Pengikut

Isnin, 25 Mei 2009

DaTuL 3

Aku pergi ke Restoren Wani untuk makan tengah hari dan luahkan perasaan aku terhadap Wani. Wani baru sahaja buka restoren tersebut, hampir sebulan juga la. Tidak sampai 30 minit aku sudah berada dalam restoren.

“apasal tiba-tiba jer ada kat restoren aku nie”tanya Wani insin tahu

“aku nak makan ler Wani..kau nie cam tak bagi aku datang restoren kau jer”kataku

“bukan macam tu. Aku hairan juga. Kau nak makan apa?”

“bagi jus oren dan nasi goreng ayam”

“ok” Wani berlalu untuk pesan makanan yang aku pesan. Tak lama kemudian dia datang semula
padaku. “aku tengok kau nie macam tengah marah jer tadi. Apasal nie?”soalnya ingin tahu

“kau tahu tak aku jumpa sapa di syarikat aku tadi?”

“mana la aku tahu yang kau jumpa sapa tadi”

“aku jumpa Ilham tadi”

“Ilham mana mana pula nie…”Tanya Wani

“ala Ilham anak pengetua sekolah kita dulu”

“aku ingat dah. Ilham yang Hana hantar surat kat anak pengetua yang sombong tu ker?”soalnya ingin kepastian

“yup. Geramnya aku tadi bila aku jumpa dia”

“sabar jer la. Macam mana kau boleh jumpa dia?”

“dia satu syarikat dengan aku la. Nampaknya hari-hari la aku jumpa dia cuma hujung minggu jer
aku tak jumpa dia. Apa la nasib badan aku nie” Wani hanya senyum jer melihat aku "kau nie
apasal tengok aku semacam je?”

“korang ada ada jodoh la tu?”usinya. aku buat muka nak termuntah.geli hati aku mendengar

“tolang la jangan buat aku nak termuntah ye”

“ Kalau ada jodoh tak kemana Datul”usinya lagi. nie yang aku malas nak melayan nie

“kau nie. Kau bila nak kahwin ngan Irfan?”soalku pula. sebenarnya aku malas nak dengar topik itu. so.. .aku pon dengan senang hati menukarkanlah... nanti tak pasal aku termuntah betul-betul pula

“mungkin tahun depan”balasnya dengan senang hati. seronoklah tu

“Hana pula nak kahwin ngan abang aku hujung tahun nie. Haiii tak lama lagi tinggal aku sorang
jer tak kahwin”kata aku dengan sayu. sorang demi sorang kawan baik aku khawin... aku?? entah lah bila pula. sedihnye....

“kau pon boleh kahwin la kalau kau nak. Tapi kau jer pemilih”

“bukan aku pemilih, orang yang tak nak kat aku. Aku nie dah la tak cantik, gemuk pula tu”kataku

“cis kau kata kau gemuk. Helo kau tu dah cantik la”perli Wani

“sudah la.. mana makanan aku nie. Air pon tak sampai-sampai lagi. Apa nie restoren jer, tapi pesanan aku tak hantar lagi”

“sorry la, sekejap jer lagi”

“erm…”
……………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sebaik sahaja aku sampai di pejabat aku, aku mendapati ada bunga ros diatas mejaku. Aku
membaca surat yang diselik diatas bunga.

Saya meminta maaf atas kejadian 6 tahun lepas. Saya tahu bahawa saya agak kurang ajar terhadap awak pada 6 tahun lepas. Selepas beberapa bulan peristiwa tersebut saya terjumpa Hana kawan baik awak. Dia telah cerita perkara yang sebenar terhadap saya. Dia juga telah meminta maaf terhadap saya. Saya tidak tahu sama ada awak tahu atau tidak pekara ini. Tetapi selepas saya tahu pekara ini saya meminta Hana beritahu awak yang saya minta maaf terhadap awak. Saya mengaku saya tersangat la bersalah terhadap awak. Kerana kecuai saya beberapa orang telah terluka. Saya sekali lagi tersangat la MINTA MAAF kepada awak. Saya tahu kesalahan saya nie amat berat untuk awak maafkan saya. Sebenarnya saya sudah kenal awak sewaktu kita berjumpa tadi. Sudah tiga hari saya tahu. Dan selama itu saya memerhatikan awak dah saya sedar yang saya tersangat la menyukai, sayang , kasih dan ikhlas mencintai awak. Kalau awak sudi maafkan saya saya harap sangat awak boleh datang ke pejabat saya petang nie pukul 4.50 petang.

Yang ikhlas mencintai awak
Ilham


Macam ikhlas jer dia minta maaf kat aku tadi. Aku rasa aku maafkan dia jer la. Takkan aku nak
pergi pejabat dia. Tolong la aku tak nak pergi pejabat kau petang nie Ilham. Cam mana aku nak
gitau kat dia yang aku dah maafkan dia? Ermm a'ha dah tahu.

Sebelum saya memberi jawapan sama ada saya telah memaafkan awak.saya ingin tahu kenapa awak tidak mahu datang jumpa saya dan terus minta maaf. Kan awak dah jumpa saya. sehari sudah cukup untuk awak beranikan diri awak jumpa saya. Saya juga tidak mahu pergi ke pejabat awak petang nie. Apa kata awak sendiri yang datang jumpa saya sekarang juga dan minta maaf.Itu pon kalau awak nak maaf daripada saya dengan penuh ikhlas. Dan kalau awak nak jumpa saya sekarang awak harus membawa minuman kegemaran saya iaitu jus oren. Saya tak termakan dengan bunga ini. Saya tahu ramai yang ingat dengan bunga ramai manusia mudah terpujuk tapi saya tidak saya lebih suka makanan untuk memujuk saya. Sebelum pukul 3.05 petang saya nak saya yang saya minta ada didepan saya. Dan saya akan beri jawapan tersebut terus dari mulut saya.

Yang ikhlas
Datul


“aina tolong masuk bilik saya sekarang”tak sampai seminit Aina sudah ada berdri didepanku
“tolong
bagi bunga nie pada Encik Ilham”

“baik Cik Datul”

“terima kasih yer Aina”Aina terus kepejabat Ilham. Nasib kau la Ilham sekarang nie pukul 2.50
petang sama ada kau sempat atau tak aku tak kisah yang pasti aku sudah maafkan kau la Ilham.

…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tok tok tok

“masuk”

“hai”kata seseorang yang aku pasti ILham

“duduk la En. Ilham”aku lihat jam di tangan aku. Sekarang nie pukul 3.04 petang. “ada apa yang
boleh saya bantu?”aku lihat mukanya. Masih kacak lagi dan semakin kacak

“saya nak bagi awak air nie dan nak minta maaf kat awak Datul”aku ambil air yang ditangan dia
lalu aku minum tanpa pelawa ILham

“terima kasih atas air ini dan saya maafkan awk”kataku

“kalau macam tu kita boleh jadi kawan kan?”soalnya

“yup”setuju ku. takkan selama-lamanya nak jadi musuh kan? lebih baik berkawan

“kalau macam tu balik petang nie kita pergi makan. Sebab saya tak makan tadi kerana saya cari
bunga”ajaknya

“ok”aku setuju.

“saya keluar dulu la Datul. Saya lihat awak cam sibuk jer”katanya. dia terus tinggalkan bilikku

……………………………………………………………………………………….........................………………………….

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...