Pengikut

Khamis, 9 Jun 2011

Dia ??? 14



Sebaik sahaja exam SPM yang terakhir selesai, kami segera keluar daripada dewan. Aku segera pergi ke Shuhada, Syamimi dan Shahirah.

“amacam exam tadi? Okey tak?”soalku sebaik sahaja tiba dihadapan Syamimi

“kitorang okey je. Kau macam mana?”soal Shuhada

“macam korang juga. Sama ada betul atau salah je. Lepas nie kita nak pergi mana? Takkan nak terus pulang kot. Kita enjoy-enjoy dulu”kataku

“tadi Zam ada bagitau aku, suruh kita pergi rumah Darius sebaik sahaja selesai exam”kata Syamimi.

“apasal pulak?”soal Shahirah ingin tahu. kau pon ingin tahu juga kenapa.

“kak Mira buat jamuan sikit kat kita-kita je. Sebab dah takde exam SPM.kiranya nak kita enjoy le setelah kita dok study je ”terang Syamimi.Kak Mira adalah kak kepada Darius. Kak Mira guru di sekolah rendah yang tidak jauh dari sekolahku.

“baguslah. Jomlah kita pergi sekarang”kata shuhada.aku hanya angguk sahaja sebagai tanda setuju

“tak nak tunggu Iqram, Zam dan Tarmizi ker?”soal Shahirah

“tak payah lah. Nanti-nanti diorang pergi sendirilah. Macamlah diorang tak tahu rumah Darius”kataku. kami segera mengambil beg di surau dan terus pergi ke rumah Darius, tanpa menunggu Iqram, Zam dan Tarmizi.


“wah Kak Mira, wanginya masakan kak”kata Syamimi sebaik sahaja Kak Mira menjemput kami masuk ke rumahnya

“ye lah kak, kak masak apa?”soalku. aku meletakkan beg diatas sofa. Sebaik sahaja letak kami semua terus masuk ke dapur

“kak masak mee goreng basah. Kamu semuakan suka. Itupasal akak masak. Pastu akak ada sediakan puding kiwi dan oren. Pastu akak suruh Darius beli makanan ringan, sebelum dia pulang”kata Kak Mira.terkedu kami berempat seketika. gila banyak

“aduh kak, semua itu makanan kegemaran sayalah kak. Kak nie memang best lah”kataku. kami semua memang rapat dengan Kak Mira. Ibu bapa Darius sudah meninggal dunia. Jadi yang tinggal hanya dia dan Kak Mira sahaja.

“ada-ada jelah kamu nie. Darius yang suruh akak masak semua tu. Akak ikut je”kata Kak Mira.

“kak nak kami tolong apa-apa tak?”tanya Shuhada

“kamu pergi ketuk ais tu. Akak dah suruh Darius beli air 100 plus”jawab Kak Mira. Aku dan Shuhada mengabil ais di dalam peti sejuk. Manakala Syamimi dan Shahirah sediakan puding untuk di hidang. Sebaik sahaja aku dan Shuhada siap ketuk ais, Darius, Zamzuri,Tarmizi dan Iqram tiba. Darius datang kepadaku

“macam mana exam tadi, boleh buat tak?”soal Darius. dia mengeluarkan air botol 100 plus dari plastik. Lalu dia bukakan tudung botol dan tuangkan kedalam jag yang telah aku dan Shuhada sediakan.

“alhamdulillah, boleh jawab. Tapi tak tahu sama ada banyak betul atau tak je. Kau?”soalku pula padanya.

“macam kau juga. Tapi alhamdullilah, banyak juga yang aku boleh jawab”katanya

“ye ker? Baguslah”kataku sambil membawa jag tadi kepada Syamimi. Kemudian aku pergi semula ke Darius. untuk mengambil makanan ringan untuk bagi kepada Syamimi. Sebaik sahaja semua selesai, kami berkumpul di dihadapan makan-makanan yang disediakan. Sebelum kami mula makan, Tarmizi telah membaca doa. Sebaik sahaja selesai kami mula makan makanan yang telah di sediakan sambil berbual-bual.

“sedap?”tanya Darius yang duduk sebelah kananku.

“sedap, pandai kak kau masak”kataku

“aku sengaja suruh Kak Mira masak mee goreng basah. Aku tahu kau suka makan mee goreng basah”kata Darius

“buat susah kak kau je”

“takdelah. Lagipun mee goreng basah makanan kegemaran aku juga. Itu pasal aku suruh kak aku masak”terangnya

“sejak bila kau suka? Aku tak tahu pon”tanyaku hairan. Setahu aku dia suka Nasi ayam tomato

“sejak aku kenal kau lah”jawapannya mengejutkan aku. mungkin dia sengaja jawab macam tu.

“owh. Mana kau tahu aku suka makan mee goreng basah?”soalku hairan

“adalah”jawab Darius

“korang berdua nie asyik berbisik-bisik je. Kenapa?”tanya Iqram yang duduk di hadapanku. Aku dan Darius hanya tersenyum je

“apasal? Kau cemburu ker?”soal Darius mengusik. muka Iqram masam je

“tak de maknanya aku nak cemburu. Lagipun apasal aku nak cemburu pulak”katanya

“ye la, kau kan tak leh berbisik-bisik dengan si dia tu.Si diakan duduk nun sana”kata Darius. aku tahu siapa ‘dia’ itu. Dia adalah Shahirah yang duduk disebelah kak Mira.

“mana ada”aku tersenyum

“ye la tu”usik Darius lagi

“ye la”

“tak baik tau simpan lama-lama perasaan tu”kataku sambil tersenyum.

“kau pon sama Dania. Kaukan masih sukakan dia”kata Iqram tanpa berfikir. Aku yang tadi asyik makan terus berhenti. Aku segera mengambil air aku, lalu ku minum. Aku hanya diam sahaja.


“maaf Dania, aku terlepas cakap. Maaf ye”katanya bila menyedari kata-katanya yang tadi menguris perasaanku. Aku hanya angguk perlahan sahaja

“takpe. Aku tahu bukan niat kau”kataku. Darius memandangku dan Iqram. Mungkin dia tak tahu perasaan aku kepada Akip.

“siapa dia yang kau maksudkan itu Iqram?”soal Darius yang ingin tahu. Aku segera berlalu meninggalkan mereka. Aku segera ke bilik air, lalu ku basahkan muka aku dengan air. Aku lihat cermin. Kau harus lupakan dia, Dania. Harus!!!.mungkin dia sudah ada awek. Kau harus lupakannya. Tidak lama kemudian aku keluar dari bilik air. Darius lihat aku dengan pelbagai maksud. Aku juga tidak mengerti disebalik matanya yang memandangku. Mungkin dia sudah tahu siapakah dia itu. Biarkan jelah.buat dek dah lah

“kau nie apasal? Tengok aku semacam je”tanyaku sebaik sahaja duduk di tempat tadi

“adalah. Kau okey ker?”kata Darius

“apasal tak okey lak. Mestilah okey je” sebaik sahaja kami semua selesai makan, kaum hawa iaitu aku, Kak Mira, Shahirah,Syamimi, dan Shuhada mengemas. Manakala kaum Adam pula hanya berbual sahaja. Aku lihat diorang berbual serius. Apa yang serius pon aku tak tahu. Yang pasti mungkin ada mengena dengan diriku. Sebab Darius kejap-kejap mesti melihat aku. Malaslah nak ambil tahu. Lantak dioranglah.

***

“kau masih sukakan dia ker?”tanya Darius pada suatu petang dirumah aku. Aku hanya memandangnya

“kau nak air?”soalku ingin ubah topik. Aku malas nak berbual tentang perkara tersebut. Kalau boleh aku tak ingin dia tahu siapakah Akip dihati aku. Tapi aku rasa mustahil. Kerana aku yakin yang dia sudah tahu siapa Akip dihatiku.

“kau boleh tolong tak? Tolang jangan ubah topiklah Dania”kata Darius serius

“dan aku juga ingin minta tolong dekat kau. Tolong jangan nak cakap tetang perkara ini. aku rasa kau sudah tahu daripada Iqram, Zam, dan Tarmizi. Dan aku tak rasa kau perlu dengar lagi dari mulut aku. Aku minta sangat jangan nak cakap pekara ini lagi dengan aku. Aku merayu”

“baiklah. Tapi aku harap kau akan cerita dekat aku suatu hari nanti. Aku tetap akan tunggu”kata-katanya membuatkan aku terkedu

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...