Pengikut

Selasa, 8 September 2009

DaTuL 7

“adik, abang nak tanya nie”kata Abang Izat pada petang

“apa?”tanyaku.

“adik dengan Ilham tu ada apa-apa ker?”aku yang sedang minum air terus tersedak mendengar soalan daripada abang Izat. Aku pandang abang Izat, aku dapat lihat yang abang Izat serius tanyakan soalan itu padaku.

“soalan jenis apa tu”kataku

“soalan jenis peribadi ke soal hati. adik ngan Ilham ada apa-apa ker?”ulang abang

“erm… entah lah”aku dek tak dek sahaja. sebenarnya aku malas nak jawab soalan itu

“entahlah sahaja. mangkuk sunguh adik nie. Jawablah betul-betul”desak abang

“macam mana nak kata ya. Erm... mungkin ada, mungkin tidak. Tapi rasanya ada kot. Yer lah adik ngan Ilhamkan kawan. Abang pon ada gakkan hubungan dengan dia”kataku. Aku melihat rancangan televisyen yang menarik perhatian aku

“kalau dia ada perasaan dekat adik macam mana?”

“biasalah. Perasaan kawankan. Adik pon ada gak perasaan tu”

“tapi kalau dia ada perasaan istimewa macam mana?”soal abang lagi. abang aku nie tak jemu ker tanya soalan lebih kurang sama jer. aku pun dh naik bosan

“erm… terpulang pada dialah. Tapi kalau dia ada perasaan macam mana pon, adik tetap dia tak lebih, tak kurang anggap dia sebagai kawan sahaja. lagipun malaslah nak fikir perasaan apa-apa lah”sebaik sahaja cerita yang tengok sebentar tadi tamat, aku terus mengatur langkah pergi ke bilik. Aku terus pergi ke leptop kesayanganku itu lalu aku online ym yang aku punya.

“takkan adik takde sebarang perasan dekat dia?sedikit pon takde ker?”lah.. abang Izat ikut sampai ke bilik lah pula. Lantaklah.nanti-nanti dia bosanlah dengan jawapan aku

“takde lah abang kesayanganku. Adik anggap dia tak le…”

“tak lebih, tak kurang”sambung abang Izat.dah tahu tanya pula.apa jenis manusialah. Aku lihat jejaka_idea online. Aku terus buzz dia. aku terdengar bunyi pintu ditutup. Aku lihat sekeliling. Abang Izat sudah keluar. Mungkin bosan mendengar jawapan yang sama

Jejaka_idea: salam

Nu_dias: wasalam. Apa khabar?

Jejaka_idea: baik jer. Sihat?

Nu_dias: sihat. Nak tanya nie, macam mana tahu nama aku?

Jejaka_idea: lah… igat tanya apa tadi. Adalah. Biarlah rahsia. huhuhu

Nu_dias: bagilah tau.

Jejaka_idea: malaslah. Nanti2 aku bagitahu.

Nu_dias: ala ko nie. Ko memang. Nie yg aku nak mrajuk nie.

Jejaka_idea: merajuklah. Aku tak kisah.macamlah aku nak pujuk

Nu_dias: ko memang lah. Sudahlah. Aku out dulu.

Jejaka_idea: amboi… macam mrah jer

Nu_dias: xlah. Suka sgt


Aku terus offline. takde hati nak chatlah ngan jejaka_idea. Baik aku tidur. Lagipun esok aku ada mesyuarat dengan En. Shah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...