Pengikut

Isnin, 14 Januari 2013

Keranaku Mengharap 1


“Cikgu, Cikgu tengah buat apa tu?”soalku ingin tahu apabila melihat dia di dalam perpustakaan sekolah. Setiap kali aku jumpa Cikgu Ariffin pasti aku akan tegur dia. Setiap kali lihat muka dia, pasti hati aku berdebar-debar. Alahai cikguku, aku sayang padamu. ..hohoho… gedik betul kau nie Ariana.

“tengah makan nasi”arh… sampai hati Cikgu perli aku. Aku pon cerdik sangat, pergi tanya soalan yang sudah tahu. Terang-terang dia tengah membaca surat khbar. Apalah kau nie Ariana.

“sedap ke nasi cikgu tu? Bolehlah saya tumpang mulut sekali”aku kenakan dia balik. Padan muka, sapa suruh kenakan aku.

“boleh, boleh blah”pedihnya…kesian kau hati. Sabar  ye hati. Jangan terasa dengan Cikgu kesayangan kau nie hati. Sabar ya hati. Buat hati kering je hati walaupun kau terasa juga

“sampai hati Cikgu. Cikgu sepatutnya bagi telatan yang baik, nie boleh pula bagi jawapan ‘boleh blah’. Tak sesuai langsung jawapan cikgu. Ish ish ish”kataku sambil gelang kepala.cikgu hanya buat dono sahaja aku. Sampai hati cikgu nie

“sampai hati cikgu kata macam tu pada saya kan”kataku

“sesuailah jawapan tu dengan kamu Ariana. Kamu sudah tahu yang Cikgu tengah baca surat khabar, boleh pulak tanya soalan ‘cerdik’ kamu pada Cikgu”katanya , cikgu nie. Memangkan.erm..

“ala Cikgu nie. Bukan selalu saya ganggu cikgu”kataku sambil memberi senyuman yang paling manis semanis air gula yang selalu aku masak di pagi hari raya.

“bukan selalu kamu kata, hari-hari asyik muka kamu sahaja Cikgu nampak.  Cikgu amat bersyukur hari hujung minggu Cikgu tak nampak muka kamu. Kalau tak, pasti Cikgu boleh gila. Kamu nie kalau tak jumpa Cikgu  tak  boleh ke? Kalau jumpa pon tak payah susah-susah nak baik hati nak tegur Cikgu sangat. Ingat Cikgu suka ke. Asyik-asyik muka kamu. Lainlah muka Cikgu Laila yang cantik lagi ayu tu. Nie asyik-asyik muka kamu. Naik muak Cikgu tengok kamu nie. ” sampai hati cikgu kata macam. Nie yang nak menangis nie. Aku dah mula tarik munjung ke depan. Cikgu lihat muka aku, boleh pula dia buat selamba. Nie yang aku semakin makan hati nie. Kali nie aku betul-betul terasa dengan kata-kata dia. Sampai hati dia kata macam tu. Mentang-mentang dia popular dekat sekolah. Sudahlah kacak, bergaya, baik dan semua yang baik kat dialah.

“okey, mulai saat nie. Saya akan pastikan saya tak akan tegur, tak akan jumpa, tak akan cakap dengan cikgu dah. Bila betul-betul perlu sahaja akan saya cakap dengan  Cikgu. Selamat tinggal.”terus aku tinggalkan dia.

Sakit hati betul aku dengan dia. Cikgu nie. Tak faham-faham ke aku nie dah ‘terjatuh’ dengan dia saat pertama kami bertentang mata. Sejak itu aku suka tegur dia bila jumpa. Walaupun dia tak ajar aku dan mungkin tak akan ajar aku sebab aku sudah tingkatan 6 atas. Kiranya ini tahun terakhir akulah di sekolah ni. Sudahlah dia ajar pelajar biasa, susahlah nak jumpa. Sudahlah sekolah nie besar. Murid punyalah ramai. Cikgu pon mestilah ramai. Aku  pon terpaksa korban masa aku untuk berjumpa dengan dia. Lihatlah pengorbanan aku yang ingin berjumpa kamu wahai Cikguku yang aku kasihi.Sampai hati dia kata aku macam tu. Tengoklah.  Aku tak akan tegur dia dah.


“semenjak seminggu dua nie aku tak tengok muka kau dekat perpustakaan pon.Selalunya selepas waktu balik tergesa-gesa nak pergi sana sampai lari-lari, sampai masuk kelas tambahan lewatlah. Pastu sanggup pula kau tunggu aku dekat dewan semasa aku bertugas di perpustakaan. Kalau dulu, kau asyik je pergi perpustakaan. Asyik suruh Shuhada main chess dengan kau. Sekarang nie, asyik muka kau je dekat dalam kelas. Waktu rehat pon kau asyik pesan dekat  aku suruh beli makanan kalau kau tak bawa bekal. Kalau dulu, nak bawa bekal pon susah. Kiranya memang bertuahlah kalau kau bekal” kata Azizah panjang lebar. Amboi-amboi Azizah nie. Nak kata aku agak-agaklah. Terasa tau. Hahaha.

“saja. Tak lama lagikan nak exam, aku perlulah sedia daripada awal. Dulu kau juga kata asyik-asyik muka aku je dekat sana. Bila aku tak pergi, kau masih kata lagi. Pelik betul aku dengan kau nie”

“yelah, aku pelik sebab kau tak pergi perpustakaan. Sejak aku kenal dengan kau, kau suka habiskan masa dekat sana. Kadang-kadang kalau aku nak cari kau, pasti aku pergi sana dulu. Sampai cikgu-cikgu perpustakaan boleh kenal kau. Bila kau tak pergi, ada jugak cikgu yang tanya. Diorang ingat kau tak sihat. Kalau kau nak belajar, pergi je lah perpustakaan. Macam tak biasa”katanya panjang lebar.

“tengoklah kalau sampai seru aku nak pergi sana. Sekarang nie aku tak mahu pergi sana. Titik” putusku. Aku memang tak nak pergi perpustakaan. Di sana ada  pelbagai kenangan. Di sanalah aku jumpa Cikgu Ariffin pertama kali. Di sanalah aku tegur dia dengan hati berbunga-bunga. Di sanalah aku lihat dia membaca surat khabar. Di sanalah dia berkata-kata sampai menberi kesan yang amat terbaik di hati aku.  Sakit hati aku, pedih aku yang rasa, derita yang aku alami.


Semasa aku ingin pergi koperasi, aku lihat Cikgu Ariffin bersama dengan Cikgu Laila tengah berbual. Asyik betul diorang bersembang. Sakitnya hati aku. Pedihnya. Makin terlukalah hati aku nie. Lantak kaulah Cikgu Ariffin. Aku berjanji pada diri aku, aku akan lupakan kau!. Tengoklah. Itu pon kalau boleh lupakan kau. Erm…

Sebaik sahaj tiba di koperasi, segera aku pilih barang-barang yang hendak aku beli. Pen, pemadam,  buku panjang, dan tisu.  Manalah tahu kalau-kalau aku nak menangis ke, bolehlah aku guna tisu nie.

Selesai sahaja aku beli, aku segera ingin pulang, tiba di pintu koperasi aku selisih dengan Cikgu Ariffin. Aku terus lihat kearah lain. Malas nak tengok muka dia yang kacak tu. Buat sakit hati saja. Nanti hati aku yang merana.

Tiba je di dalam kelas aku,  Cikgu Zaid sedang mengajar Bahasa Melayu. Cikgu Zaid memberi penerangan yang aku tak tahu ala tuju. Itulah balasan masuk lewak ke dalam kelas, tiba-tiba telefon bimbit dia berbunyi. Aku tidak dapat dengar dengan jelas percakapan Cikgu Zaid. Lagipun tak baik dengar berbual orang. Hahaha. Sejak bila kau jadi baik sangat Ariana.

“Ariana, boleh tak kamu hantar surat nie kepada Cikgu Ariffin di perpustakaan”arh ? kenapa aku pula. Tak ada orang lain ke.

“cikgu, boleh tak kalau Cikgu suruh Syafiq hantar. Takut saya makin tak faham pula apa yang cikgu ajar hari ini . Sudahlah saya masuk lewat tadi Cikgu” minta aku. Manalah tahu dia mahu terima cadangan bernas aku nie. Hahaha.

“alang-alang kamu tak faham lagi, baik tak faham dulu. Kalau kamu tak hantar pon. bukan  kamu faham penerangan  saya tadi. Nanti kamu tanya kawan-kawan kamu atau tanya saya di bilik guru” amboi Cikgu nie boleh dia kenakan aku. Dalam banyak-banyak manusia dalam kelas nie, kenapalah mesti aku.

“ala cikgu, cikgu suruhlah sapa-sapa hantar. Saya nie fobia dengan perpustakaanlah Cikgu. Ada kenangan  pahit dekat sana cikgu. Bolehlah Cikgu”merayu aku. Aku lihat Cikgu Zaid dengan muka comel.

“Fobia perpustaakaan konan. Dulu saya tengok hari-hari muka kamu di sana.  Saya tak kira kamu pergi hantar. Tak payah nak buat muka comel. Saya tak terpujuk pon”kata Cikgi Zaid. Alahai Cikgu nie. Sampai hati Cikgu.Perlahan-lahan aku berdiri dan berjalan kearah Cikgu untuk ambil surat itu dengan muka monyok. Aku terus keluar kelas untuk pergi perpustakaan.

Bila aku masuk sahaja di perpustakaan, aku lihat Cikgu Ariffin sedang membaca surat khabar. Apasallah setiap kali aku jumpa dia di perpustakaan mesti dia tengah baca surat khabar. Tak ada benda lain ke yang dia boleh baca atau buat. Sejak kejadian tu, aku seakan-akan fobia dengan surat khabar sebab asyik ingatkan dia jika terpandang surat khabar. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah dia.

“Cikgu, Cikgu Zaid bagi” aku terus letak surat itu di atas mejanya. Aku tak tunggu lama, aku terus berlalu tinggalkan perpustakaan. Malas nak fikir pasal dia. Malas nak tengok muka dia yang kacak. Malas nak makan hati lagi sebab aku yang merana, bukan dia.


“Cikgu Zaid suruh kita pergi perpustakan”kata Amirul selaku ketua kelas. Apasalah Cikgu Zaid nie, tak pernah-pernah belajar di perpustakaan hari ini kena. Aku dengan muka semalas-malasnya mengambil barang-barang yang perlu untuk di bawa ke perpustakaan. Aku melangkah dengan malas menuju perpustakaan. Harap-harap dia tiada di situ. Aamiin…

Tiba sahaja di perpustakaan, aku macam kenal je sepasang kasut nie. Milik siapa lagi kalau bukan milik Cikgu Zaid. Awal betul dia sampai. Mesti ada kerja yang perlu dia buat. Kami ramai-ramai pilih tempat duduk. Aku duduk jauh daripada tempat selalu Cikgu Ariffin duduk. Aku duduk sebelah Anis. Aku pandang sekeliling setiap sudut perpustakaan. Selamat tak ada muka dia. Kalau tak, meranalah hidup aku saat nie.

Tiba-tiba sahaja pintu perpustakaan terbuka. Dia. Aku ingat tak tengok muka dia dah. Dia terus ambil surat khabar di tempat yang di sediakan dan menuju kearah aku. Sepanjang dia menuju ke arah aku, aku lihat ke arah lain. Dia duduk betul-betul duduk di belakang aku. Apasallah dia tak duduk di tempat biasa dia duduk. Mangkuk hampeh betul dia nie.

Cikgu Zaid menyuruh kami buat kerja sendiri kerana dia perlu melakukan sesuatu. Aku terus menuju kearah novel yang terdapat di rak. Aku pilih novel ‘Ria Qistina’ karya Bikash Nur Idris. Aku suka cerita dia. Sebab Qistina kahwin dengan cikgu dia. Aku suka. Novel tu memang memberi kesan mendalam dekat aku.  Aku tak pernah jemu baca novel tu. Aku pon tak sangka aku ada persamaan dengan novel tu iaitu boleh tersangkut dengan Cikgu juga. Tapi tak tahulah kisah aku macam mana. Dalam mimpi sajalah.

Aku tidak tahu sama ada kisah aku seperti ini yang akhirnya Ria Qistina bersama cikgunya.  Adakah impian aku hanya dalam mimpi atau akan menjadi realiti. Mungkin dalam mimpi sahaja.  Biarlah dalam mimpi.

Aku yang berangan
Aku yang sakit
Aku yang merasai
Kerna aku yang mengharap
Maka aku merasai
Kepedihan yang seharusnya
Jika perasaan itu tiada padanya
Aku hanya boleh mengharap
Aku hanya boleh menunggu
Dan pada satu saat
Aku buangkan perasaan itu
Makaku berikan kepada ibu
Agar jodohku ditentukan

Sebaik sahaja aku tulis di atas kertas, aku baca semula apa yang aku tulis. Tak lama kemudian aku ketawa perlahan. Kelakar juga apa yang aku tulis.entah apa-apa aku tulis, main hentam je aku tulis. Entah betul atau tidaklah sama ada aku nak biarkan mak tentukan siapa yang menjadi suami aku. Mahu merana aku kalau kena khawin paksa. Tapi kalau pilihan mak ayah aku okey, aku on saja. 

Aku lipat perlahan-lahan kertas itu. Aku sempat tandatangan  serta tulis tarikh di atas kertas itu. Kononnya sebagai bukti aku yang buat. Tapi tak ada nama aku pon. sedar-sedar sahaja masa sudah tamat. Aku segera kemaskan barang aku untuk pulang ke kelas. Aku letakkan novel yang aku baca di raknya semula.

1 ulasan:

mona berkata...

smbg lg TT,nmpk mcm bst ctr ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...