Pengikut

Jumaat, 14 Ogos 2009

Cerpen:Pertolongan



Aku segera ke distinasi yang telah dijanjikan. Aku berjanji dengan adik angkatku, Iylia berjumpa di kafe Elel. Entah kenapa pagi tadi dia mengesa aku berjumpa dengannya. Apabila aku sampai di kafe Elel, dia sudah tiba dengan seorang lelaki disisinya. Aku segera pergi padanya.


“Iylia”sapaku padanya. Dia segera pelukku. Aku terkejut.”kenapa nie?”tanyaku


“akak Aiza perlu tolong Iylia”katanya. Aku segera duduk dihadapan Iylia. laluku minum air yang berada dihadapan aku. Aku tahu Iylia sudah pesan minuman untukku.


“kalau akak boleh tolong, akak tolong”mataku sempat menoleh kearah lelaki yang duduk sebelah Iylia.


“Iylia nak akak menyamar sebagai awek abang Iylia”kata-kata Iylia membuatkan aku betul-betul terkejut.


“tak naklah”itu sahaja yang aku katakan padanya.


“tolonglah akak. Tiada siapa lagi yang boleh tolong Iylia. kalau akak tak tolong, abang Iylia akan kahwin dengan pilihan ibu”


“kenapa tak biarkan je? Dan lelaki nie siapa?”tanyaku


“lupa pula nak Iylia kenalkan. Inilah abang Iylia. namanya Hasrul. Dialah yang kena kahwin dengan pilihan ibu. masalahnya pilihan ibu Iylia tu, perempuan gedik, dengar kata lagi dia tu banyak teman lelaki. Boleh tak akak tolang? Iylia harap sangat. Iylia tak sanggup nak biarkan abang Hasrul kahwin dengan perempuan tu. Lagipun perempuan tu nak kan harta sahaja. boleh ye akak tolong Iylia. please…”merayu Iylia padaku. Hasrul hanya diam sahaja.


“maaflah Iylia, bukan akak tak nak tolong. Tapi… susahlah. Nanti banyak masalah pula”alasanku


“saya harap sangat yang awak boleh tolong saya”kata-kata itu keluar daripada mulut Hasrul. La, aku ingat dia ie bisu dah.


“kenapa awak tak suruh sahaja awek awak”cadangku


“masalahnya akak, abang Iylia nie takde awek. Itu pasallah. Umur nak dekat 30 tapi tak kahwin-kahwin lagi. Please akak”rayu Iylia...aku taksampai hati nak tolok dan sanggup aku nak ikut cadangan gila nie....


“macam inilah, biar akak fikir dulu. Kalau sudah ada keputusan, akak bagitahu” kata putusku


“terima kasih akak. Iylia harap keputusan akak itu berita yang baik kepada kami. Iylia harap sangat”


*****
“akak setuju”sebaik sahaja mendengar kata-kataku, iylia terus pelukku. “tapi Iylia perlu tolong akak”sambung kataku


“boleh akak. Tapi apanya?”soal Iylia ingin tahu


“akak perlu tahu seba sedikit tentang Hasrul. Kalau tak, nanti tak pasal-pasal kantoi”kataku


“boleh akak. Abang Hasrul, doktor di…..”terang Iylia padaku. Aku hanya dengar dengan penuh perhatian


*****


Sebaik sahaja aku berjumpa dengan Datin Amira aku terus nak bersalam. Tetapi, Datin Amira terus pelukku dengan erat.


“inilah bakal isteri kamu Hasrul?”tanya Datin Amira


“ya ibu, namanya ialah Nur Aiza”kata Hasrul, aku hanya angguk sahaja


“Nur Aiza…”belum sempat Datin Amira cakap aku terus potong cakapnya.


“Datin tak perlulah panggil Nur Aiza. Panggil Aiza sahaja”katku dengan mesra.takut dianggap sombong pula


“kalau macam itu, Aiza juga jangan panggil Datin, tapi panggil Ibu”aku terus mengangguk, pada asalnya aku teragak-agak juga. Tapi bila melihat senyuman ikhlas daripada Datin Amira terus aku setuju.


“mari kita makan. Papa Hasrul sudah tunggu dimeja makan dengan Iylia. kamu sudah tentu kenal Iylia”aku hanya mengangguk dan mengikut sahaja langkah Hasrul


*****


“hujung minggu ini kita pergi rumah ibu bapa Aiza, ya bang?”tanya Datin Amira pada Dato’ Imran iaitu papa kepada Iylia dan Hasrul


“nak buat pergi sana?”tanya Dato’ Imran


“kita hantar rombongan meminang Aizalah. Tak sabar saya nak menantukan Aiza”kata Datin Amira


“meminang?!!”kata aku, Iylia dan Hasrus serentak.


*****


“sekarang ini macam mana?”tanya sebaik sahaja kereta Hasrul bergerak meninggalkan rumahnya


“macam mana apa?”tanyanya.aku tak tahulah dia betul-betul tak tahu atau sengaja tak tahu


“soal meminangan itu lah”aku lihat Hasrul hanya tenang sahaja memandu.kadang-kadang sakit hati aku juga bila tengok perangai dia macam nie.meyampah+meluat+..+..=geramji


“entah la”aku berasa geram apabila mendengar jawapan bersahaja daripadanya


“entah la? Hasrul, awak sedar tak yang kita akan bertunang? BERTUNANG… saya tak nak. Sudahlah tadi saya tipu macam-macam pada ibu papa awak. Awak tak kesian ker pada mereka?”kataku dengan saya.aku terkenang saat aku bertemu dengan ibu.macam-macam terpaksa aku tipu...padahal dalam hati aku..aku tak mahu tipu.


“jadi?”soalnya ringkas


“jadi, apa kata awak terangkan pekara sebenar pada ibu papa awak, Hasrul. Saya tak nak bertunang dengan awak. Lagipun sudah pasti awak juga tak nak bertunang dengan saya, bukan?”


“Aiza, bertunang tak tentu lagi berkahwin. Apa kata kita ikut sahaja cakap ibu papa saya. Lagipun apa salahnya, kita bertunang sahaja, bukan maknanya kita kahwin. Selepas beberapa bulan, kita putus sahaja pertunangan tersebut”


“awak senanglah, awak lelaki. Saya nie perempuan. Mana nak letaknya maruah saya sebaik sahaja kita putus. Nanti mesti ramai kata tentang saya bukan-bukan. Tak naklah saya”alasanku


“saya janji, tiada siapa yang kata pada awak. Kalau awak setuju. Kita bertunang tiga bulan sahaja. nanti saya akan minta putus. Saya harap awak setuju. Lagipun awak tak kesian pada Iylia, yang bersusah demi tak nak saya kahwin dengan perempuan pilihan ibu saya. Awak tak kesian ke?”betul juga kata Hasrul, kesian Iylia. tapi.. nanti aku juga dapat masalah.


“awak cuba fikir dahulu, nanti baru awak buat keputusan”katanya lagi sebaik sahaja sampai dirumahku. Aku segera keluar tanpa menoleh melihatnya.


*****


Akhirnya aku bertunang juga dengan Hasrul. Entah kenapa ringan sahaja mulut aku berkata ‘ya’ sebagai tanda aku setuju selepas aku berfikir semalaman. Orang yang paling gembira ialah umiku, kerana akhirnya anak bongsunya akan menamatkan zaman bujangnya. Tanpa umi sedar kami hanya akan bertunang hanya tiga bulan dan tidak akan kahwin. Pertunangan kami telah ditetapkan hanya 5 bulan saja dan kami akan kahwin. Tapi seperti aku kata tadi 3 bulan sahaja kami bertunang dan selepas itu hubungan kami stop.


Kalau umi tahu tentang rancangan gila ini, pasti umi sedih dengan perangai aku. Aku betul-betul rasa serba salah terhadap umi.maaf umi


*****


Dua bulan kemudian…


Aku segera pergi rumah ibu. Kerana ada majlis ulang tahun perkahwinan ibu dan papa. Aku sudah terbiasa panggil mereka dengan panggilan ‘ibu’ dan ‘papa’. Hubungan aku dan Iylia semakin rapat. Manakala hubungan aku dan Hasrul, hampeh. Sorang kiri sorang kanan, kami selalu degil antara satu sama lain. Tapi kalau di depan ibu dan papa. Pijak semut pun tak mati. Ye la hubungan kami penuh dengan kepura-puraan.


Sebaik sahaja aku lihat ibu, aku terus pergi padanya. Tapi langkahku terhenti apabila melihat ibu sedang berbual dengan seorang perempun saya seakan-akan sebaya denganku. Cantik orangnya, penuh dengan sopan santun. Aku segera pergi ke Iylia.


“Iylia, siapa perempuan yang berbual dengan ibu?”


“owh… itu kak Liza. Itulah pilihan ibu”katanya. Aku betul-betul terkejut mendengar kata-katanya. Itukah perempuan yang dikatakan oleh Iylia dan Hasrul? Tetapi aku lihat dia tidaklah macam yang dikatakan meraka. Perempuan gedik? Tapi aku lihat dia perempuan penuh dengan keayuan. Memang untung siapa yang dapatnya. Aku terus tinggalkan Iylia. aku duduk dia atas buaian yang berada tidak jauh daripada tempat ibu berbual dengan Liza. Aku hanya memerhatikan mereka sahaja.


Aku lihat Hasrul berbual dengan Liza. Entah kenapa ada satu perasaan yang pedih dihatiku. Adakah aku sudah jatuh cinta dengan Hasrul?. Arh… pasti tidak. Aku lihat Hasrul berbual mesra dengan Liza. Kalau dia tidak suka dengan Liza, kenapa dia berbual dengan Liza dengan mesranya. Kenapa?


*****


“kau ada masalah ker Aiza?”tanya Syam padaku


“tak adalah.kenapa kau tanya aku macam itu?”


“Aku tengok kau asyik temenung jer dua tiga hari nie. Kenapa? ”


“tak ada apa”aku pun tahu kenapa dengan aku.ermmm


“kau risaukan perkahwinan kau ker, jangan risau. Mesti ok punya. Aku pun macam kau juga bila nak kahwin. Tapi bila sudah kahwin, rasa rugi pula tak kahwin awal-awal”kata Syam panjang lebar.


“kau nie. Sudah la, aku nak keluar makan. Kau nak join sekali? Lagipun aku sorang saja”


“boleh juga, nanti aku dengan isteri kesayangan aku jumpa kau di tempat biasa. Aku perlu jemput Mar dulu”


“ok”


*****


“mana Mar?”tanyaku apabila Syam duduk dihadapan aku.


“dia pergi beli novel sekejap. Nanti dia datang lah. Kau bukan tak tahu, sejak Mar mengandung, dia asyik sunguh baca novel. Sampai aku rasa nak jer buang novel-novel dia”


“owh…”kami terus pesan makanan. Aku terasa macam ada seseorang tengah memerhatikan aku. Aku cuba melihat sekelingku. Rupa-rupanya Hasrul yang lihat aku. Dia bersama dengan Liza. Biarkan je lah, aku tiada hak untuk campur hal peribadinya. Tidak lama kemudian mereka keluar restoren. Entah kemana mereka pergi, aku juga tak tahu. Sebaik sahaja Mar datang, kami terus bersembang. Dan Mar tanya masalah yang aku hadapi. Dan aku ceritakan semuanya, selepas dia paksa aku ceritakan. Aku cerita tentang perasaan aku pada Hasrul.


*****


Pada esok harinya, aku keluar bersama-sama dengan Hasrul. Atas permintaanya, aku setuju


“kenapa nak sangat jumpa dengan saya nie?”tanyaku acuh tak acuh. Entah kenapa aku tiada mood untuk berbual dengannya


“kenapa? Awak sudah jemu nak jumpa saya?”katanya dengan nada sinis


“takde la, tiba-tiba je. itu pasal saya hairan”kataku.aku pelik melihatnya. macam nak tak nak je jumpa aku.padahal dia yang ajak aku.entah pape dia nie


“atau awak tak suka keluar dengan saya?”soal Hasrul


“seperti saya kata tadi, saya hairan sahaja”


“saya nak bincang tentang pertunangan kita”katanya. Owh.. hal tu ker…


“so?”soalku bersahaja.aku sudah bosan dengan semua nie.walaupun aku sayang dia


“kita teruskan jer la”katanya


“putus tunang?”soalku untuk mendapat kepastian


“ah’ha. Amacam? Awak setuju?”katanya.aku lihat dia. dia macam rela sahaja.mungkin dia tiada perasaan dekat aku seperti mana perasaan aku padanya


“ok jer. Seperti awak janji. Awak akan minta putus”kataku padanya. Walaupun berat hatiku untuk berkata macam itu, tetapi kalau itu kehendak Hasrus, biarkan je lah.aku tiada untuk menghalang kerana kami sudah berjanji


“kalau macam itu, minggu depan saya dan keluarga saya akan pergi rumah awak”


“ok”itu sahaja kata-kataku. Kalau aku terus berada di situ, sudah pasti air mutiaraku akan jatuh.”ok, saya balik dulu. Semoga awak bahagia”aku terus tinggalkannya.sebaik sahaja tiba di kereta...aku menagis sepuas-puas hatiku. selamat tinggal Hasrul


*****
Tiga bulan kemudian…


2 November 2008, pada hari inilah aku akan berkahwin dengan Hasrul. Tetapi, selepas putus tunang dengan rasminya, seminggu kemudian aku telah bertunang dengan seorang lelaki pilihan umi, iaitu Aizat. Aku tak kenal Aizat. Berjumpa pun tak pernah.lagipun aku pon malas nak jumpa Aizat. nanti aku rasa serba salah sebab bertunang dengannya. Tetapi umi selalu kata Aizat selalu datang rumah. Mungkin dia datang waktu aku tiada dirumah, mungkin.


Berdebar-debar juga hatiku. Sebaik sahaja selesai akad nikah, suamiku datang untuk menyarungkan cincin padaku. Lalu aku bersalam. Apabila aku melihat muka suamiku a.k.a Aizat, aku terkejut.


“Hasrul?”Hasrul hanya senyum sahaja memandang aku.aku betul-betul keliru. 


“nanti abang ceritakan”abang? Nak termuntah aku dengar. Huhuhu


*****
Didalam bilik pengantin, aku gelabah. Tiba-tiba aku teringat Sir Mano, Sir aku selalu kata gelabah biawak lah dan macam-macam lagi berkaitan dengan biawak. Lucu pula teringat zaman bersekolahan. Tanpa aku sedar, Hasrul sudah berdiri dihadapan aku.aku terus tanya padanya


“apa semua ini, Hasrul?”soalku ingin tahu.betul-betul aku  nak tahu.


“apa?”itu sahaja jawapanya.laki aku nie memang nak kena luku betul dengan aku.ish!


“apa awak kata. Awak sedar tak yang kita berkahwin. Bukan ke kita sudah putus Hasrul?”


“memang Aiza dan Hasrul sudah putus. Tapi Aiza dan Aizat dah bertunang dan secara automatiknya pertunangan Aiza dan Hasrul pun bersambung balik”


“sampai hati awak buat saya macam ini. Awak sedar tak yang awak sudah kecewakan saya dengan perkahwinan ini?”


“masa bila abang kecewakan sayang. Abang rasa sayang juga seperti abang. Kita saling mencintai bukan?”katanya dengan tenang.saling cinta mencintai.maknaya dia cintakan aku???


“siapa kata? Saya tak kata yang saya cintakan awak, Hasrul.”dalihku


“Syam yang cerita”


“Syam?”masa bila pula diorang jumpa.aku rasa..aku tak pernah kenalkan diorang selain waktu makan dekat restoren.


“mesti Sayang hairan, macam mana abang jumpa dia bukan?. Abang jumpa syam waktu dia tengah shopping dengan Mar. abang terus jumpa Syam dihadapan Mar. tanya hubungan antara dia dengan Mar. abang terkejut bila Syam kata Mar itu isteri dia. pastu abang tanya siapa sayang pada syam. Mar tergelak bila abang tanya macam tu. Mar siap tanya lagi, ‘awak nie hasrul ker’ abang pun yakan jer la. lepas tu Mar ceritakan semuanya. Baru abang tahu perasaan sayang pada abang”terangnya


“habis itu hubungan abang dengan Liza?”soalku ingin tahu. takkan dia tiada hubungan apa-apa dengan LIza


“Sayang cemburu ker?”usiknya


“tak lah, suka sangat”perliku.dah tahu..buat-buat tanya pula


“hubungan abang dengan Liza hanya kawan sahaja. tak lebih tak kurang. Memang asalnya Liza itu menantu pilihan ibu. Tapi ibu faham. Dan ibu tak paksa abang pun kahwin dengan Liza”


“kalau ibu tak paksa, kenapa pula Iylia minta tolong dengan sayang supaya menyamar jadi awek abang?”tanpa aku sedar, aku tersasul panggil Hasrul ‘abang’...namaku diganti sayang. Mukaku pasti merah menahan malu


“tak usahlah malu. Lagipun kitakan suami isteri. Berbalik soalan sayang. Mungkin sayang tak perasan, kita pernah jumpa. Di universiti dulu. Waktu itu abang nak hantar Iylia berdaftar. Kita pernah terlanggar, dan banyak kali juga kita terjumpa.tapi abang tak berani nak tegur sayang. bertahun jugalah abang merana, sebab jatuh cinta dengan sayang. Lepas tu abang terjumpa fota sayang dengan Iylia. abang pun minta tolonglah. nak berkenalan dengan sayang. Tapi sayang dah tolak salam perkenalan daripada abang”ceritanya


“masa bila pula?”tanyaku hairan


“ada, melalui Iylia juga. Mungkin sayang tak ingat. Selepas beberapa bulan kemudian, abang dengan Iylia buat rancangan konon-konon abang kena bertunang. Dari situlah kita berkenalan”


“owh…”aku gembira akhirnya kami bersama juga.

4 ulasan:

♥nyeto89♥ berkata...

hehehe
bez :)

NuRa berkata...

@♥yaya♥TQ2 :D

meowluvie berkata...

aduh, cte ni best, tp ending die short r..pnjg lg bessssstttt...ngee :D

NuRa berkata...

@arilman0224 tq... nanti2 cerita lain akan saya buat pnjang :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...