Pengikut

Jumaat, 7 Mei 2010

Cerpen:Tak semestinya bercinta

ada apa dengan cinta??
mengapa perlu ada cinta??
benarkah cinta itu buta??
mengapa pula cinta itu buta??

atau sebenarnya kita yang buta??

buta mengenal cinta itu sejati atau tidak??
adakah cinta itu indah??

atau cinta itu derita??

Sebenarnya dalam cinta ada pelbagai rahsia yang kita tidak tahu. Betulkah cinta itu wujud? atau mainan perasaan sahaja?? Sebenarnya aku tidak mengenali cinta itu sebetul-betulnya. Tetapi sejak aku kenalnya. Hatiku sering merinduinya. Adakah itu cinta?

..................

“salam perkenalan. Saya Adam, saya baru pindah dari Melaka. Saya harap anda semua mengalu-alukan kedatangan saya di sini. Terima kasih”itulah ayat yang keluar daripada mulutnya. Aku tersenyum melihatnya. Aku tahu dia sedar akan senyuman aku, walaupun kedudukan aku hanya dua baris daripada hadapan. Dia terus berlalu pergi ke tempat yang cikgu tetapkan untuknya. Walaupun dia duduk nun belakang, aku berasa gembira juga.

“kau nie kenapa? Sejak tadi asyik senyum saja? Kena rasuk ke?”soal sahabat baikku iaitu Aisyah. Aku masih tersenyum lagi. Aku tidak menjawab soalanya. Entah mengapa harus jadi begini?

“Nur Hawa Amani!”kata Aisyah. Aku pantas melihatnya.

“apa?”soalku. aku lihat dia seakan-akan ingin makan aku sahaja.aku ketawa kecil

“kau nie apasal?sejak tadi kau asyik tersenyum sahaja?”ulangnya. aku tersenyum apabila mendengar soalannya itu.

“Aisyah, senyuman itu adalah satu amalan yang mulia. Kata orang senyuman itu adalah ubat untuk segala sakit jiwa. Dan senyuman itu juga adalah sedekah yang tidak perlu mengeluarkan duit sesen pon. Kerana senyuman yang ikhlas dari hati kita sendiri”kataku. Aku terus menempukan perhatianku pada Cikgu Zaliza yang tidak jemu mengajar kami subjek Bahasa Melayu

“tetapi Nur, jika senyuman itu tidak kena dengan tempatnya, akan mengalami pelbagai kesusahan juga”katanya. Aku ketawa kecil apabila mendengar kata-katanya. Betul apa yang dikatakannya, aku tidak menafikan kata-kata Aisyah itu.

“apa kata, kita terus berkata-kata waktu rehat, Aisyah. Kita perlu tumpukan perhatian terhadap Cikgu Zaliza” Dia tidak berbicara denganku. Hinggalah waktu rehat tiba

“Nur, kau tidak menjawab lagi akan persoalanku. Kenapa kau asyik senyum sahaja hari ini?”soalnya hairan. Aku juga hairan kenapalah dia asyik tanya aku soalan itu. Sudah tiga kali dia bertanya soalan itu padaku

“bukankah aku sudah menjawab soalan kau, Aisyah. Perlukah aku memberi jawapan berulang kali, seperti mana kau tanya padaku soalan yang sama berulang kali?”kataku. aku lihat dia terdiam. Kemudian dia menjamah makanan yang dia tidak sentuh sejak beli dikantin. Aku lihat suasana di sekeling. Aku dan Aisyah sering makan di taman sains yang tidak jauh daripada kantin. Selain suasana yang aman damai, tempat itu juga memberikan keselesaan, mood yang baik dan membuatkan otakku dan mataku segar apabila melihat pokok-pokok yang perhijauan itu.

“adakah senyuman kau itu berkaitan dengan Adam?”soalnya tiba-tiba. Aku memandangnya

“mengapa kau kata begitu? Adakah perlu ada kaitan dengan Adam?”jawab aku dengan soalan. Dia melihat aku.

“mungkin ada kaitanya, Nur. Mungkin kau sudah jatuh cinta padanya”jawab Aisyah. Aku semakin tesenyum

“mengapa perlu ada cinta padanya,jikalau dia tiada cinta padaku”itulah kataku pada Aisyah. Dia hanya angguk sahaja. Kemudian kami bersama-sama bergerak masuk kekelas. Semasa kami tiba di kelas yang ada hanya aku, Aisyah, Aizat dan Adam.

“Nur, Cikgu Hakimi nak berjumpa dengan kau”kata Aizat bila dia menyedari kehadiran aku dan Aisyah. Aku ucap terima kasih pada Hakimi. Aku meminta Aisyah menemani aku berjumpa dengan Cikgu Hakimi.

Bila cinta datang, perlukah aku mengejar cinta itu. Dan betulkah cinta itu untukku. Atau dia datang dan pergi sebaik sahaja aku menerima cinta itu? Benarkah cinta itu sejati?Betulkah aku sudah jatuh cinta dengan Adam?

Sebaik sahaja aku selesai menulis diari, aku segera pergi kedapur untuk membantu ibu memasak makan malam. Sebaik sahaja selesai memasak dan makan malam, aku segera onkan leptop dan sing in blogger aku.

Sejak aku bersua muka dengannya. Hatiku berdebar-debar. Adakah itu tandanya aku jatuh cinta. Mengapa harus aku jatuh cinta pada usia 17 tahun. Aku perlu lupakan perasaan itu. Kerana aku harus tumpukan exam SPM yang tidak lama lagi. Tanpa cinta kau juga boleh hidup. Seperti mana sebelum ini. Cinta itu hanyalah mainan perasaan. Ia datang dan pergi. Tapi jika cinta itu adalah cinta sejati seperti mana orang kata adanya cinta sejati untuk setiap manusia. Adakah aku harus biarkan ia berlalu pergi?

Adakah aku harus ia pergi? Lagipun aku masih muda untuk bercinta. Biarkanlah ia pergi. Jika benar cinta itu untuk diriku, pasti ia akan datang semula padaku. Tapi, cinta sejati hanya ada sekali sahaja. Benar kata orang, kadang-kadang cinta itu akan membuatkan kita gila. Atau kita yang gila kerana cinta?

Itulah catatanku pada blog kesayanganku. Setelah aku puas dengan catatanku itu. Aku terus sing out blogger, kemudian aku terus offkan leptop. Aku segera pergi ke rak, kemudian aku mengambil buku rujukkan sejarah, lalu ku baca.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk kekelas, aku segera memberi salam. Walaupun aku tahu, mungkin tiada siapa yang menjawab salamku itu seperti mana hari-hari sebelum ini. Tetapi sebaik sahaja aku dua tiga langkah selepas aku memberi salam, ada sesorang yang menjawab salamku itu. Alhamdulillah, ada juga manusia menjawab salam tersebut. Aku lihat siapakah insan yang menjawab salamku itu. Aku senyum padanya, iaitu Adam.

“Aisyah, teman aku pergi ke kantin. Aku tak sempat nak sarapan tadi dirumah”mintaku pada Aisyah. Dia segera bangun dari tempat duduk. Sewaktu aku dan Aisyah ingin tinggalkan kelas, ada suatu suara memanggil Aisyah. Aku menoleh belakang, sebaik sahaja aku tahu siapakah dia. Aku terus menoleh kehadapan. Aku hanya biarkan Aisyah sahaja yang berbicara dengannya, iaitu Adam. Aku melangkah lima enam langkah kehadapan. Agar aku tidak menganggu berbualan antara Aisyah dengan Adam. Hatiku berdebar-debar. Wahai hati, janganlah kau berdebar-debar begini. Sebaik sahaja Aisyah dan Adam selesai berbicara, aku dan Aisyah segera pergi ke kantin untuk membeli roti dan secawan air. Kami segera pergi ke meja yang disediakan untuk para pelajar untuk makan. Aisyah membeli dua roti dan secawan air. Aku hairan kenapa Aisyah membeli dua roti.

“kau hairan kenapa aku beli dua roti ker?”soal Aisyah yang menyedari sejak tadi aku melihat roti yang berada dihadapanya. Aku hanya angguk sebagai jawapan “roti ini untuk Adam. Dia minta aku tolong belikan untuk nya”katanya. Aku senyum.

“Nur, bila hati kita berbicara dengan kita. Jangan biarkan dia berbicara sendiri. Kita harus juga mengerti apa yang hati kita perlukan. Jangan biarkan ia terus sakit walaupun itu adalah perbuatan kita sendiri”kata Aisyah sewaktu kami bersama-sama pulang dari sekolah.

“maksud kau, Aisyah?”soalku ingin tahu.

“aku tahu, kau telah terlajur mencintainya. Walaupun kau tidak ingin jatuh cinta dengannya. Tapi kau tak harus membiarkan hati kau begitu. Cinta datang tanpa diminta, Nur”terangnya. Aku hanya mengangguk sahaja

“tapi kita masih muda untuk bercinta”kataku

“aku tak kata kau perlu bercinta dengannya. Tetapi jangan menyiksakan hati kau daripada mencintainya, jikalau hati nak tak nak. Ini akan menyebabkan kau derita juga”kata Aisyah

“tetapi perasaan itu menganggu aku”luahku

“jangan biarkan ia menganggu. Kau gunakan perasaan itu sebagai dorongan untuk berjaya bersama-sama dengan orang yang kau cintai. Jangan biarkan cinta yang menguasai diri kita. Biar kita yang menguasai cinta, cinta yang untuk diri kita. Bila cinta menguasai diri kita, musnahlah diri kita kerana perasaan itu. Kita perlu kawal sebaik-baiknya, perasaan itu. Jika sudah di takdirkan dia untuk kau, dia tetap untuk kau, Nur. Kata orang,jodoh tak akan kemana, jikalau jodoh itu untuk kita. Hanya masa sahaja yang tentukan cepat atau lambat”kata Aisyah panjang lebar.

“kita berjanji, kita kejar cita-cita dahulu. Baru kejar cinta”kataku pada Aisyah

“aku janji”kata Aisyah

Kerana janji itulah, aku dan Aisyah telah berjaya mencapai cita-cita kami. Sudah 7 tahun berlalu. Akhirnya cita-citaku yang sejak dari kecil telah terlaksana. Iaitu menjadi seorang pendidik. Sambil aku mendidik anak murikku, aku dan Aisyah telah berkerjasama untuk membuka sebuah kedai buku yang telah kami impikan sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Sebaik sahaja urusanku di sekolah selesai, aku segera pergi ke kedai. Walaupun penat juga, tapi aku gagah juga untuk pergi. Aku tidak mahu membiarkan Aisyah seorang sahaja uruskan kedai tersebut, kesian padanya.

Pada suatu hari, di hujung minggu sedang asyik aku menyusun novel di rak aku telah terlanggar seorang pelangan. Novel yang berada di tanganku, terus jatuh ke lantai. Aku segera mengambil novel-novel tersebut sambil meminta maaf pada pelangan tersebut

“tak apa, bukan salah awak pon”katanya. Sebaik sahaja aku selesai mengambil novel-novel yang jatuh. Aku segera meletak di atas kotak yang berada dihadapanku. Aku terus memandangnya. Aku terkejut. Sudah bertahun aku tidak berjumpa dengannya, sebaik sahaja aku mengambil keputusan SPM aku disekolah. Dia adalah Adam

“Nur?”soalnya ingin pasti. Aku hanya angguk sahaja “awak apa khabar?”soalnya lagi

“alhamdulillah, saya sihat sahaja. Awak?”soalku pula. Aku segera pergi ke meja yang tidak jauh daripada kaunter. Aku menjemputnya duduk.

“alhamdulillah, macam awak juga. Sihat. Sudah lama kita tak berjumpa”katanya

“betul kata awak. Agak lama kita tak berjumpa. Awak kerja dimana sekarang?”soalku. aku lihat dia tidak jemu senyum

“saya kerja di Syarikat AHL”katanya. Aku hanya angguk mendengar kata-katanya. Aku tidak berani ingin memandang matanya lama-lama. Aku takut. Takut jatuh cinta dengannya lagi

“Syarikat tu tak jauh dari sini. Sudah lama ke awak kerja disana?”soalku ingin tahu.

“nak kata lama tu tak lah sanggat. Baru 2 tahun”jawabnya.

“lama juga tu”kataku. aku tak tahu nak berbual apa dengannya

“awak kerja disini atau pemilik kedai ini?”soalnya sambil melihat disekeliling

“nak kata pemilik tu, taklah betul sangat. Awak ingat Aisyah Amira? Saya dan dia adalah pemilik kedai ini. Sudah dekat dua tahun kami buka kedai ini”kataku

“Aisyah Amira”sebut Adam sambil tersenyum. Aku tidak mengerti apa maksud senyumannya itu. Adakah ada rahsia di sebalik senyumannya itu. Entah… aku juga tidak mengerti

“dia macam mana? Dia sihat?”soalnya

“Alhamdulillah, dia sentiasa sihat”kataku. dia hanya angguk sahaja “awak datang ke kedai nie, nak beli buku apa?”soalku

“saya saja je masuk.takde niat nak beli pon. Cuma nak tengok-tengok je. Tak sangka terjumpa awak pulak”katanya

“takkan awak sorang saja? Mana isteri awak?”soalku ingin tahu. Aku juga ingin tahu sama ada dia sudah kahwin atau tidak. Kerana mungkin perasan yang dahulu masih ada hingga saat ini

“on the way…”itu sahaja yang dikatakanya. Pedih dihati sebaik sahaja mendengar kata-katanya. Ingin menagis pon ada juga. Sabar wahai hati.

“ye ker?”itu sahaja yang dapat aku berkata-kata

“ye. Jom kita pergi lunch”ajaknya

“tak apalah. Lagipun takde sapa-sapa nak jaga kedai. Kesian dekat Hani pulak kalau nak tinggalkan dia sorang-sorang”alasanku

“takkan dia seorang pekerja?”tanya Adam hairan

“ada sesorang lagi, Farah. Tapi Farah ikut Aisyah. Mereka pergi mana entah”kataku

“owh. Okeylah, saya nak balik dulu. Ini kad saya. Kalau free calllah saya”katanya. Sebelum dia tinggalkan kedai, aku sempat memberi nombor telefonku padanya, kerana dia minta


sebaik sahaja Aisyah pulang kekedai. Aku terus menceritakan segala-galanya. Aku luahkan apa yang aku rasa di saat itu.

“kau yakin ke yang dia sudah ada isteri?”soal Aisyah ingin kepastian

“dia sendiri kata. Takkan dia nak tipu. “kataku

“apa-apa pon kena sabar. Kau tidak boleh ada perasaan ini padanya. Kau kena tahu, tak lama lagi kau akan bernikah”katanya Aisyah.

“tapi, bukan aku yang nak dengan pertunangan tersebut. Ibu dan ayah aku yang minta aku bertunang. Takkan aku nak melawan. Karang dicop sebagai anak derhaka pula”kataku

“sudahlah. Kau sabar banyak-banyak. Kalau tak boleh macam ini. Nanti kau akan semakin merana”kata Aisyah cuba mentenangkan aku

“ye la. Aku harus buangkan perasaan ini jauh-jauh. Perasan ini aku perlu bagi kepada bakal suamiku”kataku dengan nada sayu.

“kau jangan paksa diri kau untuk cinta tunang kau tu, Hawa. Cintailah dia dengan sepenuh keikhlasan kau. Tidak adil bagi dia jika kau tidak mencintainya dan dia betul-betul mencintai kau. Kau harus belajar menerimanya. Dia adalah teman seumur hidup kau”pujuk Aisyah. Aku mendiamkan diri sahaja.

Akhirnya, tiba masanya aku akan dinikahi dengan seorang jejaka yang aku langsung tidak kenali. Semakin lama, hatiku semakin berdebar-debar. Sebaik sahaja aku mendengar ‘sah’ dari saksi pernikahan antara aku dengan dia, aku menangis. Bukan bermakna aku sedih, tetapi aku berasa gembira kerana telah menjalankan antara sunah Rasulullah, iaitu perkahwinan. Walaupun aku tidak berapa kenal suami aku, aku akan pastikan bahawa aku akan jalankan tanggungjawab dengan hati yang ikhlas.

Sebaik sahaja aku terpandang wajah suami aku, aku terkejut. Rupa-rupaya dia adalah orang yang sering berkunjung ke kedai aku. Dia merupakan pelangan yang sering datang membeli buku, majalah dan sebagainya. Dan yang menyebabkan aku betul-betul ingat akan dirinya ialah dia akan membeli surat khabar di kedai aku setiap hari. Walaupun aku dan dia boleh dikatakan setiap hari berjumpa, aku masih tidak kenali akan dirinya, tetapi apabila kami bertemu, kami berdua pasti akan bersenyum. Senyuman adalah sedekah. Lagipun tidak elok jika bermasam dengan pelangan kita.

Apabila siang bertukar ke malam, hatiku berdebar-debar. Aku menunggu dia di dalam bilik. Tidak lama kemudian, dia masuk ke dalam bilik dengan memberi salam. Aku menjawab salam tersebut dengan nada yang berlahan.

“adakah Hawa masih terkejut dengan pernikahan kita ini?”soalnya. Dia memandangku. Aku tiba-tiba malu. Aku hanya angguk sahaja “Hawa ikhlas dengan pernikahan kita atau terpaksa menerima pernikahan kita?”soalnya lagi, manakala aku pula masih dengan jawapan aku tadi. Angguk. “angguk Hawa itu bermaksud terpaksa atau ikhlas dengan perkahwinan kita?”usiknya

“mestilah ikhlas”jawabku perlahan, yang pasti dia mendengar.

“alhamdulillah. Abang takut juga kalau sayang terpaksa”aku malu, dia panggil aku sayang, tidak lagi Hawa.

“macam mana abang kenal Hawa?”soalku ingin tahu. Ye lah, sepanjang kami berjumpa di kedai, kami tak pernah berbual.

“nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadi abang kenalah berusaha menggenali sayang. Walaupun kita tak pernah berbual”terangnya

“tapi Hawa tak kenal abang”kataku

“tak apa, kita kenal sesama kita sekarang. Apa yang sayang ingin tahu tentang abang?”

“nama, umur, kerja dan sebagainya”kataku

“nama abang, Muhammad Khairul Amirul. Umur 28 tahun. Abang kerja sebagai peguam. Hobi abang, suka melihat sayang. Itu pasal abang selalu pergi kedai sayang dan satu lagi suka membaca catatan sayang di blog sayang”jawapanya agak mengejutkan aku. Dia tahu aku ada blog? Mesti membaca catatan aku yang berkaitan dengan Adam atau D

“abang baca semua catatan yang dalam blog Hawa?”soalku ingin tahu.

“ya. Untuk mengenai sayang lebih mendalam. Biarpun kadang kala abang cemburu dengan D. Tapi abang tahu, yang sayang boleh menerima abang dengan baik buruknya. abang harap sangat yang sayang boleh mencintai dan sayang abang lebih daripada sayang cinta akan D”katanya.

“Hawa akan mencintai dan sayang abang lebih daripadanya. Hawa janji”aku mencium tangannya, bahawa aku bersungguh dengan janji tersebut.

Pasangan hidup kita tidak semestinya orang yang kita cinta sejak bertahun lamanya. Mungkin kita tak sangka bahawa pasangan hidup kita mungkin orang yang kita benci sejak bertahun lama , pelanggan kita, bos kita atau sebagainya lagi. Cinta, sayang, rindu, faham antara satu sama lain dan sebagainya adalah ramuan untuk berkekalan dalam sesebuah perkahwinan

“sudah-sudahlah sayang dengan blog sayang itu. Mari kita tidur, sudah tengah malam nie”kata suamiku yang tersayang, Muhammad Kharul Amirul.

2 ulasan:

meowluvie berkata...

loh ngtkan ngn adam td...tp btl gak, dh tajuk die mcm tu..ngeeee:D

NuRa berkata...

@arilman0224 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...