Pengikut

Ahad, 28 November 2010

Dia ??? 7

“Dania, sekarang nie aku jarang tengok kau baca novel. Apasal?”tanya Syamimi pada satu malam semasa Syamimi dan Shuhada tidur di rumahku.

"betul kata Syamimi. Kalau dulu boleh kata kau sentiasa dengan novel. Sampai aku rasa nak jer bakar semua novel kau. Tapi sekarang nie bila ada novel baru kat perpustakan atau di kedai-kedai buku, kau buat dek jer. Kalau dulu dalam sebulan kau mesti beli 2 hingga 5 buah novel. Tapi sekarang nie aku tengok kau dah tak beli. Apasal?”terang Shuhada panjang lebar

“saja”pendek sahaja jawapan aku. Kalau aku jawab soalan bahasa melayu macam nie, mesti Cikgu Aziz bagi 1 markah sahaja. itu pun markah kesian. Kalau tak, mesti markahnya 0.

“saja kau kata. Jawablah betul-betul. Atau kau ada hobi baru-baru nie?”tanya Syamimi ingin tahu.aku memandang syamimi…


Kenangan yang lalu

“Dania”aku hanya angguk sahaja aku masih membaca novel di tangan aku

“Dania”aku masih angguk tanpa mengoleh kearahnya

“Dania”panggil sekali lagi Akip. Aku pandang kearahnya. Aku menutup novel yang aku baca sebentar tadi untuk memberi tumpuan pada Akip yang dari tadi asyik panggil aku

“Dania memang suka baca novel ke?”aku tersenyum mendengar soalan daripada Akip.

“ya. Dania terlalu suka baca novel. Sampai ada seketika Dania tidur pukul 3.00 pagi untuk menghabiskan novel yang Dania baca. Sebab terlalu ingin tahu apakah kesudahanya. Nanti kalau tak baca sampai habis, perasaan tidak puas dalam hati akan timbul. Ye la, sebab Dania tak tahu apa kesudahanya. Kenapa Akip tanya macam itu?”soalku pula

“ye la. kadang-kadang Akip tengok Dania macam orang tak beberapa betul. Yela sekejap Dania ketawa, kemudian menagis lepas tu macam orang nak marah pula dan macam-macam lagilah”terang Akip

“sampai hati Akip kata Dania tak betul”aku pura-pura merajuk. nak tengok Akip gelabah atau tidak

“bukan macam tu. Akip bukan anggap Dania macam tu. Macam tadi Akip kata, macam-macam reaksi yang Dania tunjuk bila Dania membaca novel”terang Akip. aku hanya senyum sahaja.

“memanglah macam-macam reaksi yang akan Dania tunjuk. Sebab Dania akan anggap Dania yang menjadi watak itu. Kita kenalah baca dengan penuh perasaan. Kalau tak baca dengan penuh dengan perasaan, baik tak usah baca. Buat sakit hati sahaja sebab tak faham jalan cerita”terangku padanya

“Dania tak rasa membazir ker baca novel cinta. Bukan dapat faedah pun bahkan membuang masa dengan begitu sahaja. baik ulang kaji pelajar jer”aku rasa nak marah sahaja dekat Akip nie, sesuka hati dia sahaja nak kutuk hobi aku. Tapi mungkin dia tak faham tentang novel ini

“Akip. bagi Danialah bila baca novel cinta atau novel apa-apa pon kita akan mendapat pelbagai pengalaman yang mungkin kita tak akan dapat. Pengalaman yang mungkin amat pedih kita rasa atau sebagainya. Selain itu, Dania akan dapat banyak pengajaran boleh kita dapat daripada membaca novel dan lagi satu, Dania tak rasa membaca novel membuang masa. Cuba Akip fikir kalau Dania tak baca novel dan Dania pergi buat pekara-pekara yang tak berfaedah atau tak bermoral seperti keluar siang balik tengah-tengah malam dan macam-macam lagilah. ”terangku panjang lebar.

“memang betul apa yang dikatakan oleh Dania. tapi Dania boleh isikan masa terulang itu dengan ulang kaji pelajaran”Akip masih tidak mahu mengalah

“habis itu Akip nak Dania 24 jam belajar ker? Nanti tak pasal-pasal Dania gila sebab terlalu asyik baca buku PELAJARAN” sengaja aku menekan perkatan pelajaran

“Dania janganlah kata macam itu. Akip tahu Dania terasa dengan kata-kata Akip. Akip minta maaf”rayu Akip. memang aku terasa juga dengan kata-kata Akip. tapi.. entah lah.

“okey. Dania boleh maafkan Akip. Tapi ada syarat”kataku.sengaja aku ingin kenakan syarat pada Akip. ingin tahu sama ada dia benar-benar ingin minta maaf padaku atau sekadar bersahaja.

“apa syaratnya?”soal Akip. aku tersenyum mendengar soalan daripadanya

“sya….”

“Dania!!”jerit satu suara. Terus hilang kenangan bersama Akip. aku memandang kearah Syamimi dengan penuh kebinguan

“kenapa?”soalku

“kenapa kau kata. Wei Dania, kau nie apasal dari tadi aku dan Shuhada cakap dengan kau, rupa-rupanya aku dengan Shuhada cakap dengan tunggul kayu. Kau boleh buat dek jer. Sakit hati aku tau bila tengok kau buat dek jer ngan kitorang”kata Syamimi. Aku lihat Syamimi ini macam nak makan aku jer

“sorrylah. Aku tak dengar apa yang korang katakan. Sorry ye”pujukku

“sorry naik lori lah”kata Shuhada

“ala jangan kata macam itu. Maaflah. Aku betul-betul minta maaf nie”pujukku

“boleh, dengan syarat esok kau kena belanja kitorang ais krim ”aku terkedu mendengar syarat dari Syamimi. Itulah syarat yang aku kenakan pada Akip satu masa yang lalu. Aku hanya tersenyum kelat sahaja. aku angguk sebagai jawapan yang aku setuju.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...