Pengikut

Isnin, 18 Mei 2009

DaTuL 2


Sekarang nie aku asyik mengulangkaji, kerana tidak lama lagi aku akan SPM. Irfan pula nak datang selepas aku peperiksaan SPM. Irfan sebenarnya dia berumur 19 tahun. Tua dua tahun daripada aku.Tinggal beberapa hari lagi Irfan nak datang kerumah aku, macam mana la rupa dia. Rindu juga dekat dia.

……………………………………………………………………………………………
“jadi ker kawan kau nak datang tu Nurul?”tanya Wani

“yup, korang datang la rumah aku esok ker atau lusa”

“hang lupa ker yang kitorang nie mana pernah pergi rumah kau,Nurul”

“betul juga la, lupa la. Korang nak datang rumah aku tak? Kalau korang nak datang, aku nak bagi
alamat rumah aku. Korang cari jer rumah kau. Amacam?”

“boleh juga. Esokkan kawan kau nak datang?”tanya Hana

“yup. Dia kemungkinan sampai kat rumah aku kul 10.30 pagi”

“tapikan waktu sampai kat rumah kau, kau tak ada kan. Apasal dia nak datang rumah kau
waktu kita tenggah SPM, kan bagus dia datang jer lepas kita SPM”kata Hana lagi

“sebenarnya dia nak datang selepas kita SPM. tapi sebab apa entah, dia datang awallah pula.
Korang tidur rumah aku nak tak esok?. Lagipun esok dah habis dah SPM. Amacam??”cadang aku

“bagus juga tu”kata Wani

“esok korang bawa siap-siap la baju waktu tidur rumah aku”

“gila ker kau, malu la nak bawa beg baju mai sekolah la”kata Hana

“ya la,nanti cikgu kata apa pula”kata Wani pula

“maksud aku, korang bawa beg siap-siap, dan aku akan suruh ibu aku bawa balik beg korang.
Amacam?”

“okey”

“datang awal tau esok”kataku

“okey”

“jom kita balik, sampai bila kita nak duduk perpustakaan nie”kata Wani


…………………………………

“bestnya dah habis dah SPM”kata Hana

“yup”

“tak sabar la nak balik rumah”kata Hana lagi

“Hana, kau lupa ker yang kau akan balik kerumah aku petang nie”

“aku tak lupa, lagipun kita nak balik kerumah bukan ladang lembu. Apa la kau nie Nurul”

“ya la. So kita pergi jumpa cikgu dulu sebelum kita balik”kata wani

“okey”


...........................................

“rumah siapa nie Nurul?”tanya Wani sebaik sahaja tiba di rumahku

“rumah aku la, selamat datang kerumah aku”kataku

“cantiknya rumah kau,Nurul”kata Hana

“terima kasih. Masuk la”kataku selepas kunci pintu ramh terbuka

“balik dah pun anak ibu nie. Hana, Wani kenapa berdiri kat pintu jer. Tak sudi, masuk ke??”

“tak la, makcik”kata Wani

“cantik sungguh la rumah mak cik nie”Kata Hana dengan teruja

“terima kasih. Duduk la”kata ibuku

“ibu, mana Irfan?”soalku ingin tahu

“dia ada dalam bilik”kata ayah

“kami naik kebilik dulu lepas itu kami salin baju”

…………………………………

“aku tak sangka la kau nie anak orang kaya”kata Hana

“bukan aku yang kaya, ayah aku yang kaya”

“itu pasal la aku kata kau anak orang kaya. Aku tak kata pun kau kaya”hana,dan wani gelak dan
aku turut gelak. Apa la aku nie.

“dah siap ker, jom turun”kataku
……………………………………………………………………………………………

“dah turun anak dara tiga orang nie”kata ibuku

“ala ibu nie”

“hai Nurul” kata Irfan.

“hai Irfan, lama kita tak jumpa. Nie aku kenalkan Wani and Hana”

“hai”kata Hana. Wani hanya senyum ajer

“sihat?”tanyanya

“sihat”

“abang nie tak nak tanya ker sihat atau tak”kata satu suara dari arah belakang aku. Aku
menoleh dan amat terkejut apabila melihat abang Izat

“abang Izat!!”jeritku. aku terus memeluknya

“ya la abang la nie. Sihat ker adik abang nie?”

“sihat. Abang?”

“sihat juga. Nie tak nak kenal ker kat abang”

“nie kawan adik Wani dan Nurul”

“hai”kat abang aku dekat Wani dan Hana

“Hai”kata Hana, Wani pula hanya senyum ajer. Kami berbual hingga ke makan malam”


……………………………………………………………………………………………


Sudah sebulan Irfan tinggal dirumah aku. Aku, abang Izat, Wani dan Hana telah bawa Irfan merata tempat. Dalam diam Irfan berminat terhadap kawan baik aku, Wani. Abang Izat juga minat akan kawan baik aku tak lain tak bukan, Hana. Aduh si secocoknya mereka. Aku ?? entah siapa la yang hendak dekat aku. Dah gemuk. Aku sedar sukar bagiku mendapat cinta sejati. Adakah aku akan mendapat cinta sejati? Aduh si, sedih pula apabila ingat. Cinta cinta dan cinta. Ada apa dengan cinta?? Cinta sejati hanya satu dalam setiap seorang, adakah benar?? Pelbagai soalan didalam fikiran aku apabila teringat perkataan CINTA. Tinggal beberapa bulan lagi aku perlu mengambil keputusan SPM.

……………………………………………………………………………………………

Syukur keatas Ilahi. Aku dan Wani mendapat 13A1. Hana pula dapat 12A1 dan 1A2. Irfan pula dah dua bulan balik ke KL. Keputusan STPM Irfan lulus dan amat cemerlang. Irfan akan datang ke Kedah minggu depan. Mesti nak menyambut kejayaan kami tambah-tambah awek dia, Wani. Oh ya Ibu bapa Wani dan Irfan tahu tentang perasaan mereka. Mereka tidak menghalang tapi habiskan belajaran dahulu kata ibu bapa Wani dan Irfan.
……………………………………………………………………………………………

6 tahun kemudian

“ibu dan ayah sihat ke?”tanya aku bila didalam kereta dalam perjalanan balik kerumah setelah penat duduk dalam kapal terbang selama 7 jam.

“sihat. Abang tak sangka adik kesayangan abang nie dah cantik”usinya

“cantik ke?. Terima kasih la”aku tersenyum sahaja

“dah perasan dah tu”usik abang Izat

“sekali sekala”balasku

“patut lah tak nak hantar gambar,siap tak nak balik ke Malaysia dan tak nak kami pergi melawat adik kat sana. Rupa-rupanya udang disebalik mee"kata abang Izat

“tak juga”

“ada sebab lain ke?”

“ada la juga. tapi abang jangan tanya ok”

“ok la. Bila adik nak mula kerja”

“kalau boleh adik nak mula minggu depan”

“bagus-bagus”aku dan abang Izat terus berbual. Hinggalah sampai di rumah. Seperti yang aku
dan abang Izat sangka ahli keluarga aku pasti terkejut

...........................

sekarang ini aku nak mulakan hidup baru. aku tak nak ingatkan kenangan yang pahit. sekarang aku nak dikenali sebagai Datul dan bukan Nurul seperti dahulu. apabila aku menukarkan nama panggilan dari Nurul ke Datul, begitu juga aku nak mulakan hidup aku yang baru.
………………………

12 hari kemudian

“aina mana fail yang saya minta?”tanya aku bila aina masuk ke bilik aku

“fail yang Cik Datul minta tadi ada dekat En. Ilham”

“En.Ilham? minta dekat dia”Aina angguk dan berlalu pergi. Siapa Ilham? Macam terkenal je nama tu. Lantak la.

Dah tengah hari rupanya. Nak ajak siapa? Abang Izat tak masuk hari nie. Aina pula keluar dengan tunang dia. Nampaknya aku keluar sorang je la. Keluar ajer dari lif aku di langgar oleh seorang manusia dari belakang, kalau lapar pun jangan lah tergesa-gesa.

“sorry sorry tak sengaja”kata pemuda yang langgar aku

“tak apa”macam pernah jumpa jer mamat nie tapi kat mana??

“awak ok ke?”

“ok”

“saya Ilham. Awak?” patut la cam kenal si Ilham anak pengetua yang sombong tu

“tak perlu awak tahu En. Ilham”aku terus meninggalkan dia.

“tapi kenapa!!”jerit dia. Buat malu jer. Banyak mata melihat aku dan Ilham. Aku pergi dekat dia

“kenapa awak nak tahu?”soalku ingin tahu

“sebab saya dah jatuh cinta pada awak”katanya tanpa segan pilu

“hebatnya awak, dah berapa kali kita jumpa?”ujiku

“pertama kali”jawab dia. Begitu pasti akan jawapan dia

“salah. dah banyak kali kita jumpa. Dan ini kali kedua kita bercakap. Awak nak tahu kali pertama kita bercakap bila Ilham?”

“nak”

“di sekolah SMK Ayer Hitam. Awak pernah belajar di sekolah itu kan?”

”yup. Mana awak tahu?”

“saya satu sekolah ngan awak la Ilham. 6 tahun dahulu seorang pelajar lelaki datang jumpa
pelajar perempuan dan marah tak tentu pasal dekat si perempuan itu, tentang surat cinta yang kononnya perempuan itu bagi surat dekat awak pelajar lelaki itu. Tanpa usul periksa pelajar lelaki itu, dia telah caci, marah, hina pada pejar perempuan itu. Awak tahu tak siapa lelaki itu? Awak sendiri Ilham. Dan perempuan itu adalah saya”

“betul ke?”

“ya. Apasal awak terkejut?”aku terus tinggalkan dia. Malas aku nak hiraukan dia.

……………………………………………………………………………………………

1 ulasan:

Miss Kira berkata...

hmm..
pdn muka ilham..
cpt smbg ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...