Pengikut

Ahad, 28 November 2010

Dia ??? 6

Sebaik tiba disekolah, aku terus pergi kantin, untuk sarapan pagi. Sedang aku minum air, Cikgu Alex datang menghampiri aku sambil membawa minuman beliau.

“boleh Cikgu duduk?”tanyanya. aku angguk sebagai jawapan. Aku hanya diam sahaja menikmati sarapan. Aku tak tahu nak berbual apa dengan Cikgu Alex.

“kamu sihat, Diana??”tanyanya

“alhamdulillah cikgu, saya sihat” sabaik sahaja aku dengar kata-katku. Baru aku sedar, yang aku tidak harus berkata begitu didepan Cikgu Alex.

“baguslah”Cikgu Alex memandang aku. Kami diam seketika

“cikgu pula?”tanyaku untuk mehilangkan kesunyian

“baik je. Macam kamu”jawab cikgu

“owh…”perkatan itu sahaja yang keluar dari mulutku. Aku tak tahu nak berbual apa dengan Cikgu Alex. Cikgu Alex hanya diam sahaja dan aku juga ikut dia diam sahaja. nanti tanya yang entah-entah, nanti Cikgu Alex kata apa pula. Baik aku diam sahaja. Entah dari mana Syamimi dan Shuhada datang duduk sebelah aku

“selamat pagi cikgu”kata Syamimi

“selamat pagi. Kamu nak minum? Cikgu belanja”pelawa Cikgi Alex

“tak usahlah cikgu, terima kasih banyak-banyak. Kami berdua sudah sarapan dirumah” kata Shuhada.

“owh…”itu sahaja yang keluar dari mulut Cikgu Alex. Sebaik sahaja Cikgu Alex selesai sarapan pagi, dia berlalu tinggalkan kami bertiga.

“amacam kemarin?”tanya Syamimi

“aku ok je. Apasal kau tanya?”

“tak de la. kemarin kan kau tak datang. ada sorang mamat nie, risau benar dengan kau”terang Syamimi. Shuhada hanya angguk sebagai setuju dengan kata-kata Syamimi

“siapa?”tanyaku sekadar nak tak nak jer tahu. Tapi aku boleh agak siapakah orangnya iaitu Iqram

“Iqram”kata Shuhada. Kan betul apa yang aku fikirkan.

“biarkan lah. Malas nak ambil tahu”

“dan satu lagi aku nak bagitahu kau”kata Shuhada sambil merenung kearahku. Seperti teragak-agak hendak berkata. Aku sabar menanti apa yang akan dikatakan oleh Shuhada

“apa ?”

“Akip datang kemarin”kata Shuhada. Aku terdiam sahaja. aku terus berlalu tinggalkan mereka. Aku bukan marah pada mereka kerana sebut tentang mamat tu. Tapi, aku dalam proses nak lupakan mamat tu. Jadi aku harap tiada sesiapa yang sebut namanya.

“kau marah kitorang ker?”tanya Syamimi

“tak lah”

“kau masih tak lu..”belum sebut sempat Shuhada selesai berkata-kata, aku terus potong

“aku dalam proses nak lupakan dia. jadi aku harap… korang jangan sebut namanya dihadapan aku”ya… aku harap sangat diorang tak sebut nama mamat tu. Aku akan sedih, sakit hati dan macam-macam lagi perasaan yang akan berada didalam hati aku.

“baiklah. Sebelum aku lupa. Dia kirim salam pada kau. Dia kata lagi kalau ada jodoh, korang akan jumpa lagi”kata Syamimi

“owh.. itu sahaja yang keluar daripada mulut aku. Aku terus masuk barisan.





Kenangan yang lalu

“Agak-agak kaukan, Akip… kau akan dapat berapa A?”tanyaku pada satu petang.

“aku tak berani nak jamin berapa A. tapi yang aku harap 8A lah. Tapi kalau tak dapat juga… aku harap keputusan aku tu membolehkan aku ambil aliran sains lah”kata-kata Akip sambil masih mencari buku rujukan di perpustakaan sekolah.

“tapi sekolah kita tiada aliran sains”kataku

“ya, memang sekolah kita tiada aliran sains. Tapi, aku akan minta tukar sekolahlah”

“kenapa kau nak sangat ambil aliran sains?”tanyaku dengan perasaan ingin tahu dan terlalu ingin tahu

“sebab aku nak jadi doktor. kalau nak jadi doktor, kita perlu ambil aliran sains. Kalau aku masih di sekolah nie, peratus untuk jadi doktor amat nipis”

“owh…”itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku. Entah kenapa aku sedih apabila mendengar jawapan daripadanya. Tapi aku tahu, aku tak boleh menghalang dia daripada mengejar cita-citanya itu.

“kau pula?”tanya Akip padaku

“apa dia?”soalanya aku jawab dengan soalan.

“kau nak berapa A?”terang Akip

“macam kau juga. Nak 8 A. tapi aku rasa tak mungkin. Kau tengok lah, dalam peperiksa aku hanya dapat beberapa A sahaja. tapi yang aku yakin.. aku mungkin dapat 4 A diatas lah”kataku padanya

“kau jangan kata macam tu, kita kena yakin kita akan dapat. Kalau aku, aku nak jadi doktor, kalau kau?”

“kalau aku… aku nak ja……”

“Dania!”jerit satu suara disebelah telinga kanan aku… aku lihat sebelah kananku. Rupa-rupanya Aiza.

“kau apahal?”tanyaku padanya.

“tadi Cikgu Amiza tanya kau soalan, tapi kau buat dek sahaja. sampai Cikgu Amiza keluar, kau masih buat dek sahaja. kau nie apasal?”soal Aiza. Aku masih buat dek jer, tandanya aku malas nak jawab soalan daripada Aiza

“takde apa-apalah”aku meminta diri untuk pergi tandas. Sebaik sahaja aku tiba di tandas aku segera basuh mukaku dengan air.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...