Pengikut

Sabtu, 17 Julai 2010

DaTuL 10

Pada keesokkan harinya aku pejabat dengan hati yang kacau pilau. Sebab aku tak tenteram. Aku minta-minta aku tidak terima hadiah yang seperti mana dikatakan oleh Jejaka_idea. Aku harap sangat. Memang pagi nie aku serba tidak kenalah. Aduh… peningnya. Sebaik sahaja aku sampai d pejabat, aku hanya tersenyum sahaja pada setiausaha aku, Aina. Aku segera duduk di tempatku. Tidak lama kemudian Aina berada dihadapanku

“Cik Datul, ada sesorang bagi hadiah ini untuk Cik Datul”kata Aina sambil senyum.

Selepas dia suakan hadiah itu padaku, dia berlalu meninggalkan aku bersendirian. Hadiah itu hanya dihadapan aku sahaja tanya aku membuka. Hatiku semakin berdebar-debar. Adakah Jejaka_idea yang memberikan hadiah ini padaku. Arh… mungkin tidak. Kata hatiku. Berlahan-lahan jariku mengoyak kertas yang membalut hadiah tersebut. Sebaik sahaja aku lihat apakah hadiah itu, aku terkejut. Sehelai kertas lukisan. Bukan lukisan biasa, tapi gambar aku yang dilukisnya. Dalam lukisan itu, aku sedang asyik membuat kerja. Tiba-tiba aku tersenyum. Cantik juga lukisan nie. Huhuhu. Tidak lama kemudian aku terpandang satu sampul surat yang bersama-sama dengan dengan lukisan tadi.

Salam
Kau apa khabar? Sihat ker? Atau dah tak sihat bila dah terima hadiah aku nie. Yerlah terkejut sebab dapat hadiah daripada Jejaka_idea yang kau tak sangka mungkin aku tak kenal kau. Amacam? Masih terkejut ker? Jangan terkejut lebih-lebih. Masih ada kejutan untuk kau lagi. Cuma masa je yang tentukan. Kau jangan tanya aku macam mana aku boleh tahu wajah kau. Waktu aku tahu kau adalah kau, aku pon terkejut juga. Tak sangka kau terlalu cantik dihatiku. Dari hati aku, aku jujur katakan aku sudah jatuh cinta pada kau, Datul. Sikapmu membuatkan hatiku tidak tenang. Wajahmu di pelbagai sudut apabila aku melihat. Wajahmu juga menganggu lenaku. Sebelum aku tahu kau adalah Nu_dias, aku sudah jatuh cinta padamu. Sewaktu aku tidak tahu kau adalah Datul, hatiku berkata aku sayang akanmu. Bila tercantum kedua-duanya tersebut, aku cinta dan sayang akan dirimu Datul a.k.a. Nu_dias. Aku tidak yakin apa perasaan kau padaku. Semoga kau merasai apa yang aku rasa padamu. Itu yang aku harapkan. Kita jumpa di alam maya lagi. Salam sayang

Yang mencintaimu
Jejaka_idea

Dia cinta aku?? Itulah persoalan di mindaku. sehingga menyebabkan kerja di pejabat tak terurus. Aku segera mengabil cuti setengah hari. Sebaik sahaja aku mendapat cuti setengah hari, aku segera pergi restoren kawan baik aku, Wani. Sebaik sahaja aku sampai di restoren aku segera pesan makanan dan minuman. Sambil menunggu pesanan aku sampai, aku menelefon wani bertanya di mana dia berada. Sebaik sahaja pesanan aku smpai, Wani juga sampai sekali. Dia duduk dihadapan aku

“lama kau tidak datang kesini”katanya

“aku sibuklah baru-baru ini”terangku smabil makan

“kau datang nie, mesti ada hal. Apasal pulak kali ini?”soalnya

“apa perasaan kau, bila berkawan dengan seseorang tanpa tahu tentang dia. Kau dan dia tak pernah jumpa atau pon tengok gambar. Tapi dia tahu macam mana muka kau”soalku ingin tahu

“maksud kau kawan chatting kau lah nie?”

“a’ha”

“bagi aku ok je. Tapi kalau kau dan dia tak pernah tengok gambar atau sebagainya, sememangnya peliklah bagi aku. Mungkin kau dan dia pernah berjumpa. Tapi kau tak tahu dia adalah dia. Tapi dia tahu kau adalah kau. Mungkin sebab tertentu. Sebagai contoh, dia bagi sesutu benda dekat kau. Dan dia pernah lihat benda itu”katanya panjang lebar

“tak mustahir juga kata-kata kau tu. Tapi nak tahu macam mana dia adalah dia yer?sebab dia tak pernah bagitahu aku macam mana dia tahu aku adalah aku”

“so, kau tak nak bagitahu aku ker sapa kawan chatting kau?”

“nick name dia Jejaka_idea”

“nama betullah”

“mana aku tahu lah”

“apasal kau tak tanya dia siapa dia”

“ Aku pernah tanya lah. Tapi dia tak mengaku lah. Tension tul lah”

“tawakal je lah. Mungkin tak lama lagi kau akan tahu juga. Hanya masa yang tentukan je”

“ye lah” selepas kami berbual dekat sejam juga, baru aku pulang kerumah dan rehatkan minda

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...