Pengikut

Khamis, 3 Januari 2013

Kata Hati Aku 2


“jadi kau ada tanya dia tak?”soal Aina. Aku hanya diamkan diri. Konon nak bagi dia terseksa sikit

“wei… kau ada tanya dia tak?”soalnya berulang kali. Nampak sangat dia tak sabar-sabar. Aku masih diamkan diri.

“kau nie, memang sengaja bagi aku terseksa ya”katanya. Dia dah buat mulut itik dah. Kalau cun tak apa juga, nie macam entah pape

“erm” itu saja yang aku katakan padanya. Dia pandang aku.

“dia kata apa?”

“dia kata dia memang cintakan seseorang”

“siapa?”soalnya ingin tahu. Ikutkan bukan dia sorang teruja, aku juga teruja ingin tahu

“aku pun tak tahu. Aku ada tanya dia, dia kata nanti-nanti aku tahulah. Dia kata lagi orang tu aku sangat kenal. Entah-entah dia cintakakan kau”kataku memberi harapan. Mungkin betul dia sukakan Aina. Erm… aku kena lupakan perasaan ini. Tak mahu simpan-simpanlah.

“tak semestinya aku. Bukan aku seorang je yang kau kenal. Ramai lagi yang kau kenal”katanya dengan muka suram. Ikutkan aku lagi lagi suram. Dia kata padaku yang dia cintakan seseorang yang aku kenal. Sah-sah bukan aku orangnya. Jadi kau kena lupakan dia jugak.

“aku pun tak pastilah. Aku mana boleh main teka. Kalau nak kepastian kau tanya dia sendiri”cadangku

“gila kau, tak mahu aku tanya dia. Nanti dia ingat aku sukakan dia. Lagipun aku malulah. Aku mana rapat dia macam kau rapat dengan dia”katanya. Aku taklah rapat sangat dengan dia.

“kau tanyalah dia”pujuknya

“tak nak. Kalau kau nak tahu, kau sendiri tanya dia”noktahku. Aku pun malu nak tanya, dia nie suka hati dia suruh aku tanya. Ingat aku tak ada perasaan malu ke.

“ala kau tolonglah”rayunya

“aku kata tak nak”aku terus tinggalkan dia.


“Adil”panggilku setelah habis exam SPM. Dia datang padaku

“kenapa?”tanya dia sambil memandangku. Nie yang buat aku semakin segan nie

“ada orang sukakan kau”kataku. Sengaja aku tak nyatakan nama si dia tu. Bagi Adil berdebar-debar.

“siapa?”tanya setelah mendiamkan diri seketika

“Aina”kataku. Aina yang menyuruh aku memberitahu Adil. Lagipun Aina sudah tiada periksa hari ini. Kerana dia habis awal. Aku lihat Adil terkejut bila aku nyatakan. Aku tak pasti sama ada dia suka atau tidak

“betul ke?”tanyanya ingin kepastian

“yalah. Buat apa aku nak main-main. Lagipun ini tentang perasaan. Nanti-nanti kau trylah call dia atau hantar mesej dekat dia”mintaku. Dia hanya angguk. Aku terus tinggalkan dia. Semoga hatiku kuat. Semoga aku segera lupakan dia. Aku berharap begitu.


“dia ada mesej kau tak Aina?”tanya suatu hari ketika aku dirumahnya. Saja aku pergi rumah dia. Bosan, tak tahu nak buat apa. Lagipun tak lama lagi aku nak ke PLKN. Erm.

“tak ada pulak”katanya. Aku lihat muka dia sedih semacam je.

“aku ada suruh dia hantar mesej dekat kau”kataku

“tapi dia tak hantar pun”

“kau trylah hantar dekat dia. Mungkin dia akan balas”cadangku.

“taknaklah. Malu”

“malu konon. Malu tapi mahu”aku kenakan dia

“betullah. Kau je lah hantar dekat dia. Kalau dia balas, aku akan hantar masej dekat dia”katanya

“tak ada kena mengena aku ye. Kau yang suka. Jadi kau yang hantar”kataku. Dia mula dah buat mulut itik dia tu.

“ala…”

“yalah. Sat”aku pun hantar masej dekat Adil. Lama jugak kami tunggu. Last-last dia balas jugak. Aku dan dia masej seketika. Kemudian aku suruh Aina hantar mesej. Sejak itu hubungan Aina dengan Adil semakin rapat. Aku? Hati aku semakin pedih. Biarlah, janji kawan aku bahagia. Lagipun aku yakin yang aku akan lupakan Adil. Lagipun aku akan masuk PLKN tak lama lagi. Bolehlah aku usya pakwe-pakwe handsome


Selepas dapat result SPM, aku masuk tingkatan 6. Aina masuk matrik. Adil? Dia sedang buat persediaan untuk terbang ke luar negara . Aku tak pasti hubungan Aina dengan Adil macam mana. Aina kata diorang teman tapi mesra. Aku tak tahulah. Aku terus terputus hubungan dengan Adil. Last aku berhubung dengan dia waktu dapat result SPM. Waktu itu aku tengok hubungan diorang semakin rapat je. Jadi aku fikir mungkin diorang sudah couple. Mungkin.

Masuk tingkatan 6 aku jumpa balik senior aku di sekolah lama. Nama dia Shazril. Aku memang teruja habis lihat dia. Result SPM dia dulu memang terbaik kot. Top studens kot. Tapi aku pelik kenapa dia masuk tingkatan 6. Tapi aku happy je. Sebab aku boleh dok usya dia. Aku panggil dia Boiboy. Hahaha. Kawan akulah letak nama Boiboy tu.

“kenapa petang nie kita ada latihan koko?”tanyaku pada Azizah. Aku betul-betul rasa sangat-sangat malas nak datang sekolah petang-petang nie.

“mana aku tahu”aku dan Azizah masuk dalam dewan sekolah. Masuk saja dalam dewan sekolah  aku terus teruja habis. Aku lihat Boiboy aku ada dalam dewan. Dia tengah main ping pong. Dia ahli ping pong jugak??? Biar betul??? Aku taklah tunjuk teruja sangat. Aku buat muka cool ja. Padahal dalam hati teruja habis.

“seronoklah tu. Pujaan hati ada sekali”kata Azizah. Aku masih buat muka cool. Aku tengok dia main. Gila. Pandai gila dia main. Nie membuatkan aku nak berangan nie. Hahaha. Aku boleh sukakan dia sebab waktu dia tingkatan 5 aku lihat dia suap ais dekat adik dia. Aku waktu tu rasa baiknya dia. Dahlah adik dia kecik lagi. Mungkin dalam dua hingga empat tahun. Aku pun tak pasti. Waktu aku lihat dia suap adik dia makan ais, aku rasa untung sapa dapat dia. Sejak tu aku selalu usya dia di sekolah.

“hello”tegur seseorang. Terus hilang kenangan aku tu. Aku lihat siapa yang tegur aku itu. Dia. Dalam hati aku memang sah-sah teruja habis. Aku lihat Azizah tundukkan kepala dia. Tiba aku pelik. Kenapa pulak?

“kau nie datang sini nak berangan ke?”tanya dia. Aduh… terasa habis. Tapi aku rasa tahap teruja yang mengatasi segalanya

“mestilah tak”kataku

“yang dari tadi aku suruh kau pergi main ping pong apasal masih duduk sini lagi?”tanya dia sambil mengelap peluh.

“sebab tak reti nak main”kataku jujur. Dia lihat aku. Salah ke kalau aku tak reti main?

“pastu yang kau masuk kelab nie apasal?”

“sebab ahli kelab badminton lambat datang waktu hari pendaftaran kelab hari tu. Jadi masuklah kelab ping pong. Lagipon main ping pon tak penat sangat kot. Sebab tak banyak lari”jawabku dengan panjang lebar

“tak banyak lari kau kata? Kau try main tengok”cabarnya. Betullah. Nak kena lari pun di sekeliling meja ping pong je kan.

“masalahnya saya tak reti main”

“jom. Aku ajar kau” aku waktu tu memang teruja habis.  Tapi apabila dia mula ajar aku, sangat-sangat gerun. Garangnya dia. Takut aku. Sikit-sikit aku kena marah. Tension betul aku. Dia yang ajar aku sepanjang aku petang itu. Berpeluh-peluh aku. Memang penat main ping pong nie. Ingat tak banyak lari. Tapi… memang letihlah. Aku duduk sebelah Azizah selepas tamat latihan.

“macam mana main ping pong?”tanya dia sambil hulurkan air. Aku mengambil air tesebut dan minum. Aku biarkankan soalanya tak di jawab seketika. Aku pergi ke kipas yang berada berhampiran aku. Aku duduk betul-betul kipas. Wah… sejuknya.aku pejamkan mata untuk menikmatinya

“letih?”aku terus muka mata. Shazril. Dia duduk di sisiku.

“ya. Tak sangka main ping pong letih macam nie”kataku.

“lain kali jangan pandang rendah dengan ping pong. Tapi bestkan?”tanya dia

“ya. Memang best”

“best main ping pong ke best dengan orang yang ajar ping pong?”tanya dia. Aku pelik semcam je. Dia tahu ke aku sukakan dia nie.

“best main ping pong, tapi tak best dengan orang yang ajar ping pong”kataku. Biarlahlah dia nak kata apa.

“apasal pulak?”tanya dia dengan muka hairan.

“ye lah. Sikit-sikit nak marah. Tension tau”adukku padanya. Suka suka hati je aku mengadu dekat dia. Padahal tak rapat mana pun.

“bukan marah, tapi menegur. Lagipun Atikah buat salahkan”katanya.

“kalau nak tegur pun. Tegurlah elok-elok. Nie menjerit je. Saya bukan pekaklah”kataku. Tiba-tiba terasa nak merajuk pulak. Suka suka hati kau je nak merajuk. Buat malu je kau nie Atikah

“merajuk ke? Jom abang Shazril belanja minum?”pujuk dia. Dia pujuk ke??? Sukanya aku. Nie membuatkan aku berbunga-bunga nie.

“minum je? Makan tak boleh ke?”tanyaku.

“amboi-amboi Cik Atikah. Kita bagi betis nak peha ya. Bersyukur sikit”katanya.

“ya ya, tapi terima kasih je lah”kataku sambil berdiri. Dia lihat aku

“awat pulak?”tanya dia hairan  sambil berdiri

“kalau nak belanja pun, lihat-lihatlah jam Cik Abang oii. Sudah pukul 6.30 petang”kataku sambil menuju ke arah Azizah yang sudah lama menunggu aku

“yalah. Esok selepas sekolah. Macam mana?”tanya dia

“tak pasti. Lagipun saya tumpang Azizah. Tak mahu menyusahkan dia pulak”

“kalau macam tu belanja sekali Azizahlah. Apa susah” Azizah hairan je. Ye lah dia bukan tahu apa-apa. Tiba-tiba kata nak belanja dia

“belanja?”tanya Azizah

“Encik Shazril nak belanja kita”kataku

“aku okey je”katanya

“kalau macam tu, kita jumpa esok ya”kata Shazril. Dia terus berlalu tinggalkan aku. Erm…


Sejak itu hubungan aku dengan Shazril agak rapat.  Bertahun sudah berlalu. Lepas dia mendapat result STPM yang paling terbaik dalam sekolah aku. Dia terus sambung belajar di luar negara. Tapi hubungan aku dengan dia masih okey. Tak lama lagi dia nak balik ke Malaysia. Tak sabar nak jumpa dia. Teruja habis. Aku? Aku sudah tamat belajar dan kerja sebagai setiausaha. Boss aku??? Dingin je. Aku gelarkan dia ‘dingin sebatu’ dingin sebab dia dingin. sebatu? Aku main campak je bubuh. Hahaha. Aku pun baru je jadi setiausaha dingin sebatu nie. Sebab dia baru masuk kerja. Ganti abang dia.  Syarikat nie, syarikat ayah dia.  Tapi dia memang bertanggungjawab. Ye lah, dia taklah masuk pejabat sesuka hati dia walaupun nie syarikat ayah dia. Suka hati dialah. Janji aku di bayar gaji yang ditetapkan. Kalau dapat bonus aku ucap Alhamulillah je

“lain kali buat air kurang manis”katanya bila masuk pejabat setelah tamat waktu lunch. Dia terus masuk ke biliknya. Aku? Aku buat dono.

‘Lain kali buat air kurang manis. Lebih baik suruh orang lain buat’ Kataku dalam hati je. Tak akan aku berani nak kata di depan-depan dia punya

Aku sambung membuat kerja. Aku malas nak fikir.



Tibalah hari Shazril pulang ke tanah air. Aku jemput dia di KLIA.  Tapi dia tak tahu. Konon nak bagi kejutanlah.Waktu aku tunggu aku terpandang seseorang. Sungguh aku terkejut. Dia???

Dia perasan diriku. Aku memang terpaku.

“Atikah?”tanya dia

“ya. Aina?”tanyaku ingin kepastian

“ingat kau ye. Lama aku tak jumpa kau ya. Mana menghilang?”tanya dia. Dia duduk di sebelahku.

“tak hilang kemana. Kau kahwin tak jemput aku ye”kataku. Aku lihat perutnya semakin besar.

“aku tak tahu nak bagitau macam mana. Ye lah. Lepas-lepas aku masuk matrik dan family kau pindah. Kita terus terputus hubungan. Aku ada cari kau di facebook. Tapi, aku tengok facebook kau macam sepi semacam je”katanya

“aku memang jarang online facebook. Aku aku dok online twitter je. Nanti kau follow aku di twitter ye”

“yelah. Kau datang KLIA nie kenapa?”tanya dia

“aku tunggu kawan aku. Kau?”

“aku tunggu laki aku”Adil ke? Hati aku semakin berdebar-debar

“Adil ke?”belum sempat dia menjawab ada seseorang memanggil Aina. Aku berlahan-lahan melihat kearah suara itu. Tapi aku terkejut. Sapa laki nie??

“laki aku bukan Adil. Aku dengan Adil teman tapi mesra jelah”katanya.

“siapa nie”tanya laki Aina

“nie Atikah. Kawan Aina waktu sekolah menengah”terangnya. Aku hanya senyum je.

“ini Farid. Suami tersayang aku”kata Aina sambil tersenyum. Aku nampak diorang nie bahagia. Tiba-tiba terasa nak kahwin pulak. Gedik. Hahaha

“okeylah, nanti-nanti kita jumpa ya?”kataku. kami sempat menukar number terlefon.

Aku masih setia menunggu Shazril. Lambat betul dia. Tiba-tiba aku lihat pasangan bahagia sedang berbual dengan mesra. Macam kenal ke. Aku berlahan-lahan pergi kearah mereka

“owh… ini kerja korang ye”kataku. Mereka terkejut

“sampai hati korang buat aku macam nie”aku sudah mengeluarkan air mata.Shazril dan Azizah dah gelabah semacam je.

“Atikah, kau dengar penjelasan kami ye. Kami..”belum sempat Azizah menjelaskan. Aku terus angkat tangan aku untuk tampar Azizah, tapi perlahan je pon. Aku ketawa kerana dapat kenakan dia. Diorang terkejut. Aku sebenarnya pura-pura je menangis

“kau tak marah?”tanya Azizah

“nak marah buat apa?”tanyaku pelik

“bukan ke kau sukakan Shazril ke?”tanya Azizah ingin kepastian

“Cik Azizah oiii, suka tidak bermakna cinta. Aku pernah bagitahu kau yang aku cintakan Shazril?”

“tak”

“jadi yang kau sangka macam-macam nie apasal?”

“yalah, sejak kita sekolah lagi kau asyik cerita tentang Shazril je. Mahu aku tak fikir macam-macam. Shazril inilah Shazril tulah. Tu yang aku fikirkan kau macam tu”katanya

“tak adalah. Lagipun hubungan aku dengan Shazril biasa-biasa je”kataku

“biasa apanya. Mesra semacam je aku tengok”kata Azizah. Aku lihat Azizah. Nie mesti cemburu butalah nie

“itulah, kan abang dah kata. Abang dengan Atikah tak ada hubungan apa-apa pun. Sayang je fikir bukan-bukan”kata Shazril. Aku di situ hampir-hampir nah muntah. Abang-sayang??? Hahaha

“kau nie apasal Atikah?” tanya Azizah

“aku nak termuntah bila dengar abang-sayang”kataku sambil buat-buat muntah. Azizah lihat aku semacam je

“kau ni Azizah dengan aku pun nak cemburu. Lain kali kalau tak pasti, tanya. Bukan diamkan diri. Cemburu-cemburu kau. Risau-risau kau tentang perasaan aku sempat lagi ya abang-sayang dengan Shazril ya”kataku

“aku tak nak kau terluka”katanya

“aku tak terluka pun. Aku happy je kau dengan Shazril. Kau jangan risaulah. Jadi, bila kau dengan dia nak nikah nie?”tanyku ingin tahu

“tak tahu lagi”kata Azizah.

“bulan depan”kata Shazril

“arh??”sungguh aku terkejut. Tapi Azizah pun sekali terkejut apa kes

“abang sudah bincang keluarga abang dengan keluarga Azizah. Kita akan nikah bulan depan. Tak payah nak bertunang. Kita terus nikah. Sebenarnya abang dengan keluarga kita  sudah mula buat persiapan.Azizah je tak tahu. Asyik melayan kerisauan Azizah tentang hubungan kita”terang Shazril. Wah. Baguslah dapat laki macam Shazril. Sudah ada perancangan. Siap mula buat persiapan.

“betul ke?”tanya Azizah ingin kepastian

“betul. Ikutkan hati abang nie, nak je kita nikah malam nie. Tapi takut ada orang pengsan je”Shazril sempat mengusik Azizah. Aku lihat muka Azizah sudah merah. Malulah tu.

“kau jadi pengapit aku tau Atikah”malu-malu dia sempat lagi cop aku. Erm… aku hanya angguk sahaja


Aku lihat kad kahwin Shazril dengan Azizah di atas meja. Aku termenung. Kawan-kawan aku kebanyakkan sudah kahwin. Siap ada anak lagi. Aku?? Masih berseorangan.

“kerja kamu asyik berangan je Atikah”aku terkejut. Aku lihat orang yang katakan itu. Siapa lagi kalau bukan Encik Dingin Sebatu aku nie.

“boss”kataku perlahan. Entahlah dia dengar atau tidak

“kenapa?”tanyanya

“jom kita nikah boss”kataku. aku sendiri terkejut dengan kata-kataku. boss aku apatah lagi. Memang dia jadi batu betul-betul depan aku. Diam je.

“boss okey ke tidak nie?”tanyaku

“okey”katanya. Baguslah dia okey. Taklah aku risau. Di buatnya dia pengsan depan aku. Tak ke naya.

“tapi bila?”tanyanya. aku pelik semacam je. Apa yang bila?

“apa yang bila boss?”tanyaku

“yelah, bila kita nak nikah?”tanya dia. Aku pulak jadi batu depan dia.biar betul dia nie. Aku saja je kata.

“saya lawak je tadi boss”kataku sambil ketawa. Aku tak mahu dia ingat betul-betul, naya aku kalau dia anggap betul-betul.

“lawak tak lawak. Saya sudah anggapkan kamu lamar saya Atikah”katanya. Terus dia berlalu tinggalkan aku. Memang naya betul kau nie Nurul Atikah Alia.

1 ulasan:

Unknown berkata...

haha...amek ko atikah!wat lagi benda cam tuh main2 melamar not dilamar!!!so bile lamaran dh di terima sape nk jawap?terlajak kata makan diri beb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...