Pengikut

Ahad, 28 November 2010

Dia ??? 4

Seperti semalam. Aku tetap keluar rumah pada pukul 7.25 pagi. Tapi bezanya, aku tidak kelihat mamat semalam. Entah kenapa aku teringin nak tahu siapakah dia. Dan aku teringin berjumpanya lagi. Tapi, mungkin kami tiada jodoh untuk berjumpa. Arh.. biarkanlah..

Sebaik sahaja aku tiba disekolah, perhimpunan pagi sudah bermula. Aku yang tiada semangat meletakkan beg lalu pergi kebarisan. Aku mendengar ceramah dari Cikgu Q. dalam banyak-banyak cikgu di sekolah nie, cikgu Q yang paling aku tak suka dengar dia ceramah… kalau dalam 5-10 minit takpe lah, ini sampai 15-20 minit. Pengetua sekolah aku pun kalah.

Setelah tamat perhimpunan pagi, aku segera ambil beg lalu masuk ke kelas. Aku lihat si Shahirah duduk ditempat aku. Dia nie memang nak kena dengan aku sungguh. Aku letakkan beg diatas dia dengan selamba.

“kau apahal letak beg kat atas aku nie?”katanya dengan geram, aku buat muka seposen

“la… ingat takde orang dok kat kerusi tadi. Rupa-rupanya ada orang dok atas kerusi aku. Almaklumlah aku nie rabun, tak reti nak bezakan orang dengan kerusi.. jadi aku teruslah letak beg. Lagipun jarang orang dok kat kerusi aku pagi-pagi macam nie. Itupasal lain semacam hari nie”aku tersengih. Syamimi dan Zamzuri yang dengar kata-kataku, juga turus tersengih. Aku mencari kelibat Shuhada. Mungkin dia pergi pejabat untuk ambil buku ponteng yang telah disediakan oleh pihak sekeloh untuk setiap kelas.

“kau nie… memang sengaja nak cari pasalkan? Aku tahulah kau cemburu dengan aku, sebab Iqram asyik sembang dengan aku”aku tetap buat muka seposen

“a’ha.. aku cemburu sangat-sangat la. Tapi, aku rasakan ada sorang lagi minah gedik yang lagi cemburu daripada aku. Ye la, aku kan boleh kata duduk sebelah Iqram. Yang dia tu, duduk nun jauh dibelakang, sampai terpaksa duduk tempat aku. Agak-agak kau kan Shahirah, siapa lagi cemburu. Aku atau dia, yang lagi cemburu?”tanyaku konon-konon tertanya-tanya. Aku lihat mukanya yang konon dia kata cerah tu bertukar merah padam. Mungkin menahan marah.

“kau kata aku minah gedik. Wei, Dania dengan minah gedik nie lah, kau selalu kalah. Sudahlah dulu aku sering gagalkan rancangan kau untuk bersama Akip. Dan aku tetap menang apabila, temu janji kau dan dia tak pernah lancar. Tahu tak sebab apa?? Sebab aku lah. Walaupun aku tak pernah couple dengan Akip, tetapi aku akhirnya berjaya untuk membuatkan kau dan dia tak pernah couple dan tak pernah bertemu janji berdua-duaan”entah kenapa setiap kali Shahirah sebut tentang Akip, pasti perasaan aku menjadi sensitis. Entah datang darimana datangnya pedih dihatiku. Pedihnya. Aku merenung kearah Shahirah.

Tanpa aku sedar Cikgu Alex sudah lama melihat drama antara aku dan Shahirah. Aku terus keluar kelas tanpa, menghiraukan Cikgu berbangsa cina yang baru datang kemarin sebagai guru paktikal. Aku segera pergi kesurau dan mengambil wuduk lalu kubaca al-quran dengan asyiknya. Tanpa aku sedar yang waktu rehat sudah tiba. Shuhada dan Syamimi datang kearah aku dengan teragak-agak. Aku senyum kearah mereka, sekadar menutup kepedihan dihatiku.

“kau ok?”tanya Syamimi

“aku ok je. Aku minta maaf kalau aku buat korang berdua risau”kataku pada mereka berdua.

“kau bukan sahaja buat aku dan Syamimi risau, tapi kau telah buatkan hampir semua orang risau di kelas, tahu tak?? Sampai Cikgu Alex tak mengajar sebab kami risaukan kau. Kau tahu tak hampir semua di dalam kelas cari kau. Termasuk Cikgu Alex. Last-last, Cikgu Alex minta kami berhenti cari kau”kata Shuhada panjang lebar.

“memang patut korang tak cari aku, sudahlah hari nie hari pertama Cikgu Alex masuk kelas kita. Mesti dia hampa. Lain kali, korang tak payah susah-susah cari aku. Sebab aku tahu jaga diri aku. Sudah lah, mari kita pergi kantin”kataku

“kau tak payah risau, aku sudah beli makanan untuk kita semua”kata Zamzuri entah darimana dia muncul.

“so, kita nak berkelah dimana nie?”tanya Tarmizi sememangnya berada disebelah Zamzuri sejak tadi.

“kita makan di padang sekolah nak tak?”tanya Syamimi

“tak naklah aku, sudahlah panas”kata Shuhada

“kala kau nie, kita bukan makan tengah-tengah panas, kita makan kat bawah pokok besar tu”kata Syamimi

“ok juga tu”kataku. Kami segera pergi ketampat yang dituju.




“aku rasa, nak balik rumah lah, rasa macam tak sihat je”kataku pada kawan-kawan yang asyik tengah makan.

“sebab apa pula”tanya Zamzuri.

“kau nie hampehlah Zam. Kau tahu-tahu lah sendiri sebab apa”kata Tarmizi. Aku tersenyum dengan kerenah Zamzuri dengan Tarmizi

“suka hati kaulah Dania. Aku rasa, itu baik untuk kau. Kau nak aku dan Shuhada temankan kau pergi pejabat?”tanya Syamimi

“tak usahlah. Tapi aku minta tolong, kau bawakan beg aku ke surau, ye?”

“ok”kata Syamimi



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...