Pengikut

Jumaat, 15 Februari 2013

Keranaku Mengharap 2


Manalah Azizah nie. Kata nak pergi perpustakaan sekejap saja. Nie dah lama nie. Dahaganya. Air yang aku bawa sudah habis. Malas nak pergi beli air. Kan best kalau tiba-tiba je ada air jagung muncul depan muka aku. Hahaha dalam mimpi je lah. Panas betul  hari ini. Petang nie ada latihan ping pong. Tak sabar nak datang. Sudah lama tak main. Hehehe

“dahaganya”kataku berlahan.

“ambillah air nie”kata seseorang. Aku mencari dari mana suara itu datang. Aku lihat kiri kanan tak ada orang. “belakanglah” aku pusing badanku. Aku terkejut

“Akim?”

“aku lah. Apasal?”soalnya

“tiba-tiba je kau muncul. Terkejut aku. Apasal tak balik lagi?”

“aku tunggu kau balik dulu… hahaha takda lah. Aku ada kerja tadi. Kau tunggu Azizah ke?”

“ya. Macam hidup menumpang. Kalau lainlah, boleh pergi mana suka hati”

“ye ke? Biasa je. Kau nak ke tak air nie. Aku baru beli tadi”soalnya. Aku ambil air jagung daripada tangannya.

“ehem ehem”tegur seseorang. Aku dan Akim lihat orangnya

“Cikgu Ariffin, tak balik lagi?” soalan cerdik daripada Akim.

“tak lagi. Kamu berdua buat apa dekat sini?” soalnya. Aku buat dono sahaja. Malas nak cakap dengan dia

“saya teman dia. Dia tunggu Azizah”jawab Akim

“owh. Lain kali jangan berdua-dua. Orang kata apa pula. Kamu berdua sudahlah pengawas sekolah. Tunjuk teladan yang baik” nasihat Cikgu Ariffin

“baik cikgu. Lain kali kami tak buat lagi. Kenapa cikgu balik lewat?”soal Akim. Aku malas nak tanya apa-apa. Nanti aku yang sakit hati

“saja je” manalah Azizah nie. Erm… baik aku cari dia kat perpustakaan

“aku blah dulu Akim, nak cari Azizah”aku terus berlalu dari situ. Azizah owh Azizah,dimana dikau nie.  Sewaktu aku tengah naik tangga menuju ke perpustakaan ada satu suara memanggil aku. Azizah rupanya. Aku segera kearahnya

“kau pergi mana tadi?” soalku padanya sambil menuju ke motorsikal.

“aku pergi tandas. Tadi aku lihat kau berbual dengan Akim. Kau ada apa-apa dengan Akim ke?”soal Azizah

“maksud kau?”

“kau dengan dia bercinta ke?”

“takde maknanya. Tadi dia bagi air dekat aku, pastu kami sembang-sembang dan muncul Cikgu Ariffin”jelasku

“sebut tetang Cikgu Ariffin, dia ada tanya aku di mana kau. Aku bagi tahu kau dekat tempat motorsikal. Mungkin sebab itu dia boleh jumpa kau tadi”apasal Cikgu Ariffin tanya aku dekat Azizah. Lantaklah. Malas nak ambil tahu.


Hari ini aku ada latihan ping pong bersama-sama dengan Azizah.  Pukul  4.30 petang Azizah akan datang mengambil aku. Sambil  menunggu Azizah aku mendengar  lagu di telefon bimbitku. Aku sememangnya suka mendengar lagu. Sebaik sahaja Azizah tiba kami terus pergi ke sekolah. Tiba sahaja di sana aku  Azizah buka  meja ping pong untuk bermain. Ramai rakan-rakan yang datang untuk bermain batminton. Tiba-tiba aku terpandang Cikgu Ariffin sedang bermain batminton dengan Akim. Aku lihat sebentar sahaja. Malas nak lihat lama-lama sebab  malas nak fikir dan aku nak main ping pong bersama dengan Azizah.

Sudah 30 minit aku bermain dengan Azizah. Berpeluh,  tapi aku puas. Aku memang suka main ping pong. Sedang aku dan Azizah main, Akim datang.

“nak main”kata Akim. Aku lihat dia sambil tersenyum.

“join lah. Kau  lawan dengan kitorang”kataku padanya. Akim nie semua dia boleh. Hebat. Futsal reti, batminton pon mantap. Ping pong hebat. Kadang kala Akimlah jadi cikgu aku dengan Azizah.

“mana boleh, kau dengan Azizah. Aku seorang”katanya

“cikgu join kamu lah Akim”kata satu dari belakang aku. Aku boleh agak siapa, Cikgu Ariffin.

“okey juga cikgu”katanya

“mana aci cikgu, cikgu dengan Akim sudahlah hebat. Kami dua masih hampeh lagi”kata Azizah tak puas hati.

“kalau macam tu kamu dengan Akim. Cikgu dengan Ariana”putus Cikgu. Suka hati dia sahaja buat keputusan. Tension betul aku.

“tak nak lah aku. Aku join dengan kaulah Akim, Azizah join dengan cikgu”kataku pula

“tak da. Aku dengan Akim, kau dengan cikgu. Cepatlah”hampeh punya kawan

Aku pon mulalah bermain. Malas betul nak pukul. Erm… kadang kala aku biar macam tu ja.tengah-tengah asyik aku main, aku terjatuh untuk pukul bola. Yang malunya aku terjatuh keatas Cikgu Ariffin.  Malunya. Aku apa lagi cepat-cepat duduk. Aku lihat sekeliling. Ramai juga yang lihat aku ketika itu.

“maaf” kataku sambil berdiri. Tapi aku sukar untuk berdiri. Mungkin terseliur. Sakitnya.

“kau okey?” soal Azizah.

“kaki aku sakit. Biar aku rehat kat tepilah. Korang mainlah” aku cuba berjalan berlahan-lahan. Tiba-tiba ada tangan yang mempimpin aku. Azizah. 

“terima kasih. Kau sambunglah bermain. Nanti kaki aku legalah”kataku padanya. Kesian dekat dia

“okey. Nanti kalau kaki kau sakit, bagitahu aku”

“yelah” Azizah teruskan bermain.aku cuba-cuba gerakan kaki ku. Sakitnya.

“nak cikgu bawa ke klinik?”soal Cikgu Ariffin. Aku buat dono sahaja. Malas nak cakap.

“nak cikgu bawa ke klinik tak?” soalnya semula

“tak payah lah cikgu”kataku tanpa melihatnya.

“nanti kaki kamu semakin teruk. Mari cikgu bawa ya”pujuknya. Aku nie dah lah malas nak layan dia.

“tak apa cikgu”

“cikgu bawa je lah”pujuknya lagi

“saya kata tak payah, tak payah lah. Yang cikgu kalut semacam apasal. Tak payah nak sibuk-sibuk tentang saya. Lagipon cikgu kata cikgu naik muak tengok muka saya. Cikgu blah lah. Saya pon malas nak tengok muka cikgu” kataku kurang ajar sikit. Aku sempat melihat mukanya sebentar. Dia seperti terkejut. Lantak kaulah cikgu.

“degil”katanya perlahan.

“2 x 5, 5 x 10.  Kata orang dia yang lebih. Kalau saya degil pon. ada cikgu kisah. Kalut semacam apasal”

“kamu degil sebab tak mahu pergi klinik. Nanti makin teruk pula”katanya dengan suara yang lembut.

“biarlah. Ini diri saya. Bukan diri cikgu. Kalau sakit sangat saya ajak Azizah. Cikgu tak payah risau “

“kamu nie, kalau dengar cakap cikgu tak boleh ke?” soalnya

“sebab dengan cikgulah saya tak nak. Hari tu cikgu kata tak nak tengok muka saya. Saya ikut saja”

“Tapi agak-agaklah. Kamukan cedera, mari saya hantar”pujuknya

“Azizah, jom kita pergi klinik balik nanti”aku  bagi tahu Azizah yang asyik main dengan Akim. Aku malas nak layan cikgu dah. Lantak dia. Dia duduk sebelah aku.

“kamu nie kenapa Ariana? Masih marahkan cikgu sebab hari itu ke?”soalnya. aku tak menjawab soalanya. Aku buat dono sahaja. “cikgu minta maaflah”reti lak dia minta maaf. Lagipon bila fikir, bukan salah cikgu 100 %. Salah aku juga sebab asyik tergedik-gedik dengan dia. “kamu nie asyik diam saja. Kamu masih marahkan cikgu ke?” soalnya. Aku bangun berlahan-lahan daripada kerusi. Dia ikuti aku “kamu nak pergi mana? Nak cikgu temankan?” cikgu nie, yang kalut semacam apasal???

“saya nak pergi tandas, cikgu nak teman ke?”soalku dengan nada malas.

“boleh juga”aku terus memandang kearah cikgu. Dia tersenyum. Tolonglah cikgu, aku nie bukan 100% lagi lupakan cikgu. Jangan buat, aku susah lupakan dia.

“suka hati cikgulah”aku terus menuju ke tandas. Aku ingat dia tak mahu ikut. Rupa-rupa dia ikut aku, Cuma sampai pintu tandas sahaja. Setelah beberapa minit aku berada dalam tandas, aku keluar. Cikgu masih diluar. Aku ingat dia dah blah dah. Aku jalan berlahan-lahan menuju ke tempat aku duduk tadi. Aku hanya diam sahaja hingga aku pulang kerumah. Lagipun aku malas nak layan cikgu, menyakitkan hati.



Kini usiaku sudah 27 tahun.  Tiba-tiba rasa tua pula. Selepas ambik result STPM aku memang tinggalkan sekolah aku. Tak pernah melawat kecuali kalau ada hal yang mustahak. Sejak ambik result STPM, aku sudah tak jumpa cikgu. Aku ada juga dengar cerita dia sambung belajar entah betul entah salah.

Aku masih mencintai cikgu. Sukar untuk aku lupakan dia. Entah jampi apa dia gunakan. Aku dah cuba melupakan, semakin aku ingin lupakan, semakin aku ingat akan diri dia. Aku sudah cuba mencintai orang lain, tapi tak sama dengan cikgu. Cikgu, lelaki yang sukar untuk aku dekati. Aku terpaksa buat muka tak malu untuk berjumpa dengannya. Tapi sejak cikgu berkata macam-macam, tipu kalau aku kata aku tak sedih. Sedih dan malu aku yang rasa. Sakit di hati. Sejak itu aku perlu kuat, jauhkan diri padanya walaupun aku rindu untuk melihatnya.

Sekarang emak asyik membebel dekat aku. Sebab aku tak kahwin-kahwin lagi. 3 tahun lagi nak masuk angka 30 tahun. Itu pasal emak aku yang tersayang nie membebel.  Cikgu Aziah pernah kata, kalau emak membebel  tandanya sihat. Kalau tak mebebel tu tandanya sakit. Jadi aku bersyukur sebab emak aku sentiasa sihat.

“kau bila nak kahwin Ariana?” soal Azizah pada suatu hari di kedainya.

“kalau sampai jodoh”

“macam mana nak sampai kalau tak di cari. Tak usaha langsung nak cari…erm”

“nanti-nati aku carilah. Kau tak payah risaulah”

“kau masih ingatkan Cikgu ke?”soalnya hati-hati. Aku diam seketika

“aku tak tahu nak kata macam mana. Aku rasa macam orang bodoh je cintakan dia. Masih tunggu dia. Padahal dia sikit pon tak ada hati padaku. Lagipun aku dah cuba lupakan dia. Tapi, tak dapat lupakan dia. Makin aku nak lupakan dia, makin aku dok ingatkan dia. Kadang kala aku macam nak cari je mesin nak hilangkan ingatan, agar aku boleh lupakan dia”kataku

“ish  kau nie. Tak akan sampai macam tu kot”

“betullah. Kadang-kadang aku rasa menyesal  jumpa dia”kataku dengan sayu

“tapi saya tak menyesal jumpa awak Arianna”kata satu suara dari belakang aku. Suara itu sudah lama aku tak dengar. Berlahan-lahan aku pusingkan badanku. Memang sah cikgu. Dia dengar ke kata-kata aku sebentar tadi. Malunya…

“aku blah kejap. Ada hal”kata Azizah. Dia berlalu tinggalkan kami berdua

“cikgu… Cikgu apa khabar?”

“tak beberapa sihat”katanya dengan nada berlahan

“cikgu sakit apa??? Pastu kalau cikgu tak sihat, sepatutnya cikgu ada di rumah atau hospital. Baik cikgu balik sekarang”kataku dengan nada risau

“sakit cikgu tiada ubat. Hanya seseorang sahaja boleh sembuhkan cikgu. Itu pasal cikgu orangnya untuk dapatkan ubat”pelik bebenar sakit cikgu nie

“kalau macam tu, cikgu pergilah cari ubat cikgu tu. Takut makin parah pulak”

“orang yang boleh ubatkan cikgu berada di depan cikgu sahaja”tiba-tiba aku pelik dengan kata-katanya. Depan dia. Tapi depan dia hanya ada aku. Aku lihat sekeliling kalau-kalau ada orang lain

“sapa cikgu?”

“kamulah”arh.. aku?

“cikgu buat lawak tengah hari macam nie. Tak lawak lah cikgu. Kalau cikgu sakit, baik cikgu blah dari sini cikgu”kataku

“betul Arianna. Saya tak buat lawak. Hanya awak seorang sahaja dapat merawat saya. Sudah lama saya sakit. Awak tak kesian pada saya ke?”

“sudahlah cikgu. Saya nak balik dulu” malas aku melayan kerenah cikgu entah pape nie. Berlahan-lahan aku mula menuju ke arah pintu

“awak sudah tak cintakan saya ke?” kata-katanya mebuat langkahku berhenti

“saya masih cintakan cikgu, saya tak pernah lupakan cikgu walaupun saya harap saya dapat lupakan cikgu. Tapi saya akan usaha ambik semula hati saya yang cikgu curi” dia berlahan-lahan melangkah ke arah aku. Melihat aku

“cikgu tak akan kembalikan hati kamu. Cikgu akan buat harta sendiri hati kamu”

“sudahlah cikgu, jangan memberi harapan kalau tak mampu memberi”

“cikgu memberi harapan dan cikgu mampu memberi. Tapi kamu macam tak mahu terima”

“harapan cikgu hanya tinggal harapan untuk saya cikgu. Lagipun, siapalah saya untuk cikgu. Hanya budak hingusan tidak seperti Cikgu Laila yang cikgu puja itu”dia tergelak mendengar kata-kataku.

“masih cemburu ke?”usiknya

“taklah. Saya tahu saya tak layak untuk cikgu. Lagipun saya rasa saya sudah tak boleh tunggu cikgu dah”

“tak akan kamu nak terima sesiapa saja yang jadi pilihan ibu bapa kamu?” aik… macam tahu-tahu je cikgu. Tapi tak akan senang-senang aku nak terima.

“mungkin. Saya blah dululah”mintaku

“nanti. Saya nak minta nomber kamu”

“tak perlulah cikgu. Lagipun tak ada faedah kalau cikgu dapat pun”

“saya nak hantar orang untuk merisik kamulah”aku terkedu, tapi aku terus berlalu tinggalkan cikgu. Cikgu nie suka betul memberi harapan yang belum tentu di nak lakukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...