Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Dia ??? 13

Sewaktu dalam perjalan hendak pergi ke dapur untuk minum air. Aku mendengar seseorang memberi salam. Aku segera mencari tudung laluku pakai tudung yang dekat perhampiran aku. Aku segera menjawab salam agar si pemberi salam itu tidak tertunggu. Aku segera pergi ke tingkap untuk melihat siapakah pemberi salam itu. Rupa-rupanya Darius. aku segera membuka pintu. Aku hanya menjemput dia duduk tempat duduk di luar sahaja. Kerana tiada sesiapa dirumah kecuali aku.tidak manis kalau aku menjemput dia masuk rumah. Nanti apa yang dikatakan jiran jika nampak. Dia hanya pergi ke meja dan kerusi yang tidak jauh dari pintu yang aku buka sementar tadi. Aku kunci semula pintu tersebut, kerana pintu itu adalah pintu hadapan @ utama. Aku segera pergi ke dapur, membuat minuman untuk dia dan aku. Sebaik sahaja aku selesai membuat air, aku tarus membawa air tersebut pergi kepada Darius

“jemputlah minum. Kalau terlebih atau terkurang manis. Maaflah”kataku sekadar bergurau. Aku lihat dia hanya senyum sahaja

“takpe. Kau sorang sahaja ker? Mana mak dan ayah kau?”tanya Darius. aku dan dia tidak berawak saya dah. Sebab aku tak berapa selesa sanggat. Nak termuntah pon ada gak. Kalau baru kenal takpelah juga. Tapi disebab dia selalu datang rumah aku. Kami dah semakin rapat gak lah. Tu pasal ber aku kau

“mak ngan ayah aku pergi keluar dating”kata sekadar gurau. Tapi memang betul pon. Keluar dating tak ajak aku pon. Akibatnya, aku sorang-sorang saja dok kat rumah

“dating? pergi mana?”tanya Darius. aku lihat dia hampir nak tergelak. Tapi tak gelak pon. Aku jarang lihat dia ketawa. Mahal sangat kot kalau aku nak tengok dia nie ketawa

“entahlah. Waktu aku balik sekolah. Mak dan ayah sudah keluar. Tinggallah aku perseorang dirumah. Sudahlah abang dan kakak-kakak jauh merantau. Dekat KL lah, kat Perak lah”kata dengan saya. Huhuhu. Sedih gak lah. Sebab dalam rumah hanya aku, mak dan ayah aku je.

“kesian kau. Selamatlah aku datang. Kalau tak, makin bosanlah hidup kau hari ini”kata Darius dengan angkuh. Eleh masuk bangkul, angkat sendirilah pula mamat nie.

“ye lah, tanpa kau hari ini hidup aku mungkin makin bosan. Tapi aku hairanlah. Apasal kau datang?”tanyaku. ye lah… tiba-tiba datang. Memanglah dia selalu datang. Tapi dia akan bagitahu aku dulu sebelum datang. Ini… tiba-tiba je datang.

“kau nie macam tak suka aku datang je”tanya dia tak puas hati. Mungkin dia terasa dengan kata-kata aku tadi kot. Bukan niat aku nak kata cam tu.Cuma hairan je. Tupasal aku tanya

“bukan aku tak suka. Cuma hairan. Selalunya kau akan bagitau dekat aku kalau nak datang. Ini tidak, tiba-tiba je datang. Selamat aku ada kat rumah. Kau tak de, kau kena balik lah. Sia-sia je kau datang”terangku.

“aku sajaje datang. Bosanlah”katanya. Kalau bosan datang rumah aku, kalau tak bosan…. tak datang rumah aku lah tu

“pergilah rumah kawan-kawan kau”cadangku. Ye la. Asyik lepak kat rumah aku je.

“macam tak suka aku datang rumah kau je”katanya

“bukan aku tak suka kau datang rumah aku. Aku suka. Macam kau kat tadi, kalau kau tak datang rumah aku, makin bosanlah hidup aku hari ini”terangku. Aku minum air yang aku buat untuk dia dan aku.

“habis, kau macam nak halau aku je. Suruh pergi rumah kawan-kawan aku”

“kaukan boleh pergi rumah kawan-kawan kau jugakan? Kau asyik datang rumah aku je. Kau tak bosan ker?”tanyaku hairan

“tak”katanya sepatah. Ye la kot, dia tak bosan

“yer ker? Sebab apa kau tak bosan yer?”tanyaku hairan

“entahlah. Mungkin nasib kita lebih kurang sama kot”jawabnya. Jawapan dia ada betulnya juga

“kau nak join tak?”tanyaku

“join aper?”jawabnya dengan soal

“kawan-kawan aku nak buat study group. Kau nak join tak?”tanyaku sekali lagi

“berapa orang?”soalnya ingin lebih tahu

“kalau kau nak, termasuk kau adalah 8 orang”jawabku. Dia lihat aku ngan hairan. Mungkin dia hairan apasal ramai sanggat

“apasal ramai sanggat?”soalnya. kan aku dah kata. Mesti dia hairan

“geng aku je pon"

“owh. Okey ker kalau aku join? Karang ada yang kata lak”yes. Dia setuju

“takdelah. Aku dah tanya geng aku. Diorang kata okey je. Lagipun, kau boleh kenal-kenal ngan kawan aku”ye la, sambil join… dia leh rapat ngan kawan-kawan aku. Lagipun Shuhada dan Syamimi teringin nak berkawan dengan my hero, diorang lah kata Darius tu hero aku. Sebab Darius pernah selamatkan aku. Apa-apa je la kawan-kawan aku tu

“bila korang nak mulakan?”soalnya

“mungkin esok. Dekat rumah aku. Pukul 4.30 petang”jawabku. Aku lihat dia hanya angguk je

“boleh ker?”soalku ingin kepastian

“boleh lah. Okey la… aku nak balik dulu. Karang kata aku makin menganggu kau lak”perlinya

“bukan macam tu lah. Hati-hati bawa motor tu”ucapku sekadar memperingatnya

“ye lah. Okey lah. Salam”sebaik sahaja dia ucapkan kata-kata itu, dia terus tinggalkan halaman rumah aku.

Setahun kemudian


Sejak study group itu, hubungan kami 8 orang semakin rapat. Syamimi masih dengan Zamzuri. Shuhada dengan Tarmizi, masih macam dulu. Shuhada masih buat dek je dengan Tarmizi. Walaupun dia tahu yang Tarmizi mencintainya. Iqram dengan Shahirah, masih berkawan. Aku pon tak tahulah macam mana hubungan diorang. Kadang-kadang macam terlebih daripada kawan. Kadang-kadang macam biasa je. Suka hati dioranglah. Janji diorang happy je. Darius? macam dulu juga, tak jemu-jemu datang rumah aku. Dia sudah tak dilabelkan sebagai tetamu dah. Sebab hari-hari datang, jahatnyer aku. hahaha

Sekarang ini aku dengan geng study group aku semakin sibut. Sebab tak lama lagi kami akan menghadapi SPM. Huhuhu takutnyer. Kami semakin sibukkan diri kami dengan pelbagai buku rujukan, buku teks, buku latihan dan pelbagai buku lagilah. Almaklumlah, nak SPM. SPM lah yang menentukan kerjaya kami kami akan terlaksana atau tak . kami kena berusaha bersungguh-sungguh dengan exam ini. Tinggal beberapa bulan je lagi. Study group kami masih berterusan. Walaupun pihak sekolah dah sediakan kelas tambahan, itulah inilah. Boleh kata setiap petang, kami mesti adakan study group. Walaupun penat jugalah sebab ada kelas tambahan. Kalau tidak petang, ada juga waktu malam kami adakan study group. Tapi jaranglah. Sebab faktor keselamatan.

“aku tensionlah”luah Shuhada pada suatu hari sewaktu kami study group

“sebab apa pula?”soalku ingin tahu.

“tension dengan SPM tak lama lagilah. Aku takut yang kita target tak masuk”jawab Shuhada

“insyaAllah. Mungkin ada yang masuk. Kalau tak masuk, nak buat macam mana. Kalau kita yang buat soalan, boleh la. Ini bukan kita yang buatlah”kata Syamimi. Aku setuju dengan kata-kata Syamimi

“lepas kita exam SPM nie, kau nak buat apa, buatlah”kata Zam pula

“apa kata, lepas kita exam nie, kita ramai-ramai pergi berkelah. Kita enjoy sepuas-puasnya. Amacam?”cadangku. ye la, takkan lepas exam, nak tengok buku lagi kot. Enjoylah kejap.

“good idea. Okey apa. Kita semuakan ada lasen motor. Kita ada rombongan Cik Kiah gi berkelah”kata Tarmizi. Aku tergelak bila mendengar kata-katanya. Rombong cik Kiah…. Huhuhu

“ye la. Nanti-nantilah kita bincang. Sekarang kita bincang akaun nie. Aku dah la lemah akaun”kata Shahirah yang sejak tadi hanya diam sahaja

“ala, cik abang kaukan ada”usikku. Aku lihat muka Iqram kemerah merahan dah. Malu la tu... hahaha

“cik abang aku jauhlah, dekat KLKK”katanya. Aku,Shuhada, Syamimi dan dia je tahu. Darius, Zam, Tarmizi dan Iqram mungkin hairan apa maksud KLKK. maksud KLKK. KLKK ialah ‘Kuala Lumpur ke Kedah’. Kan Iqram asalnya dok kat KL, tapi dia dah pindah ke Kedah.

“jauh konon, jauh tapi, dekat dihatilah. Walaupun si dia jauh di nun sana , tapi sebenarnya dekat je”usik Shuhada pula. Aku dengan Syamimi tergelak.

“sudah-sudah lah. Jom kita bincang tentang akaun pula”kata Iqram. Aku lihat Iqram, kemudian aku tersenyum. Sebab muka Iqram sedang menahan sesuatu. Aku boleh agak, apa yang hendak sesuatu itu. Iaitu perasan cemburu. Dulu kata takde perasaan dekat Shahirah. Sekarang, kan dah cemburu.

“ye la Encik Fahrin Iqram”kata kami serentak. Kemudian kami sama-sama tergelak.



4 ulasan:

mizz_BZbody berkata...

best lah jugak ..... but , cerita dia ringkas sangat .... :( rasa mcm x puas hati membacenye ... hope you can accept it S a comment ..... jgn terasa hati pulak erk

:) ijah :) berkata...

it's to simple,,,x puas r....

NuRa berkata...

@mizz_BZbodytq dgn komen tu... komen tu akan jadi pengajaran utk sy... sy x terasa pon...jgn risau

NuRa berkata...

@:) ijah :)tq sbb komen...insya-Allah sy akan bgi cerita nie mnarik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...