Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Dia ??? 12


Pada hari ini, aku pergi sekolah dengan gembira. Kerana aku tersangat gembira, emak aku pula pelik dengan perangai aku. Sebab hari ini bangun awal dan pergi sekolah pada pukul 6.50 pagi. Tak lebih, tak kurang. Tepat-tepat sampai sekolah pukul 6.53 pagi. Mungkin aku gembira kerana aku dengan Shahirah sudah menjadi kawan. Kalau dahulu aku dan dia macam jadi musuh. Memanglah dulu aku kata dia minah gedik. Tapi bukan niat aku kata cam tu pon. Kata jer pon. Huhuhu.

Sebaik sahaja aku sampai ke kelas, aku melihat kelas masih gelam lagi. Mungkin kawan sekelas aku tidak datang lagi. Aku terus mencari suiz lampu. Sebaik sahaja lampu menyala, aku terkejut. Rupa-rupa ada orang yang lebih datang awal daripada aku, iaitu Iqram. Dia hanya tersenyum melihat aku. Aku membalas senyuman dia itu.

“awal kau datang”kataku sekadar menghilang sunyi antara kami yang sejak tadi kami hanya diam sahaja selama 5 minit. Aku lihat dia teragak-agak hendak bercakap dengan aku.

“aku memang selalu datang awal. Bukan macam kau, selalu datang lewat” perlinya. Aku gembira dengan kata-kata dia. Kata-kata dia tidak menunjuk yang dia suka dekat aku. Baguslah macam itu. Mungkin dia dalam proses untuk melupakan aku. Seperti mana aku ingin melupakan Akip. Aduh… aku pergi ingat Si Akip tu apasal. Lupakan dia, Dania. Lupakan dia!

“kau dah sarapan?”tanyaku.

“belum”itu sahaja kata-katanya. Aku tersenyum

“jom kita pergi kantin. Aku tak makan lagi nie”ajak aku. Memang aku tak sarapan lagi. Sebab aku memang selalu sarapan di sekolah. Aku lihat dia terpaku dan teragak-agak untuk menerima ajakan aku itu. “jomlah. Kau tak kesian ker ngan kawan kau nie, tengah kelaparan nie”aku buat mimik muka cute. Huhuhu.

“okey la, aku teman kau”aku melompat. Yes yes dia terima. Perangai aku nie memang macam budak-budak sikit. Ramai dok kata tentang perangai aku. Aku hanya buat dek je. Biarlah, hidup aku. Hidup hanya sekali. Janji aku puas.

“kau nak apa?”tanya dia dalam perjalan menuju ke kantin

“kau nak belanja ker?”tanyaku. kalau dia nak belanja, aku on je. Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari.

“aku tolong beli je lah. Nanti kau kasi duit kat aku lah”jawab dia. Cis, ingat nak belanja.

“ala, kau belanja je lah. Kaukan tak kisah. Bukan selalu aku minta kau belanja”kataku manja. Saja aku nak manja-manja dengan dia. Sebab aku tahu, dia faham dengan perangai aku

“ye lah. Aku belanja. Kau nak makan apa nie?”soalnya. dalam otak aku nie tengah terbayang roti coklat, kuih donat satu.huhuhu

“roti coklat, kuih donat dan air”kataku. Kami terpisah. Aku pergi ke meja manakala dia pergi ke tempat menjual makanan. Tidak sampai 5 minit. Makanan yang aku pesan dan makanan dia dihadapan aku. Dia duduk dihadapan aku. Aku lihat menu dia dan menu aku lebih kurang sama je. Yang bezanya ialah bilangan donat. Dia telah beli donat 5. Banyak gak tu.

“ini yang kau punya” Roti coklat, air dan donat 4. Aku hairan. Bukan aku kata donat satu je ker? “aku saja beli donat lebih. Aku tahu, itukan kuih kegemaran kau. “Nanti-nanti kalau kau lapar, kau makan dalam kelas, kau kan selalu makan dalam kelas”sambungnya. Dia nie macam tahu-tahu je perangai aku.

“thanks”aku minum air sedikit. Kemudian aku makan roti coklat. Sedang kami makan, aku melihat Shahirah sedang menuju ke tempat membeli makanan. Sebaik sahaja dia selesai membeli, aku terus memanggil dia. Aku lihat dia teragak-agak untuk datang. Mungkin kerana Iqram ada bersama aku. Tetapi, dia datang juga ke meja aku.

“marilah duduk sekali”ajakku. Iqram hanya buat dek sahaja.

“takpe ker? Aku takut ganggu je”tanya dia. Aku lihat dia menjeling kearah Iqram.

“takpe. Duduk je lah”Shahirah duduk sebelah aku. Shahirah hanya makan kuih donat dan air sahaja

“kau dah siap add math?”tanyaku

“bertuah sangat aku kalau siap add math. Kau?”tanya Shahirah

“aku macam kau jugalah. Tension nyer ngan add math. Kalau senang takpe lah juga. Nie susah. Aduh… pening”jawab aku. Yer lah, mau tak pening. Cikgu yang ajar tu punyalah lemah lembut. Itu pasal aku tak takut kalau tak buat. Buat gitu-gitu je lah. Tapi bila dia suruh hantar buku latihan. Aku hantar lah juga. Sebab, kalau tak hantar dia akan bagi nama dekat pengetua. Tension giler yang tu.

“kalau korang tak reti. Aku boleh ajarkan”kata Iqram. Bagus juga cadangan Iqrama. Lagipon, Iqram pandai add math.

“okey juga. Nanti kita buat belajar berkumpulan. 7 orang atau 8 orang. Okey juga tu”

“banyak lah 8 orang. Kita ajak Syamimi, Shuhada, Tarmizi, Zamzuri. Pastu kita tiga. Sudahlah 7 orang. Selalunya orang lain buat 5 orang sahaja”kata Iqram

“memang lah. Tapi aku nak ajak kawan aku”kataku. Aku lihat Iqram tersenyum.

“kau nak ajak mamat tu ker?”tanya Iqram. Dia nie macam tahu je. Pandai tul lah mamat nie

“a’ha. Aku nak ajak dia”kataku tersenyum

“mamat mana?”tanya Shahirah, yang sejak tadi hanaya diam sahaja

“adalah. Huhuhu. Nama dia Darius. Sama umur dengan kita”terangku

“boyfriend kau ker?”tanya Shahirah

“a’ha,boyfriend. boyfriend sama dengan kawan lelaki. Jadi, dia salah seorang boyfriend aku. Begitu juga kau Iqram”terangku.

“maksud aku. Dia pakwe kau ker?”terang Shahirah

“takdelah. Dia kawan aku je”

“baguslah”kata Shahirah. Aku hairan dengan kata-katanya. Kenapa bagus lak

“ye la, Akip kau tu nak letak dekat mana?”soal Shahirah. Apasallah Shahirah nie sebut nama mamat tu

“shahirah, aku harap kau tak sebut nama dia di depan aku. Sebab aku dalam proses nak lupakan dia”kataku. Memang aku dalam proses nak lupakan dia

“apasal kau nak lupakan dia pula? Kau dan diakan pasangan kekasih”kata Shahirah hairan

“masa bila aku dan dia kekasih. Kami kawan jerlah. Hanya aku sahaja yang ada perasaan itu, dia tidak”kataku. Aku malaslah nak cakap tentang mamat tu

“okeylah, jom pergi perhimpunan. Sekejap nanti dah perhimpunan pagi nie”kata Iqram. Cadangan kau memang kena tempatlah Iqram.terima kasih Iqram

1 ulasan:

Unknown berkata...

hai.. :) jom exchange link? jemputlah bace Lizzie Daniell di blog Kiss and Tell :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...