Pengikut

Sabtu, 27 Ogos 2011

Dia ??? 15


Sejak hari itu aku dan Darius tak pernah berbincang perkara itu. Aku tahu dia ingin tahu daripada mulut aku sendiri dan  bukan daripada mulut orang lain. Tetapi aku tidak ingin teringat kisah itu lagi. Biarlah aku melupakan Akip. Biarlah Akip pergi tinggalkan aku seperti mana aku ingin lupakan Akip.

Zaman bersekolah telah berlalu. Kini aku berada dizaman berkerjaan. Sekarang ini aku dan Shuhada berkerjasama memajukan kedai buku kami yang baru berusia setahun. Aku dan Shuhada mempunyai minat yang sama, iaitu mengenai buku. Sejak zaman persekolahan lagi aku dah minat novel. Dan sebabkan novel aku dan Shuhada berkerjasama. Dan disebabkan novel juga kau sedang giat menghasil karya. Walaupun tidak ia tidak bermakna di mata orang lain, tetapi bermakna dihatiku. Novel pertama aku yang bertajuk ‘aku, kau dan dunia’ boleh dikatakan laris juga. Nama penaku Nia Suraya. Tiada siapa yang tahu aku seorang penulis novel. Yang tahu hanyalah Shuhada, Syamimi dan Shahirah. Aku telah meminta diorang tidak bagi tahu pada Iqram, Tarmizi, Zam dan Darius. Aku tidak ingin mereka tahu, takut diorang gelakkan aku. Sekarang ini aku sedang giat untuk menghasil novel kedua aku, iaitu ‘tentang dia dihatiku’. Novel kedua ini  boleh dikatakan tentang Akip. Entah kenapa aku terfikir hero dalam novel keduaku ini boleh dikatakan adalah Akip. Entah sampai bila aku dapat lupakan kau Akip. Kenangan kita berdua masih kuat di ingatan aku.


Pagi tadi aku menerima panggilan daripada emak, emak memberitahu aku yang ayah di masukkan dalam wad kerana penat. Aku segera minta cuti kecemasan daripada pengetua. Sebaik sahaja aku tiba di hospital, aku segera mencari wad ayah. Sebaik sahaja jumpa. Emak berada di sisi ayah sedang berbual dengan ayah. Berbualan mereka terhenti apabila ayah melihat aku

“macam mana ayah boleh penat nie ayah?”soalku ingin tahu

“ayah kau nie Dania dia nak berkebun. Dia cuba angkat pasu bunga kertas. Entah macam mana dia dengan pasu tu terbalik. Ayah kamu apa lagi, penat gak lah. Kaki ayah kamu juga terseliur”terang emak.

“jadi ayah dah okey lah nie?”soalku lagi


“okey jugalah”kata emak.


“doktor tak kata apa-apa ke?”

“doktor kata okey je. Dalam dua tiga hari nanti ayah kamu boleh pulang”kata emak. Aku lihat ayah tersenyum-senyum

“kenapa ayah tersenyum nie?”soalku kepada ayah

“tak de apa-apalah. Kamu jangan risau tentang ayah, Dania”

“macam mana tak risau ayah, ayahkan tua dah, kenapa masih nak buat kerja macam tu lagi? Minta jelah bang chik wat kerja macam tu. Ayah rehat dah  lah”kataku

“sekali sekala. Bukan selalu ayah buat kerja macam tu. Sambil buat kerja, boleh senaman”


“ada banyak cara nak senaman, ayah”jawab aku

“sudah-sudahlah tu, biar ayah kamu nie rehat”kata emak. Aku hanya diam sahaja.

“sebelum emak terlupa, kamu tolong beli nasi bungkus dekat emak dan beli roti”minta emak. Aku hanya angguk dan berlalu pergi.

Sebaik sahaja aku selesai membeli nasi bungkus untuk emak, aku segera pergi beli roti di kedai yang berhampiran dengan kantin hospital. Sedang asyik aku memilih roti dan ingin bayar, aku tak sengaja telah melanggar seseorang. Roti aku terjatuh. Aku segera mengutipnya.

“maaf saya tak sengaja”kataku sambil memangdanyanya. Aku terkejut melihat orang yang aku langgar tersebut. Sudah bertahun aku tidak jumpa dengannya. Aku tidak tahu sama ada dia masih kenal aku atau tidak.

“Dania?”soalnya

“ye. Akip kan?”soalku pula inginkepastian

“ye. Lama kita tak jumpa”katanya sambil tersenyum

“lama jugalah. Aku segera membayar roti. Sebaik sahaja aku selesai membayar, aku dan Akip berjalan bersama-sama. Aku juga tak tahu hendak kemana

“jom kita pergi kantin, boleh berbual lama sikit”katanya, aku segera melihat jam di tangan.

“maaflah. Mungkin lain kali, Dania perlu hantar roti dan nasi bungkus ini kepada mak Dania. Emak sedang jaga ayah”kataku. Walaupun aku teringin ingin berbual dengannya tetapi entah kenapa aku rasa macam nak lari daripadanya.

“Dania hantar dahulu, lepas tu Dania datang semula  ke kantin. Akip tunggu kat kantin. Boleh?”cadangnya

“okey”sebaik sahaja aku hantar nasi dan roti kepada emak, aku segera pergi ke kantin. Sebaik tiba dimeja Akip. Aku lihat air teh’o limau berada dihadapanya.

“Dania masih minum air teh’o limau?”soalnya

“ye. Tak sangka Akip masih ingat”kataku

“tak semudah itu Akip lupakan minuman kegemaran Dania”aku hanya tersenyum

“so… Akip buat apa kat hospital? Melawat siapa?”soalku

“Akip kerja disini. Sebagai doktor”katanya sambil tersenyum.

“owh, akhirnya tercapai hasrat Akip nak jadi doktor ye.taniah”ucapku

“thanks. Hasrat Dania pula nak jadi guru, penulis dan ingin buka kedai. Tercapai atau tidak?”soalnya pula

“alhamdulillah, tercapai lah juga”jawabku. Kami terus berbual. Hinggalah aku meminta diri kerana ingin pulang. Sebelum aku pulang kami sempat bertukar nombor telefon

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...