Pengikut

Ahad, 6 Disember 2009

DaTuL 9

Sebaik sahaja aku makan malam dengan keluarga, aku terus masuk ke bilik. Dan aku onkan leptop dan ym aku. Jejaka _idea tidak on9. Selalunya waktu begini dia akan online. Mungkin malam ini dia lambat sikit.aku terus membaca novel yang berhampiran leptop. Sedang aku membaca, Jejaka_idea buzz aku. Aku tersenyum.

Jejaka idea:Salam. Apa khabar?

Nu_dias:wasalam. Aku baik je. Ko?

Jejaka idea:Alhamdulillah, aku sihat.

Nu_dias:baguslah. Ko dok wat pe??

Jejaka idea:tak wat apa-apa sangat. Cuma dengar lagu je. Ko?

Nu_dias:tadi aku baca novel

Jejaka idea:aku ganggu ker??

Nu_dias:takde pon. Tadi aku baca novel sambil tunggu kau. Apasal malam nie kau lambat sangat online??

Jejaka idea:tadi aku ada hal kejap

Nu_dias:sekarang??

Jejaka idea:takde hal dah.

Nu_dias:yer

Jejaka idea:ye la. Aku hairan lah…

Nu_dias:apasal?

Jejaka idea:apasal perempuan suka baca novel??

Nu_dias:entah lah

Jejaka idea:entah lah?? Kau kan suka baca novel. Apasal?

Nu_dias:bagi aku, dah minat aku suka baca novel. Nak wat cam mana. Bila kita dah minat sesuatu. Takde sebab kita minat sebenarnya. Lagipun, kerajaan telah menjalankan kampen membacakan?? Kita kena sahutlah.

Jejaka idea:memanglah. Tapi… kenapa novel?? Ke sebab cinta

Nu_dias:apa kaitan ngan cinta lak??

Jejaka idea:ye la, perempuankan suka baca novel cinta.

Nu_dias:tak semua perempuan suka membaca novel cinta. Kena ikut minat gak la. Macam aku, aku tak semestinya minat novel cinta saja. Aku minat juga novel detektif. Contoh novel detektif ialah ‘Detektif Indigo’ hasil karya Faisal Tehrani. Sebelum aku baca novel tu, aku tak terfikir pon ada detektif yang muda, dan masih belajar. Ingat gitu-gitu jelah. Citer-citer yang dihasilkan oleh Faisal Tehrani memang best. Kadang-kadang daripada penulisan novel, kita dapat mendakwah secara tak langsung. Contoh novel, ‘Curahan Cinta Niagara’ hasil karya Maya Iris. Cerita itu memang best lah. Bagi aku lah. Selain kisah tentang cinta, ada kisah tentang agama, keluarga. Dan banyak lagilah faedah yang boleh kita dapat daripada membaca novel dan membaca bahan-bahan yang lain.

Jejaka idea:wah…

Nu_dias:apasal??

Jejaka idea:panjangnyer kau taip

Nu_dias:J biasa la. Kau minat membaca??

Jejaka idea:nak kata minat tu, taklah sanggat. Tapi boleh la.

Nu_dias:kau suka bahan bacaan macam mana tu?

Jejaka idea:komik

Nu_dias:J, komik aper?

Jejaka idea:naruto. Huhuhu J

Nu_dias:owh. Aku suka juga gak baca komik.

Jejaka idea:komik cinta?

Nu_dias:ye la juga. Komik detektif aku minat juga.

Jejaka idea:detektif apa??

Nu_dias:Detektif Conan, Penyiasatan Remaja Sekolah Detektif Q, Penyiasatan Remaja Hajime Kindaichi.

Jejaka idea:aku ingat kau suka baca novel je. Tak sangka pula kau minat baca komik

Nu_dias:aku nie ada macam-macam minat gak la. Kena ikot mood gak la J

Jejaka idea:alang-alang kau sebut tentang minat. Kau minat jejaka yang macam mana?

Nu_dias:erm?? Aku suka lelaki yang boleh membimbing aku kearah yang yang benar. Alim la maksud aku. Tapi tak lah sanggat. Sedap mata memandang. Tak nak lah kacak sanggat.

Jejaka idea:apasal?

Nu_dias:cemburula. Nanti banyak mata-mata asyik tengok dia huhuhu J

Jejaka idea:lagi?

Nu_dias:tak beberapa romantik sanggat. Biasa-biasa je la. Yang boleh buat aku ketawa, happy la. Nak romantik boleh la juga. Aku layan je. huhuhu

Jejaka idea:ok.. lagi?

Nu_dias:lagi? Pekerjaan yang tetap la. Untuk menjamin masa depan aku, anak-anak aku la. huhuhu

Jejaka idea:ok… lagi?

Nu_dias:hormat orang yang sekeliling dia. Tak kiralah, tua ker, muda ker. Yang pasti hormat. Aku tak suka lelaki yang cepat panas baran dan kuat cemburu

Jejaka idea:kan cemburu tu tandanya sayang

Nu_dias:memang. cemburu tandanya sayang. Cemburu biasa-biasa sudah lah, jangan keterlaluan sanggat. Contoh lah. Si suami nie cemburu tak tentu pasal sampai isteri dia nak bergaul ngan orang luar pon takleh. Dan ada juga cemburu yang boleh sampai menjadi kes membunuh. Si suami bunuh lelaki nie sebab isteri berbual biasa-biasa dengan lelaki tersebut. Kan boleh hancur rumah tangga tersebut.

Jejaka idea:betul juga kata-kata kau.

Nu_dias:kau asyik tanya aku. Kau pula??

Jejaka idea:aku pula apa?

Nu_dias:ye la. Kau tanya aku minat jejaka macam mana. Kau pula, minat gadis macam mana?

Jejaka idea:aku minat gadis macam kau

Nu_dias:kau nie. Suka main-main. Aku tanya betul-betul, kau jawab main-main lah pula

Jejaka idea:betul lah. Aku minat gadis macam kau. Semua ciri-ciri yang aku minat, ada pada kau

Nu_dias:yer ker?? Macam mana kalau cirri-ciri yang kau minat tu takde pada aku?

Jejaka idea:apasal kau kata cam tu??

Nu_dias:kau bukan tahu tentang diri aku secara mendalam pon. Mungkin kau tak tahu yang aku nie jahat jer.betul tak?

Jejaka idea:siapa kata aku tak kenal kau?? Aku kenal kau.

Nu_dias:eleh… kenal konon, macamlah kau pernah jumpa aku

Jejaka idea:aku pernah jumpa kau.

Nu_dias:yer ker?? Mana kau tahu aku adalah aku?

Jejaka idea:adalah. Biarlah rahsia… huhuhu

Nu_dias:W

Jejaka idea:W??

Nu_dias:whatever…

Jejaka idea:apa-apa je lah

Nu_dias:kau yakin ker itu aku??

Jejaka idea:aku terlalu yakin

Nu_dias:yer?? Macam mana kau tahu itu adalah aku?

Jejaka idea:macam tadi.. biarlah rahsia

Nu_dias:kau memang la

Jejaka idea:aku memang kacak. huhuhu

Nu_dias:eleh… mamat nie perasanlah.

Jejaka idea:kau tak caya ker aku kenal kau?

Nu_dias:ye. Takde bukti yang menunjukkan aku nie adalah dia yang kau sangka aku

Jejaka idea:okey…

Nu_dias:okey??

Jejaka idea:okey, aku akan buktikan. Esok… kau akan terima sesuatu daripada aku.

Nu_dias:yer?? Apa??

Jejaka idea:yang pasti bukan bunga. Sebab aku tahu, kau tak minat bunga.

Nu_dias:okey. Aku tunggu.

Jejaka idea:okey lah. Aku out dulu.

Nu_dias:ok.

Jejaka idea:salam

Nu_dias:wasalam.

Aku terus offline ym dan leptop. Rasa berdebar-debar juga. Takut dia betul-betul hantar sesuatu pada aku. Minta-minta dia tak hantar. Sebab aku tak nak dia kenal aku. Tapi aku rasa dia macam kenal aku lah. Sebab dia tahu nama betul aku. Tapi…. Arh!!! Peningnyer. Dan satu lagi. Dia tahu aku tak suka bunga. Takkan dia tu Ilham. Sebab Jejaka_idea, Idea bermaksud Ilham. Taknak… aku tak nak Ilham tu Jejaka_idea. Aku tak sanggup. Minta-minta bukan dia. Tapi Ilham tahu juga yang aku tidak suka bunga. Ya Allah, aku memohan padaMU yang Jejaka_idea itu bukan Ilham. Amin…

2 ulasan:

pu3 nonsense berkata...

wah suke2..tahniah... wah kte punye mint y sme.... kte suke semua nvl n komik y datul suke. curahan cinta niagara memg best..all the best ....

NuRa berkata...

@pu3 nonsenseye ke?? bgus lah...novel curahan cinta niagara mmg best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...