Pengikut

Ahad, 16 Oktober 2011

Dia ??? 16




Seperti biasa, aku akan pergi terus ke kedai selepas tamat sesi persekolahan. Sebaik sahaja aku tiba di kedai, Shuhada ada di kedai. Aku segera pergi kepadanya.

“jom keluar makan?”ajakku

“okey juga, aku pon belum makan” kami pergi restoren ELEL yang tidak jauh daripada kedai aku

“semalam aku jumpa Akip”kataku. Aku lihat Shuhada terkejut.

“biar betul?”soalnya ingin kepastian. Aku tersenyum. Aku sudah agak, pasti dia tidak percaya

“yelah, tak kan aku nak tipu pula. Buat tambah dosa sahaja”

“macam mana kau jumpa dia?”soalnya ingin tahu

“aku jumpa dia kat…”aku pon terang kepada Shuhada macam mana terjumpa Akip

“so. Macam mana?”soalnya.

“macam mana apa?”

“ye lah, kau masih sukakan dia lagi ker?”

“pada pendapat kau?”soalku tanpa menjawab soalan Shuhada

“yang aku rasa, kau masih cintakan dia lagi”kata Shuhada teragak-agak

“ya, aku masih cintakan dia Shuhada. Aku pon tak tahu dia pakai minyak pengasih mana, sampai sekarang aku masih ada perasaan kat dia”gurau ku

“eleh kau nie, dia memang tak guna minyak pengasih pon dah kau suka. Sekarang nie kau terpaksa buat keputusan. Sama ada kau terus menyukainya tanpa dia tahu atau kau bagitahu dia atau kau lupakan dia terus dan bersama dengan orang lain. itu sahaja nasihat aku. Tapi bagi aku, kau fikirlah masak-masak. Hal ini perkaitan dengan tua kau nanti dan satu lagi nasihat aku. Apa keputusan kau, adalah tanggungjawb kau. Kalau tak boleh salahkan siapa-siapa bila kau buat keputusan. Sebab kau sendiri yang buat keputusan itu”nasihat Shuhuda



Aku tak tahu sama ada aku harus terus mencintai Akip atau tidak. Aku keliru. Aku tahu selain Akip ada yang lain yang aku boleh pilih. Tapi jika aku pilih yang lain adakah aku akan bahagia?

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Tiba-tiba ada panggilan masuk. Darius.

“Apasal tiba-tiba telefon aku nie?”soalku setelah menjawab salamnya

“aik? Takkan aku tak boleh telefon kau kot?”

“bukan tak boleh, tapi tiba-tiba je telefon aku”

“aku rindu dekat kaulah”kat Darius sambil ketawa

“kepala otak kau, rindu aku konon. Blah lah wei”kataku

“sampai hati kau kata macam tu kat aku. Betullah aku rindu dekat kau. Kau je yang tak caya. Kau apa khabar?:”

“Alhamdulillah,buat masa nie aku masih sihat lagi. Kau macam mana?”

“aku….. kadang-kadang ok… kadang ko”katanya

“blah lah wei…”

“Dania…”

“ye…apasal?”

“esok kau free tak?”soalnya

“apasal?”

“aku nak ajak kau keluar. Boleh?”

“boleh je. Tapi kau kan sekarang dekat Johor. Macam mana nak jumpa?”

“sebenarnya sekarang nie aku dekat depan rumah kau”kata Darius. Serius aku terkejut mendengar kata-katanya. Aku pantas lihat di hadapan rumah aku ada dia betul-betul berada di hadapan rumah aku tau tidak. Kata-katanya memang benar. Dia berada dihadapan rumah aku. Aku segera cari tudung untuk keluar jumpanya. Tapi belum sempat aku nak melangkah pergi dekatnya..

“kau tak perlu keluar jumpa aku. Biarlah kita berbual sahaja. Boleh tak kalau kita jumpa esok?”

“apasal kena esok? Bukan hari ini?”

“sebab…. Rahsia. Hahaha. Boleh tak?”

“boleh je. Nanti kau sms aku masa dan tempat”

“okey. Tak pelah. Aku nak blah dulu. Kau jangan rindu-rindu aku tau. Salam sayang”dia terus off dan pergi tinggalkan rumah aku.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...