Pengikut

Ahad, 28 November 2010

Dia ??? 5

Sebaik sahaja selesai urusan aku di pejabat, aku melangah menuju surau, tetapi langkah ku terganggu dengan seseorang, iaitu Iqram

“kau nak pergi mana nie?”tanya Iqram

“aku nak pulang”kataku,tanpa memandang Iqram

“kau tidak sihat?”Iqram cuba ingin meraba dahiku, tetapi aku sempat menghalang daripada disentuh olehnya.

“ya, aku tak sihat. Kau tolong kirim salam dekat Syamimi, Shuhada, Zam ngan Tarmizi. Kata dekat mereka, tak usah risaukan aku”aku terus melangkah meninggalkan Iqram, tetapi sekali lagi aku diganggu. Tetapi dengan orang lain. Iaitu Cikgu Alex.

“kamu hendak kemana?”

“saya ingin balik cikgu”kataku pada Cikgu Alex

“sudah dapat kebenaran?”soalnya

“sudah cikgu”

“baguslah macam itu, kamu nampak tidak beberapa sihat. Nak saya hantarkan?”

“tak usahlah cikgu, saya boleh pulang sendiri. Lagipun saya letak dimana basikal saya”

“tak apa. Saya hantar kamu pulang, nanti kamu pitam ditengah jalan, siapa susah. Kamu juga. Pasal basikal kami, kamu kan boleh simpan di sekolah dahulu.”aku hanya angguk sahaja, sebagai jawapan setuju. Jikalau boleh sememangnya aku ingin menolok, tapi disebabkan aku pening. Aku menerima pelawaan Cikgu Alex

“sebelum itu, saya perlu kesurau, nak ambil beg sekolah saya”

“baiklah”




Tidak sampai 5 minit. Aku sudah tiba dihadapan rumah aku. Seperti aku sangka, mak aku pasti terkejut.

“masuklah dahulu, Cikgu”ajak mak

“tak usahlah mak cik. Saya perlu segera pulang kesekolah, lagipun sekejap lagi, saya ada kelas”

“baiklah. Mak cik ucapkan terima kasih banyak-banyak”

“tak usahlah Makcik nak ucap terima kasih. Itu tugas saya sebagai seorang guru. Saya pulang dahulu, ye mak cik”mak aku hanya senyum sahaja.




Pada keesokkan harinya, aku tidak pergi sekolah, kerana aku deman. Doktor telah memberi aku MC selama 2 hari. Sepanjang dua itu, aku hanya melayari internet sahaja, membaca novel, dan tengok TV. Bosan, sememangnya aku bosan dirumah juga. Tetapi aku mengisi masa lapang itu dengan menghasilkan karya-karya yang hampeh. Kebanyakkan karya-karyaku pasti tiada penamatnya lagi, kecuali 2-3 sahaja, itu pun aku tulis didalam buku. Pada bermulaan aku berkarya, pasti banyak idea-idea yang ada. Tetapi kemudian, mesti hampeh sebab aku tiada idea untuk sambung.

Kebanyakkan karya-karyaku, aku akan siarkan di blog aku sendiri. Kerana aku tidak pernah bagi kepada sesiapa untuk membaca, kecuali kawan-kawan rapatku, iaitu Shuhada dan Syamimi. Mesti ada komen yang membuatkan aku hampeh. Aduh.. malu juga.. tapi bila fikir balik, ada baiknya.

Selain aku menghasil karya, aku juga sering chatting. Aku mula chatting sejak tingkatan 2, sebab aku baru mula tahu. Itu pun abang aku yang ajarkan. Sepanjang aku chatting, aku berkawan rapat dengan seorang pemuda nie. Nama nicknya d_b. ringkas sahaja nicknamenya.Aku kenalnya di kampungchat, kemudian, kami bertukar-tukar email. Sejak itu aku dan dia rapat dalam dunia siber. Walaupun hampir 3 tahun kami berkawan di chatting, kami tak pernah berjumpa. Itu syarat antara kami berdua, kami tidak akan berjumpa, kecuali apabila kami betul-betul bersedia. Kami berdua juga tak tahu nama penuh masing. Aku tak pernah bagitahu dia, dan dia tak pernah bagitahu aku nama penuhnya dan sebagainya lagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kak nura ~ x dptla add kak2 d fb.. :'(

NuRa berkata...

@Aïëň Yïëňskg dh add dh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...