Pengikut

Isnin, 20 Julai 2009

DaTuL 6


Pagi nie, aku happy sanggat. Entah sebab apa. Tetapi aku harap, hari ini merupakan hari yang bertuah untukku. Aku masuk ke pejabat dengan tersenyum. Setiausaha aku juga hairan melihat aku. Pagi ini aku ada mesyuarat dengan wakil GHM Sdr. Bhd. Mungkin sampai hingga tengah hari. Selamat hari hanya ada satu sahaja mesyuarat. Kalau tak, naik pening gak la kepala aku. Sebab aku puasa sunat hari ini.


“saya Shah, wakil dari GHM Sdr. Bhd”dia munghulur tangan untuk bersalam. Aku hanya senyum

“maaf. Bukan muhrim. Saya Datul. Silakan duduk”pelawaku padanya. Dia segera menurunkan tangan dan sengih

“okey, kita mula dengan projek di…”aku mendengar teliti apa yang dikatakan oleh Shah.

“sudah pukul 1.00 petang. Jum kita pergi makan bersama”ajak Shah

“maaflah En. Shah. Saya puasa sunat hari ini’

“owh… tak ada peluang kita makan tengah hari bersama. Semoga lain kali kita dapat makan bersama”aku senyum sahaja mendengan kata-katanya “baiklah, saya pulang dahulu”

“terima kasih dengan kerjasama daripada pihak En. Shah”ucapku padanya. Dia memandang aku, seperti nak berkata sesuatu.

“sebelum saya pulang. Saya nak tanya pada Ck Datul. Siapa yang hasilkan puisi ini?”tanya Shah sambil menunjuk puisi yang terpapang di dinding pejabat aku. Aku melihat puisi tersebut

“kawan saya”kataku pendek

“sungguh puitis puisinya. Seperti menyimpan maksud sesuatu yang mendalam. Kirim salam padanya. Kata padanya saya sungguh berminat dengan karyanya ini”kata Shah lagi.

“baiklah”

Sebaik sahaja Shah keluar daripada pejabatku. Aku merenung puisi tersebut. Puisi tersebut adalah karya jejaka_idea. Aku tersenyum.

Aku on9 ymku sebaik sahaja aku solat insya. Tak sampai 1 minit, Jejaka_idea buzz aku

Jejaka_idea:buzz
Salam. Apa khabar?

Nu_dias:khabar baik je. Ko?

Jejaka_idea:baik jer. Amacam keja kau hari nie?

Nu_dias:ok jer. Ko pula

Jejaka_idea:aku happy sanggat

Nu_dias:apasal lak kau happy?

Jejaka_idea: aku sudah jumpa yang dicari.
Selama bertahun-tahun aku mencari, akhirnya aku jumpa juga

Nu_dias:apa yang ko cari selama bertahun2 nie??

Jejaka_idea:seorang gadis, yang boleh dibuat isteri

Nu_dias:sapa gadis yang malang berjumpa dengan ko tu?
Jejaka_idea:eleh… dia tak malang. Tapi dia bertuah sbb jumpa aku.. huhuhu

Nu_dias:ye la tu. Ko jmp dia kat mna?
Jejaka_idea:adalah… biarlah rahsia.. huhuhu

Nu_dias:ko nie mmg la.

Jejaka_idea: ok la… aku nak sing out dlu.

Nu_dias:ok. Salam

Jejaka_idea:wasalam, Datul

Aku terkejut dengan ayatnya. Dia tahu nama aku? Macam mana dia tahu. Sebelum ini mana aku bagi tahu dekat dia nama sebenar aku? Hairan sungguh aku. Malam tersebut, aku tidak dapat tidur lena kerana berfikir tentang Jejaka_idea

2 ulasan:

in_wired88 berkata...

syah tu jejaka_idea yer..
rase ok gak dr die ngan ilham

NuRa berkata...

@in_wired88rasanya mcm tu lah kot...hahaha...tunggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...