Pengikut

Jumaat, 10 Ogos 2012

Kata Hati Aku 1

“aku sukakan Adil”kata-kata Aina mengejutkan aku yang sedang asyik membuat kerja sekolah sejarah.

“betul ke?”soalku ingin pasti. Hatiku berdebar-debar.

“betullah. Hampir setiap malam aku asyik mimpikan dia. Kau tahu, setiap kali dia berbual dengan kita, hati aku berdebar-debar. Rasa macam nak terkeluar sahaja. Dah lama aku pendamkan perasaan ini. Sejak awal tahun ini”aku terkelu untuk berkata-kata. Kenapa perlu aku tahu isi hati Aina terhadap Adil?

“habis itu, bila kau nak luahkan perasaan kau pada dia?” soalku ingin tutup gugupku

“aku tak pasti lagi. Kau agak, dia juga ada perasaan seperti mana aku ada perasaan dia tak?” soalnya aku sukar untuk menjawab.

“aku tak tahulah. Isi hati seseorang itu kita sukar mengetahui Aina. Tapi kalau ada keberanian, apa kata kau tanya dia”

“gila ke kau nie. Tak mahu aku tanya dia. Aku juga ada perasaan malu”

“pastu macam mana kau nak tahu dia sukakan kau atau tak”

“apa kata kau tanya dia. Tapi jangan bagitahu dia yang aku tanya”permintaannya membuatkan aku hampir-hampir pitam. Aina, jika kau mengerti perasaan aku ini, pasti kau akan tahu aku mempunyai perasaan terhadap Adil. Tapi apakan daya, manusia sukar untuk tahu perasaan seseorang itu

“boleh tak??” soalnya ingin kepastian

“untuk sahabat aku dunia akhirat, apa salahnya aku tolong kau” adakah persetujuan aku itu akan buatkan aku berasa gembira. Sudah pasti tidak. Jika boleh, aku ingin menolak permintaannya. Tapi dia sahabat aku. Biarlah aku lihat dia bahagia bersama orang yang dia sayang, dan aku menunggu insan yang sebenarnya.




“Adil”panggil aku. Dia asyik kerja sekolah karangan bahasa Melayu.

“kenapa?”soalnya tanpa mengalih arah pandangan dari buku

“aku nak tanya kau ni”

“tanyalah. Macam tak biasa pula”

“kau ada cintakan sesiapa tak?” dia lihat aku. Aku cuba tersenyum

“kenapa kau ingin tahu?”

“saja. Untuk pengetahuan semasa”aku cuba bergurau selagi boleh

“untuk pengetahuan semasa. Kau nie cuba buat lawak ke? Tak ada maknanya pengetahuan semasa. Kau buat aku nie macam artis lah pulak”

“okey apa. Kau cubalah jawab soalan aku tu”pujukku.

“tipulah kalau aku tak cintakan seseorang”

“siapa? Aku kenal tak?”soalku ingin tahu dengan hati berdebar-debar

“kau kenal dia, dan dia sangat rapat dengan diri kau”kata-katanya membuatkan aku terkelu. Adakah dia juga cintakan Aina? Aku ini hanya sahabat dia sahaja. Erm… aku cuba kawal reaksi muka aku.

“siapa? Cubalah bagi tahu aku”

“nanti-nantilah. Lagipun sekarang masa yang tidak sesuai. Lagipun tak lama lagi kita akan exam SPM”

“okey. Pastikan kau bagitahu aku”

“ya lah. Kau macam mana?? Ada sukakan sesiapa tak?”

“ada”jawabku

“siapa”

“kau”

“aku?”

“ya lah”

“biar betul kau nie”soalnya ragu-ragu

“ye lah, kalau aku tak suka kau, pasti aku tak anggap kau kawan aku”dia ketawa. Aku hanya tersenyum

“kau buat aku cuak je”

“kau yang fikir macam-macam”

“dah kau bagi tau dengan muka serius. Mau aku tak anggap macam-macam. Jadi aku nak tanya kau ni, kau ada cintakan siapa-siapa tak?”

“cinta aku untuk suami aku je”dia seperti tidak percaya akan kata-kataku

“tak akan kau tak mahu bercinta sebelum kahwin?”

“mahu, tapi biarlah. Itu tak penting pon. Yang penting perasaan cinta terhadap suami itu yang penting. Bagi aku cinta sebelum kahwin tak semestinya akan kekal. Kadang kala, bercinta bagai nak rak tapi last-last kahwin dengan orang lain”kataku panjang lebar. Dia hanya mendengar kataku sambil angguk kepala.

“betul juga kata-kata kau tu. Tapi aku nak tahu sama ada kau ada simpan perasaan pada sesiapa tak?”

“tipulah kalau tak ada, aku pon manusia yang sangat biasa”

“jadi adalah?”

“yelah”

“siapa? Jangan kau kata aku sudahlah” kata-katanya buat aku terdiam sebentar. Adakah aku tidak layak untuk kau Adil?”

“rahsia dihati tak siapa yang tahu, Adil”jawabku

“apa salahnya kau kongsi rahsia hati kau itu dengan kawab baik kau nie”rupa-rupanya kau hanya anggap aku sebagai kawan baik sahaja. Memang aku perlu buang perasaan ini

“tak perlu kau tahu. Okeylah, aku nak balik dulu. Lagipun dah lewat nie” aku terus berlalu tinggalkan dia 

2 ulasan:

iera azam berkata...

Hai. :) Ada sambungan Kata Hati Aku 2 tak? Maca best je. :D

iera azam berkata...

*macam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...