Pengikut

Isnin, 7 Januari 2013

Kata Hati Aku END


“mak, adik lawak je dengan boss tu”kataku. sungguh aku tak sangka berita sampai ke telingga mak aku. Memang sah-sah naya betul kau Atikah

“kamu boleh buat lawak Atikah. Sekarang nie diorang dah anggap betul-betul. Nak tak nak, kamu akan nikah dengan boss kamu juga”kata mak. Mak aku nie… kalau buat keputusan  dia je. Kau pun satu Atikah. Yang buat perkara yang paling cerdik tu apasal.

“tapi mak, Atikah tak naklah nikah dengan dia”rayuku

“mak tak kira. Keluarga kita dengan keluarga boss kamu dah sepakat nak nikahkan kamu dua minggu lagi”kata-kata emak memang mengejutkan aku.

“ Dua minggu lagi???” Awalnya. awal daripada penikahan antara Shazril dengan Azizah. Mesti diorang terkejut punya.

“yalah. Lagipun mak okey je kalau kamu nak nikah. Kiranya terlaksanlah tugas mak sebagai menjaga kamu”sayu semacam pulak bila dengar mak kata  macam tu

“baiklah”



“tak sangka aku, kau nikah awal dari aku. Aku punyalah bencinta bagai nak rak dengan Shazril. Senang-senang kau je nikah dulu. Dengan boss kau pulak”kata Azizah. Jangan kata kau, aku sendiri terkejut

“jangan kata kau, aku pun macam tak percaya yang aku nie jadi isteri orang dah”kataku

“itulah kau, tak sabar sangat”kata Azizah

“ini semualh salah kaulah”kataku. aku lihat Azizah lain macam dah

“kamu masih terasa lagi ke dengan hubungan aku dengan Shazril?”tanya Azizah dengan nada sayu semacam je. Aku waktu tu macam nak tergelak pulak

“kau nie. Kan aku sudah kata yang aku tak kisah pun dengan hubungan korang berdua. Kau tak payah nak risaukah. Yang aku kata korang punya pasal sebab aku tengok kad kahwin korang. Pastu dok terfikir kawan-kawan kita yang lain kebanyakkan sudah ada anak. Pastu boss aku depan mata. Aku terus ajak boss aku nikah”terangku agar dia tak salah faham

“jadi kau yang ajak boss kau nikah?”

“ya”

“tapi aku peliklah. Dia setuju pulak”kata-kata Azizah benar. Aku juga pelik semacam. Ya lah. Senang-senang dia setuju

“entah-entah dia memang minat kau kot. Itu pasal dia dingin semacam je”kata-kata Azizah ada benar juga. Dia hanya dingin dengan aku je tapi dengan orang lain dia okey pulak. Itu yang aku pelik semacam.



Malam pertama aku setelah sah menjadi isteri kepada boss aku. Aku tidur dengan selena-lenanyanya. Yelah penat tau tak. Dua minggu aku kena urus macam-macam perkara. Itulah inilah. Aku dengan boss aku masih macam dulu. Dingin je. Aku tak sure yang aku nie kahwin dengan manusia atau kahwin dengan batu. Erm… aku sudah tak kerja. Konon nak jadi surirumah tangga. Kononnya. aku sudah tak panggil dia boss, aku panggil dia abang. Geli semacam jugak mula-mula nak sebut. Tapi dalam hati aku, aku still panggil dia dingin sebatu.

“Atikah”panggilnya.

“erm”aku masih dengan leptop. Buat entry baru kat blog. Aku memang suka berblog. Boleh nak luah apa yang aku rasa dan pendapat aku.

“Atikah”panggilnya lagi. Aku terus offkan leptop. Aku pergi padanya dan duduk betul-betul depan dia.

“ya suamiku. Kenapa?”tanyaku dengan nada mengada-ngada. Dia lihat mata aku. Ish. Kalau nak tengok pun. Sekejap sudahlah. Aku pulak yang rasa malu.  Aku terus pandang kearah lain.

“lihat mata abang nie”aku nak tak nak, kenalah lihat. Suami akukan. Nanti berdosa pulak

“Atikah tak ingat?”tanya dia. Aku tiba-tiba pelik semacam. Ingat?

“ingat?”tanyaku  pelik, laki aku macam sedih semacam. Ye lah. Apa yang aku perlu ingat

“memang betul tak ingat abang. Padahal abang je yang dok ingatkan Atikah”katanya

“cuba abang terangkan pada Atikah. Atikah perlu ingat apa?”tanyaku

“ingat akan abanglah”katanya. Bunyi macam merajuk. Takkan merajuk kot laki aku nie. Erm…

“memanglah ingat abanag. Abangkan suami Atikah, takkan Atikah tak ingat abang kot. Lagi-lagi Atikah yang lamar abang. Mahu tak ingat”kataku. dia mengeluh

“Atikah memang buat abang terseksalah”katanya

“awat pulak”

“terseksa sejak dulu sampai sempai sekarang”

“dulu?”

“yelah. Atikah cuba bagitahu nama suami Atikah nie”mintanya

“Muhammad Adil Asyraf bin Muhammad Amirul”jawabku. Aku sebenarnya tak tak suka nak sebut nama Adil. Aku ingat Adil. Sampai sekarang sejujurnya aku susah nak lupakan dia. Tapi aku kena lupakan dia juga. Sudah bertahun aku tak jumpa dia. 1o tahun juga aku tak jumpa dia. Aku langsung tak tahu berita dia.

“Atikah tak ingat nama tu?”

“kan nama suami Atikah. Mestilah Atikah ingat”kataku

“Atikah tak ada kawan nama macam tu?”tanya dia

“entah. Nama Adil adalah. Tapi kawan sekolah. Lama dah tak jumpa dia”kataku

“sampai muka dia pun tak ingat?”kata-katanya membuatkan aku hairan. Memang aku tak beberapa ingat muka dia. Sebab aku tak punya sekeping gambar dia. Yang aku ingat mata dia. Terus aku lihat mata suamiku. Mata dia dengan mata suami aku samalah

“Adil?”tanyaku bergetar-getar. Tak mungkin, sungguh tak mungkin  kalau ini semua betul

“betul. Atikah sudah ingat Adil?”aku mengangguk berlahan-lahan. Dia terus peluk aku. Aku hanya diamkan diri sahaja. Tak tahu nak kata apa-apa. Sungguh aku terkejut. Benar-benar aku terkejut. dia lihat aku.

“Abang betul-betul geram dengan Atikah bila Atikah tak ingat abang waktu mula-mula abang masuk pejabat. Abang punya terkejut. tapi Atikah buat biasa je. Buat macam tak kenal. Abang tunggu juga sehari dua. Mungkin Atikah sengaja buat tak kenal abang. Tapi kalau sudah seminggu. Takkan sengaja kot. Memang sah-sah tak kenal abang. Waktu tu, hanya Allah je tahu perasaan abang. Abang cukup-cukup sedih sebab Atikah tak ingat Abang. Itu pasal abang dingin semacam dengan Atikah. Bila abang tahu Atikah rapat dengan sorang mamat nie, iaitu Shazril, abang memang kecewa habis. Tapi bila abang tahu rupa-rupanya dia sedang bercinta dengan Azizah, abanglah manusia yang paling bahagia. Abang betul-betul terkejut bila Atikah ajak abang nikah. Abang pun ambil peluang tak kira Atikah ingat atau tak abang”terangnya panjang lebar. Aku rasa macam nak menangis bila dia kata macam tu. Mataku sudah mula rasa hangat semacam je.

“Sayang jangalah menangis”pujuknya. Aku peluknya seerat mungkin. Bila aku kembali tenang. Aku lihat dia

“Atikah memang tak sangka yang Atikah kahwin dengan abang”kataku

“yelah, dulu ingat abang sukakan Aina. Punya bertahun-tahun lari daripada abang. Sampai jejak sayang pun susah nak di jejak. Bila jumpa sampai lupa muka abang yang kacak nie. Sampai hati sayang ya”katanya. Dia tahu keperasaan aku padanya?

“abang tahu?”

“tahu perasaan sayang pada abang?”

Aku hanya angguk sahaja

“abang tahu setiap kali lihat pandangan sayang pada abang. Tapi kita masing-masing ada tanggungjawab yang sendiri. Tanggungjawab dengan keluargalah, nak mencapai cita-citalah itulah inilah”katanya

“tapi yang paling abang sakit hati bila sayang kata Aina sukakan abang. Waktu tu abang memang kecewa habis. Ingat sayang nak luah isi hati sayang, tapi luah isi hati Aina”

“tapi bukan abang dengan Aina teman tapi mesra ke?”tanyaku pelik

“teman tapi mesra je pon. Biasalah teman. Lagipon Aina tahu awal-awal lagi tentang perasaan Abang terhadap Aina. Abang tak mahu dia salah faham. Tapi abang kesal sebab tak meluah perasaan abang pada sayang sampai sayang hilang tanpa jejak. Bertahun abang tahan rindu nie. Abang tak henti-henti berdoa agar abang dengan sayang ada jodoh”katanya

“selamat kita ada jodohkan abang”kataku

“yelah. Jodoh nie sudah ditetapkan oleh Allah. Cuma kita tak tahu. Kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Kalau sudah ditakdirkan kita ada jodoh tak akan kemana ”katanya

“tapi kesallah dengan sayang”katanya. Aku lihat dia

“yelah, sayang tak ingat abang yang kacak lagi bergaya nie”katanya. Aku baru tahu suami aku perasan lebih

“Atikah pun tak tahu kenapa tak ingat abang”kataku. sungguh aku juga pelik

“tak apa, janji kita bersama juga akhirnya”katanya. aku senyum melihat dia dan juga melihat aku. sungguh aku rasa sangat bahagia

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...