat dia. “aku juga mencintai kau” dia berhampiran aku. Lalu dia menyarung cincin di jari ku. “syukurlah, akhirnya cincin ini pulang juga pada tuannya”


p/s: maaf kerana lambat n3. sebab saya tiada idea untuk sambung, maaf jikalau cerita ini tidak memuaskan hati anda. maaf juga atas kesalahan ejaan. jika anda semua ingin komen akan cerita ini, saya amat mengalu-alukan. *TeRiMa KaSih*

5 ulasan:

Miss Kira berkata...

hehehe..
at last..
bersma gak depa..

ChaiDaN berkata...

alamak dek, memang banyak salah ejaan..ade gak ayat yang bercelaru skt...dripada yang 1st lagi....

agak membusankan..tp xpe lah sebagai permulaan...k, all the best!!

bidadari cinta berkata...

sy penah bc novel ni kat satu blog tu..lupe blog aper..awk ke penulisnya..?citer ni best...!

meowluvie berkata...

bgus cte ni, wlupn cepat skit jln cte tu..tp ok lar tu, mini novel, buat yg lg bgs dr ni ehh...(^o^)

NuRa berkata...

@arilman0224tq :)cerita nie mmg mini novel :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...