Pengikut

Rabu, 13 Mei 2009

DaTuL 1

“ini semua pasal kau la Hana. Apasal kau bagi surat tu dekat dia?”kataku pada Hana

“sorry la, akupun tak terfikir akan jadi macam ni…”katanya dengan kesal

“sudah la, dah jadi macam tu”kata Wani untuk tenangkan kami

“macam mana kalau semua orang tau hal ini?”soalku

“tak ada orang lain tau la. Kalau kita tak bagi tau pada sesiapa”kata Wani lagi

“Kau tahu kan yang Hana bagi surat dan kononnya aku yang suruh bagi. Padahal aku tak tau apa-apa pun. Tup tup tup dia datang jumpa aku dan marah aku. Aku tak pernah suruh kau buat macam tu pun Hana. Dan aku tak ada sikit pun hati dekat dia. Kau tahu tak dia marah aku, perli aku dan macam-macam lagi. Padahal kau yang suka pada dia Hana, bukan aku. Kenapa kau buat aku macam ini Hana, apa salah aku?”aku mula ingin menangis atas kesalahan orang lain.

“maaf la Nurul. Aku tak sengaja, entah macam mana aku tersasul. Aku betul-betul minta maaf Nurul. Aku tak akan buat lagi, aku janji”

“maaf kau kata. Yang malu aku bukan kau, aku kesal dengan perbuatan kau. Kau tahu tak yang kau hantar surat tu anak pengetua, Mohd. Ilham bin Halim. Kau tahu bukan, Cikgu Halim pantang dengar anak muridnyq bercinta…. Aku tak tahu nak kata apa dekat kau…”kataku dengan penuh emosi

“sabar Nurul”kata wani

“sudah la, aku harap kau jangan memberi aku masalah terutamnya dengan orang lelaki. Dan aku maafkan kau, tapi kau kena ingat jangan sesekali buat perkara macam ini dekat aku lagi”kataku dengan penuh sayu.

“terima kasih Nurul kerana maafkan aku”Kata Hana

“sudah la jom kita balik”kata Wani

“korang balik dahulu. Aku balik sekejap lagi. Aku ada hal”sengaja aku memberi alasan.

“betul ni?”tanya Wani ingin kepastian.

“betul. Korang balik dahulu”kataku

“jom Hana kita balik”ajak Wani

“kami balik dahulu Nurul”kata Hana.

setelah beberapa minit kemudian aku pulang. Sudah aku agak tiada siapa kecuali pembantu rumah,Kak Kiah.

“kamu mahu makan ke Nurul?”tanya Kak Kiah padaku sebaik sahaja aku masuk dapur.

“tak nak lagi la kak” aku pergi ambil gelas dan mentuangkan air sejuk didalam gelas. Setelah aku selesai minum air, aku terus naik kebilikku.

………………………………………………………………………………………………

Aku mula fikirkan masalah yang baru aku hadapi.

Aku mula turun tangga untuk kekelasku, waktu itu aku baru keluar sahaja dari perpustakaan.Dan aku mendengar ada seseorang panggil namaku. Dan aku menoleh kebelakang.

“hei awak. Awak yang bernama Nurul Saidatul kan?. Itu nama awak kan?”berapa kali mamat ni nak tanya soalan yang sama, kataku didalam hati.

“ya itu nama saya”

“Kau kenal siapa aku, bukan?”tanya lagi mamat ini

“ya saya kenal awak. Nama Awak Mohd. Ilham bin Halim anak pengetua disekolah ini. Kenapa?”

“kau ni kan memang tak tahu malu langsung. Apa nak jadi dekat kau ni. Baru tingkatan 5 sudah tunjuk gedik. Hei Nurul kalau kau suka dekat aku sekalipun, aku tak teringin dekat kau la. Aku sudah ada awek la ”kata Ilham.

'Apa mamat ni? Aku tak suka dekat dia pun. Perasan' Kataku dalam hati.

“sekejap ye Mohd Ilham bin Halim. Siapa yang kononnya kata saya sukakan awak Mohd Ilham bin Halim?”tanya ku pada Ilham

“sudah tahu tanya pula”

“saya tak tahu apa- apa pun Mohd Ilham bin Halim”kataku pada si Ilham

“ini apa?”tunjuknya sehelai kertas. Aku ambil dan baca

to:

Mohd. Ilham bin Halim

Saya sudah lama menyintai awak. Sejak 3 tahun yang lalu. Sudikah awak menerima saya sebagai teman wanita awak? Saya harap awak akan memberi jawapan secepat mungkin. Tapi saya tidak mahu memaksa awak.

“habis tu apa mengena surat ini dengan saya?”soalku ingin tahu

“kau yang suruh kawan kau bagi dekat aku”kata Ilham

“saya rasa ada salah faham diantara kita”

“arh... tak ada salah faham. Sudah la. Kau ni kan memang bodoh la. Awek aku konon. Tengok diri kau depan cermin dahulu. Sudahla gemuk. Awek aku 1000 kali cantik daripada kau tau. Selepas kau kurus baru kau cari aku. Buat malu aje kalau aku ambil kau sebagai awek aku. Kalau kawan kau tu boleh la aku mentimbangkanya. Itupun 3-4 hari baru bagi jawapan dekat kawan kau. Jika kau 1juta hari baru aku bagi tahu dekat kau. Ah malas la aku nak layan orang macam kau ni”

Ilham berlalu dan tinggal aku berseorangan. Sampai hati kau kata aku macam tu Ilham, kau tengok suatu hari nanti. Selamat lah tiada sesiapa mendengar pentengaran ini. Dan aku masuk kelasku dengan perasan malu, sedih, kecewa, marah dan macam-macam lagi. Aku lihat Hana dan Wani masih ada dalam kelas dan aku memberitahu segala kejadian tadi pada……..

Tuk tuk tuk.

“siapa?” tanyaku

“ibu ni. Boleh Ibu masuk?”

“masuk la bu”kataku. Dan ibuku masuk

“tak makan lagi ni? Sudah pukul 7.00 malam ni”tanya ibu dan aku melihat jam tangan yang dihadiah oleh abangku nombor dua iaitu Saiful semperna hari lahir ku yang ke-15. agak la

“tak lapar lagila bu. Nanti bila adik lapar, adik turun makan ya bu. Bu tak usah risau akan adik”aku tahu ibuku risau keadaan aku. Ya la aku ni anak kesayangaan dia.

“baik la, nanti kalau lapar turun makan. Ibu keluar dahulu” setelah ibuku keluar aku pergi salin pakaian sekolah dahulu. Dan kemudian aku turun kebawah untuk makan.

………………………………………………………………………………………………

“adik bangun, kesekolah”

“adik tak nak kesekolah la bu. Adik rasa tak sihat la ”kataku dengan nada berlahan

“Baik la. Ahad ni mesti pergi tau”

“okey bu”setelah ibuku keluar aku kembali baring.

Aku bersyukur aku kawan yang baik. Wani dan Hana bukannya jahat, tapi mungkin mereka tertekan dengan apa yang telah aku buat pada mereka.mereka juga sahbat yang baik bagiku Sudah berkali-kali mereka hendak datang kerumahku. Tapi aku memberi pelbagai alasan.Aku tak nak sesiapa pun yang tahu aku ini anak seorang kepada Dato‘. Aku tak nak tunjukkan kekayaan ku. Setiap hari aku akan balik dan datang kesekolah dengan menaiki bas dan kemudian berjalan kaki. Aku nak kawan yang ikhlas berkawan denganku. Aku tak nak kawan yang seperti disekolah lamaku, Lina, Ira, dan Murni.mereka hanya nak duit aku aje. Itu sebab aku nak pindah sekolah. Dan aku berharap tak nak sekolah Kuala Lumpur. Selamat ayahku dan ibuku faham akan perasaan aku. Syarikat diKuala Lumpur abang sulung, Nizam yang uruskan. Ayahku pula uruskan cawangan di Kedah, negeri yang aku tinggal sekarang. Abang yang ke-2, Saiful pula uruskan cawangan Johor Bharu.

Manakala abangku yang ke-3, Izat masih belajar lagi mungkin 4 hingga 5 tahun baru habis belajar.

Antara ketiga-tiga abangku, aku paling rapat abang Izat. Kami kongsi pelbagai masalah suka,duka, dan macam-macam lagi.

Aku turun bersarapan. Ayah dan ibuku sudah keluar. Dan aku berseorangan. Kak Kiah pula pergi ke pasar. Setelah aku bersarapan aku ke halaman. Amat segar sekali. Apa aku nak buat pula ya?tanyaku dalam hati. Baik aku tengok e-meil aku, mungkin kawan aku ada menghantar. Aku buka internet. Ada dua e-meil. Dari abangku, sorang lagi kawan aku sekolah lama. Baik aku baca yang abang aku hantar dahulu.

Apa khabar adik kesayangan abang ni? Sihat? Ibu dan ayah sihat tak? Abang disini sihat. Adik ada lagi boy? Kalau ada adik mesti berkenalkan dia dengan abang tau.Mungkin tak lama lagi abang balik ke Malaysia sebab bercuti. Sebenarnya abang banyak lagi nak bercerita dekat adik, tapi biar la dulu. Okey la abang stop dahulu. Kirim salam dekat semua.

Setelah aku menbaca e-meil abangku, aku terus menbalasnya.

Adik, ibu, dan ayah sihat.. untuk pengetahuan bang adik mana ada ok lagi. Entah-entah abang yang ada. Adik gembira sangat apabila abang bagi tau nak balik. Kemarin banyak peristiwa yang berlaku pada adik. Semua perkara yang sedih. Adik sedih sangat abang. Sudah la, adik tak nak cerita lagi peristiwa itu. Okey adik berhenti dulu disini. Semoga abang sihat,

Semoga abang gembira, disamping orang tersayang.

Setelah habis aku menulis e-mail. Aku menbaca e-mail kawanku yang bernama Irfan. Irfan ni selalu ambil berat akan aku. Tapi adakah dia berkawan ngan aku semata-mata kerana kekayaan keluarga aku, tapi keluarga dia lagi kaya daripada aku. Ah, tak baik aku berfikir yang bukan-bukan.

apa khbar Nurul? Semoga awak sihat-sihat belaka. Saya disini sihat. Sudah dekat 4 tahun kita tak berjumpa, tapi ibubapa kita masih berjumpa. Kita berdua masing-masing sibuk. Tapi selamat kita masih berbalas e-mail. Mungkin pada cuti akhir tahun saya akan bercuti diKedah,. Boleh tak saya tinggal dirumah awak, sebab keluarga saya tidak ikut sekali. Saya harap awak sudi terima saya tinggal dirumah awak. Mungkin saya akan kesana pada beberapa hari selepas habis exam SPM awak. awak masih ada masa untuk bertanya pada kedua ibubapa awak.

Aku segera memalas e-mail Irfan

Khabar baik, awak apa khbar?? Saya harap awak sentiasa sihat disisi orang tersayang. Saya amat gembira kerana awak bagitahu saya yang awak akan datang ke Kedah, saya tertunggu kedatangan awak, bagi bertanyaan awak yang hendak tinggal dirumah saya semasa awak berada diKedah. Sudah pasti boleh tapi saya tak tahu lagi sama ada ibu bapa saya benar atau tidak, tetapi saya saya pasti ibu dan bapa saya bagi. Akan saya bagitahu awak kemudian hari.


aku tutup komputer setelah balas e-mail Irfan. Aku gembira setelah bertahun aku tunggu saat ini untuk berjumpa Irfan, walaupun selalu ibu ajak aku kerumah Irfan, tapi terpaksa juga menolak atas sebab tertentu. Sejak kecil aku dan Irfan boleh dikatakan rapat juga. Banyak masalah, aku luahkan pada Irfan.

Irfan seorang yang kacak, bergaya, mesra, cool, baik dan macam-macam lagi. Pernah juga satu masa dahulu aku suka akan dia, tapi aku sedar yang aku ni bukan la sesuai untuk Irfan, ya la siapalah aku dimata dia. Sekadar kawan sahaja, aku ni dah la gemuk, sejak kecil lagi aku suka pada Irfan. Tapi sorang pun tak tahu yang aku suka pada Irfan. Arh peningnya. tak lama lagi aku akan menduduki SPM. Tensionyer

2 ulasan:

Kiara berkata...

cite ni best..
tp kne perbaiki lg sbb bnyk kesalahn ejaan.
smbung lg ye (^_^)

NuRa berkata...

@Dyraokok..TQ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...